CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bunuh, Rogol Jasad Doktor Sebab Insentif Dipotong

19-4-2023 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1624| Komen: 12

Polis menahan lelaki selepas didapati membunuh dan merogol seorang doktor wanita di Papua Tengah, Indonesia baru-baru ini.

Suspek, Key Wengge membunuh Mawarty Susanty yang bertugas sebagai seorang doktor pakar di Hospital Umum Daerah Nabire, Papua Tengah.



Suspek (kanan) melakonkan semula cara memasuki rumah mangsa di Kelurahan Siriwini, Nabire, Papua Tengah. — Agensi

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Nabire, Ahmad Alfian berkata, suspek, Key Wengge membunuh Mawarty Susanty yang bertugas sebagai seorang doktor pakar di Hospital Umum Daerah Nabire.

Difahamkan, dia juga bekerja sebagai pekerja pembersihan di tempat yang sama mangsa bekerja.

"Dalam kejadian 9 Mac lalu, Key Wengge melakukan perbuatan terkutuk dengan merogol jasad mangsa setelah membunuhnya.

"Kejadian itu berlaku di rumah mangsa sendiri di Kelurahan Siriwini, Nabire, Papua Tengah.


"Suspek memasuki rumah mangsa Mawarty menerusi siling bumbung dan suspek kemudiannya mengambil sehelai kain untuk menutup mukanya," katanya yang menceritakan kembali kronologi kejadian pada pemberita.

Tambah Ahmad lagi, mangsa yang keluar dari bilik menyedari kehadiran suspek cuba untuk melarikan diri namun gagal.

"Difahamkan Mawarty cuba melawan namun suspek menumbuk mangsa di dada dan leher beberapa kali. Suspek kemudiannya mencekik mangsa sehingga mati.

"Lebih kejam lagi, suspek kemudiannya mengangkat mangsa ke atas katil dan terus merogolnya yang sudah tidak bernyawa," katanya.

Ahmad berkata, selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, Key Wengge mematikan telefon bimbit mangsa yang berdering dan menyembunyikan peranti pintar tersebut.

"Suspek juga sempat menghisap rokok sebelum meninggalkan tempat kejadian," jelasnya.

Sebelum ini media antarabangsa detik.com melaporkan suspek membunuh Mawarty kerana tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang memotong insentif Covid-19 suspek pada 2020.

Melalui siasatan awal polis, suspek mengaku membunuh dan merogol Mawarty kerana memotong insentifnya. 


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 20-4-2023 08:03 AM
jijiknya perangai. nauzubillah.
Quote cucutokwan89 20-4-2023 12:32 PM
Pastu apa je yg dikau dpt?
Quote che-cikL 20-4-2023 12:33 PM
77_3000_0.jpg
Quote I.K.A888990 20-4-2023 03:26 PM
kau potong anu dia pastu kau hempuk kepala dia plak
hanat punya haiwan
Quote renko 20-4-2023 04:12 PM
indon lagi punya thread
Quote dua_chzy 20-4-2023 04:19 PM
cucutokwan89 replied at 20-4-2023 04:32 AM
Pastu apa je yg dikau dpt?

Kepuasan.

Aiol think jantan ni sangat bangga dengan hapa dia buat. Mesti dia bakalam brag di penjara nanti.
Quote dua_chzy 20-4-2023 04:22 PM
Dah la bangsa kau bodoh bukan senang nak ada ummah educated jadik doktor, kau pi bunuh pula doktor dari kalangan bamgsa kau sendiri. Doktor pakar paru2 sumore.
Quote hasniey 20-4-2023 05:57 PM
Jantan gini ler.xpuas hati je rogol.kenapa?kalau rogol ko dpt ke insentif yg kena potong tu?kena reject rogol.potong gaji rogol.nmpk org jln sorg2 rogol.mntak2 ko kene rogol dlm penjara
Quote plywood 20-4-2023 06:18 PM
Quote Tinot7 20-4-2023 08:36 PM
hasniey replied at 20-4-2023 05:57 PM
Jantan gini ler.xpuas hati je rogol.kenapa?kalau rogol ko dpt ke insentif yg kena potong tu?kena rej ...

Pedo yg lowest rank dlm penjara.. deme yg kena rogol..

Hat yg kes bunuh, slalunya high rank tak kena kaco..

Ni yg iols tgk dolu2 kat muvi la.. tatau betui ke dak..

Harap2 mamat ni dpt hukum bunuh jahh.. baziaq duit cukai jahh kalau simpan dlm penjara..
Quote Tinot7 20-4-2023 08:36 PM
plywood replied at 20-4-2023 06:18 PM

Busyuknya rupa mamat tuh..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.035298 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top