CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan Cakap Aku Hidup Senang - Fieya Julia Pernah Kemurungan Sampai Bomba Pecah Masuk Rumah

20-4-2023 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2321| Komen: 23

Kurang mendapat tawaran kerja dan tertekan memikirkan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung menyebabkan Fieya Julia pernah mengalami fasa kemurungan.

Fieya atau Nur Safiyah Sajali, 24, memberitahu pandangan dan harapan orang sekeliling terhadap dirinya juga membuatkan dia merasa tertekan sehingga emosinya terjejas.



IG

“Saya tertekan sebab perlu jalani hidup jauh dengan keluarga di Kuala Lumpur. Banyak benda nak kena fikir terutamanya melibatkan wang. Job pun tidaklah banyak sangat.

“Jadi keadaan tiada duit itu membuatkan saya terlalu berfikir sehingga memberi kesan kepada diri sendiri. Memanglah ada kawan, tetapi saya tidak boleh nak teruskan harapkan pertolongan orang.

“Dalam sama selepas saya bertudung ramai yang terlalu mengharapkan saya menjadi seorang yang lebih baik sedangkan saya masih lagi belajar ke arah itu. ia juga menjadi punca saya tertekan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.






Fieya sebelum ini meluahkan perasaan dan situasi yang pernah dialami sebelum ini menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya.

Tambah penyanyi lagu Perasaanku ini, dia pernah menghilangkan diri sehingga salah seorang rakannya terpaksa menghubungi pihak bomba untuk memecah masuk ke dalam rumahnya.



“Kejadian itu berlaku pada Disember tahun lalu. Saya hilangkan diri sehari sehingga kawan-kawan mula risau dan mereka panggil bomba untuk periksa keadaan saya kerana bimbang saya melakukan perkara yang boleh memudaratkan diri. Tetapi saya saya sempat buka pintu sebelum bomba pecah masuk.

“Sebenarnya ketika itu saya betul-betul nak healing dan mahu bersendiri. Malah apabila bomba datang pun saya rasa nak marah sebab privasi terganggu,” ujarnya.



Bagaimapun kata Fieya dia cuba untuk aktif dalam dunia penstriman untuk lari dari masalah tekanan selain mahu mencari duit menampung kehidupan.

“Syukur bila dah mula main game penstriman, ada juga pendapatan. Namun masih ada yang kecam sebab kononnya saya ini artis dan boleh jejaskan pendapatan orang lain.



“Saya sendiri pun susah nak cakap dengan pandangan orang ini. Mungkin juga sebab saya introvert dan susah nak berkomunikasi dengan orang menyebabkan berlaku tekanan,” jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aechae 20-4-2023 03:16 PM
klu dh xbyk job sgt nyanyi knapa x apply or pegi kerja mcm org biasa yg lain? dh kata msalah wang sgt kn.... at least bleh tgk dunia, boleh menyembang face to face dgn org lain...
Quote Lavender_Violet 20-4-2023 03:16 PM
Ko PMS ke dekkkk yg tiba2 nak meluah pjg berjela dlm IG
Quote alieyrina 20-4-2023 03:18 PM
X pernah dgr nama okg ni
Quote a5h91 20-4-2023 04:32 PM
Edited by a5h91 at 20-4-2023 04:34 PM

Buatlah partime job meniaga kt tiktok. Artis job lebat pn meniaga kt tiktok
Quote sharlenetexas 20-4-2023 04:36 PM
Who ayusss?


Quote bluecrystal 21-4-2023 01:15 AM
tapi suara dia ni sedapla bagi aku..dia nyanyi balik lagu spring pun sedap..cuma takda wow factor kot..cuba contohi macam kak nab tu..walaupun suara ala2 je muka dia sentiasa ada dimana2
Quote dudaberhias 21-4-2023 01:26 AM
who is yuhhhhh... bersara je lah dari jadi retis...

jadi retis ni kena ada dua benda, kena ada rupa dan viral... bakat ke apa tu orang dah tak pandang di zaman ni... tak percaya tengok mv kpop tu... berbillionz je views dan jualan pun berjuta2 mengalahkan retis malaysia yang berbakat atau retis bernombor... walaupun hakikatnya masing2 menyanyi macam binatang jah dok menonggang nonggeng jubo...

