CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tahan Penagih Dadah Bantu Siasatan Kes Wanita Dirogol Ditemukan Trauma Tepi Jalan

20-4-2023 11:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1157| Komen: 12

Polis menahan penagih dadah tegar bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang wanita di sebuah rumah di Fair Park di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan selepas mangsa ditemukan orang awam di tepi Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park pada pukul 9.15 pagi.



The Star

Katanya, ketika dijumpai, mangsa dalam keadaan trauma, menangis dan luka di kaki.

“Sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Senam telah bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan kepada mangsa.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa warga tempatan berusia 38 tahun itu telah dirogol di rumahnya oleh suspek tidak dikenali.

“Mangsa bagaimanapun berjaya melarikan diri setelah dirogol dan mengalami kecederaan di kaki akibat terjatuh dari tempat tinggi,” katanya dalam kenyataannya di sini.


Menurut beliau, hasil tindakan pantas polis berjaya memberkas suspek di rumah mangsa dan merampas beberapa senjata seperti gunting, pisau dan kuku kambing.

Katanya, semakan rekod kesalahan lampau mendapati lelaki warga tempatan itu mempunyai beberapa rekod bersabit kes narkotik manakala ujian saringan air kencing pula positif dadah jenis methamphetamine.

“Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Pihak polis mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Selasa depan ke atas suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambah beliau, siasatan kes berkenaan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan dalam masa terdekat. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 20-4-2023 11:53 AM
yA Alllah apa nak jadi dunia srkg.. dah mendadih sesuka je masuk rumah org rogol
Quote shamsadis 20-4-2023 11:57 AM
hukuman ringan sangat, banyak NGO sokong hukuman ringan, ntah2 yang kena rogol ni, penyokong hukuman ringan agaknya
Quote Carcosa 20-4-2023 01:41 PM
Bunuh je laaaaa penagih babi mcm niiiii.
Nak simpan2 lagi buat apa sampah taik berulat ni.
Mmg takkan pulih punya laaaaa. Penagih tegar mcm ni, nak bagi chance apa lagi?? Dia tak kena anak VIP, boleh la diorang ni hukum light2 katong je.
Cuba si penagih babi ni rogol anak VIP? Cuba tgk?
Mau tak kena letup terus kepala penagih tu dgn C4
Quote _blackbird 20-4-2023 02:14 PM
Mohon dipamerkan muka perogol dan pedo ni supaya masyarakat dpt berjaga2.
Quote alieyrina 20-4-2023 02:54 PM
Ntahnya simpan lama2 buat apatah. Dpt  result bersalah tu terus lempar dlm kandang rimau
Quote shi_jewel 20-4-2023 02:57 PM
semoga wanita tu bebas dari sebarang penyakit... sbb pendadih ni byk penyakit atau virus2x.

eee...celake perogol tu..streessss
Quote I.K.A888990 20-4-2023 03:29 PM
kejam sggh kamu wahai manusia
Quote hayrin86 20-4-2023 04:36 PM
Kekalkan hukuman sebat buat penagih yang buat onar lain..
Quote ninja boy 20-4-2023 05:36 PM
Zalim lebih zalim dari yahudi
Quote kepompong 20-4-2023 05:59 PM
duduk rumah sendiri pun tak selamat
Quote tumpanglalu74 20-4-2023 10:44 PM
Edited by tumpanglalu74 at 20-4-2023 10:46 PM

Aku dari dulu rase nak sule betine bangsat kaki kangkang pastu teran kepale anak setan yang takde haletuju macam ni!

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.041686 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top