CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelbagai Spesis Ikan Mati Mendadak, Sungai Bertukar Hitam Akibat Aktiviti Menuba

19-4-2023 10:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 467| Komen: 3

Pelbagai spesis ikan mati mendadak dipercayai akibat aktiviti menuba yang turut menyebabkan sungai di sebuah ladang di Bahau bertukar menjadi hitam.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S Veerapan berkata, siasatan dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kuala Pilah sejak semalam mendapati air sungai itu berwarna hitam di bahagian hilir.



Harian Metro

Katanya, pasukan penyiasat JAS turut mendapati air sungai berbau busuk seperti najis kumbahan.

Veerapan berkata, JAS turut mengambil dua set sampel air sungai berwarna hitam dan ikan mati untuk dihantar ke makmal Jabatan Kimia bagi tujuan analisa.

"Berdasarkan pemerhatian di lapangan, kemungkinan pencemaran di hilir anak sungai itu berpunca aktiviti menuba ikan.

"Bagaimanapun kami masih menunggu keputusan ujian analisa sampel air sungai yang dihantar ke makmal.


"JAS juga merujuk kejadian itu kepada agensi berkaitan antaranya Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian dan Badan Kawal Selia Air (BKSA) bagi mengenal pasti punca kejadian," katanya.

Menurutnya, JAS juga akan meneruskan pemantauan ke premis berhampiran lokasi bagi memastikan sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 20-4-2023 01:58 AM
ramai org serumpun ke situ? kat indon pun kecoh isu bondet bom ikan dkt sungai2, kolam ikan org.

sila2 letak CCTV sepanjang sungai, boleh monitor beruk buang sampah sisa kimia dlm sungai ni. saman insyallah boleh cover kalau tak ada beruk2 yg nak beli vellfire.
Quote kakikuDibibirmu 20-4-2023 06:37 AM
Danau Toba tersenyum sinis

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.167775 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top