keje gomen atau keje kilang je dik... jangan ingat keje kilang gaji sikit... bila naik pangkat boleh mencecah 5 angka tau... orang je hengat keje kilang gaji 1500 ke bawah... tu ko godek2 sos dan bentuk2 keropok lekor jadi bentuk nonek, ye la boleh dapat gaji banyak tu, cuba apply kilang yang betul2 besar tu... restoran pun gaji 3k ke atas sekarang ni ya, tapi bukan restoran dekat celah2 gopeng tempat degawan lepas ilmu santau tu...

Quote slyfynx 21-4-2023 02:12 AM
So orang yang keje lain ni kene kesian kt retis je ke?
Quote sleepandream 21-4-2023 05:32 AM
try pg casting lakonan...
menyanyi ni setakat seketul dua je lagu popular susah jugak nak cari makan...

btw sheols selalu live streaming tunjuk bakat apa? memasak? tutorial makeup?
Quote ReginaGeorge 21-4-2023 06:49 AM
Kalau takda offer tu ertinya takda org yang minat dgn ko. Jgnlah harapkan job lebat kalau entertain diri sendiri. Kisah hidup kau takda yg menarik utk dijadikan filem dik.. g lah cari keja…
Quote Mekgadis16 21-4-2023 07:58 AM
Sape dia ni? Apa contribution dia dalam industri? Someone tolong tepek skek
Quote tagas 21-4-2023 09:23 AM
Br 24

Bdk br nak idop
nak kenal dunia
Quote cmf_premierleag 21-4-2023 09:28 AM
Pegi je la cari keje mcm biasa dik
Keje makan gaji je...lantak la org nk kecam ke apa .sbb yg penting ko dpt gaji stp bulan .siap ada kwsp socso bagai lagi
Drpd ko jd retis, karya ko pun netizen x penah tengok lgsg....nak suruh cari laki kaya, tgk gaya pun ko mcm kepam je kan
So pi la cari keje makan gaji

Quote nakkomenjugak 21-4-2023 07:49 PM
kau pikir kau sorang berdepan ujian hidup???
at least ko orang kenal wp frozen
cerr orang biasa takde nama
ughhhh we all been there
masing2 nak terpaling despressed stressed
selagi ko hidup tu laa benda yang ko kena hadap
cuma ko ni aliran income tu cuma nak kat satu bidang je
sebab tu ko depress
Quote AnnaSendin 25-4-2023 08:10 AM
Amirreka pon meniaga bundle, air. Herloks sajork heols siap boleyh beli kete. Tade puleks heols merentan tade job bagai.
Quote cicicumel 25-4-2023 08:26 AM
Sheols ni antara retis yg bertudung masa PKP kan. Ala2 hidayah masa kovid gittew. Masa dia free hair, kenal la jgak.bila bertudung terus muka basic plain. Muka pon ok je sdp mata memandang. Cuma i perasan artis2 Sabahan ni mcm lack of communication skills.
Quote Kurex 25-4-2023 09:55 AM
Buatla kerja la. Kau tu dtg dari ceruk mana tak reti buat kerja lain. Suara pun taraf suara penyanyi latar utk lagu sendiri, aku pun who are yuss dekat kau. Kalau tak minat ada boss, kau buat je la bisnes kerepek iks
Quote September14 25-4-2023 10:28 AM
Retis ni x brapa nak sinpati sgt sbb klu dah tau sendu cari la keje lain… ini nak keje gelmer je… retis ni sendu2 klu p mniaga online rasa boleh je hidup nak2 dah biasa dpn kamera bgai
Quote menjad 25-4-2023 10:31 AM
Bnyk keje kat luar tuh boleh mnjana pendapatan. Bukan nongok nunggu job berlakon. Ko carik kerja bersepah nak atau tak nak jer. Ko pilih hidup berkurung maka itu lah yg ko dapat dik.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.043047 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top