Wanita berusia 26 tahun maut selepas makan apam balik yang disyaki diracun dalam kejadian di Desa Ngimbangan, Kecamatan Mojosari, Kabupaten Mojokerto, Jawa Timur di Indonesia, pada Isnin.
Mangsa dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia, dengan keadaan mulutnya berbuih. Bedah siasat dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa. Menurut laporan Kompas, kuih itu dibawa seorang tetamu ke rumah sewa mangsa di Kampung Ngimbangan. Ketua Polis Daerah Mojosari, Kompol Kariono berkata, seorang wanita maut yang didakwa diracun di sebuah rumah sewa. Racun itu didakwa dimasukkan ke dalam kuih apam balik yang dimakan mangsa. "Mangsa disyaki telah diracun sehingga mengakibatkan kerosakan organ dalaman," katanya. Polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek yang menyebabkan kematian mangsa.
Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT