CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Berpuas Hati Dengan Jumlah Ganti Rugi RM5 Juta, Keluarga Altantuya Shaariibuu Fail Rayuan

19-4-2023 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1166| Komen: 15

KUALA LUMPUR: Tidak berpuas hati dengan jumlah ganti rugi RM5 juta yang diperoleh dalam kes saman berhubung kematian bekas model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, keluarga wanita itu telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.


Menurut peguam, Sangeet Kaur Deo yang mewakili keluarga terbabit, rayuan tersebut telah difailkan pada Januari lalu. Pengurusan kes rayuan terbabit ditetapkan pada 13 Jun ini.

“Kami mengambil pendirian bahawa RM5 juta tidak memadai berdasarkan fakta kes ini. Isu berapa jumlah (yang sesuai) akan dihujahkan masa bicara nanti,” kata peguam itu ketika dihubungi media.


Foto: Utusan

Pada tarikh sama (13 Jun), rayuan oleh oleh dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar; peguam dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dan kerajaan Malaysia akan turut disebut pada pengurusan kes itu.


Pada 16 Disember 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memerintahkan kesemua defendan secara bersama membayar ganti rugi berjumlah RM5 juta kepada keluarga mendiang.

Kesemua defendan juga masing-masing diperintahkan untuk membayar kos sebanyak RM25,000.

Defendan-defendan memfailkan rayuan berhubung keputusan mahkamah itu pada 9 dan 10 Januari lalu.

Saman tersebut difailkan oleh ibu bapa Altantuya,  Dr. Shaariibuu Setev; ibunya, Altantsetseg Sanjaa serta dua anak lelaki Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga pada 4 Jun 2007.

Bagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga dikeluarkan daripada senarai plaintif berikutan meninggal dunia pada 2017.

Keluarga itu mendakwa, kematian ahli keluarga pada 2006 itu menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi, selain melayakkan mereka dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan teruk.

Seramai 26 saksi plaintif termasuk bapa Altantuya dan anak sulungnya, Bayarkhuu memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 2019. Kerajaan pula mengemukakan tiga saksi, manakala Abdul Razak memilih untuk tidak memberi keterangan.

Defendan iaitu kerajaan mengemukakan tiga saksi dan Abdul Razak memilih tidak memberi keterangan bagi menjawab tuntutan saman terbabit. –CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 19-4-2023 04:25 PM
Kalu tgk dokumentari ostolia..katanya RB yg arahkan Sirul tembak mendiang ni.
Ntahlah labu
Quote kemaruk 19-4-2023 05:58 PM
"Korang tau tak, najib je yang boleh sign keluarkan C4 dari stor tentera kat kem sungai besi tu tauuuu.. anak buah akak prebet kat situ yang bagi tau"

Demikianlah ujar akak kerani N17 di pantry dulu
Quote AbukRokok 19-4-2023 08:04 PM
Amboi nak 500 juta ke
Quote otai_g 19-4-2023 08:07 PM
Abeh rakyat msia yg kena bunuh kat luar negara ada ke dpt ganti rugi?
Quote eyansss 19-4-2023 08:19 PM
faham sangat pedih kehilangan anak….  tapi nak demand more than that macam lebih2 pulak…  btw, rm5j ni bayar pakai duit rakyat kan…  orang lain sedap, kita pulak kena tanggung…
Quote kemaruk 19-4-2023 08:20 PM
Ada acik porem yang kata najib masuk penjara sebab bunuh altantuya

Begitulah kebodoan acik2 bengap ni sis.. no wonder umur 15 tahun dah hilang dara.. dah tua tanggung biawak hidup.. anak 6 orang semua masih sekolah rendah.. tinggal pprt dengan kuching 16 ekor
Quote sayurmayur88 19-4-2023 10:05 PM
5 juta ni byr pkai duit sapa?? byk nye, dgn hutang2 1mdb lg.. mna taknya msia byk hutang ?!
Quote primarikey 19-4-2023 10:16 PM
sayurmayur88 replied at 19-4-2023 10:05 PM
5 juta ni byr pkai duit sapa?? byk nye, dgn hutang2 1mdb lg.. mna taknya msia byk hutang ?!

Klu ikut artikel tu defendan kena byr secara bersama...sirul, azhar dan razak baginda
Quote Thunderclouds 20-4-2023 05:52 AM
primarikey replied at 19-4-2023 10:16 PM
Klu ikut artikel tu defendan kena byr secara bersama...sirul, azhar dan razak baginda

Defenden ada 4 semua. 3mangkuk yg disebut plus kerajaan malaysia.
Quote Crystars 20-4-2023 06:08 AM
primarikey replied at 19-4-2023 10:16 PM
Klu ikut artikel tu defendan kena byr secara bersama...sirul, azhar dan razak baginda

sirul & azhar sorang kt ostolia sorg kt jail income pun tarak lgpun rakyat yg tanggung mkn minum diorg nk byr camne, razak kot kena byr sbb kapal selam tu dia jd broker katanya  
Quote primarikey 20-4-2023 07:37 AM
Thunderclouds replied at 20-4-2023 05:52 AM
Defenden ada 4 semua. 3mangkuk yg disebut plus kerajaan malaysia.

Oooo..ok2...tlepas pndg
Quote primarikey 20-4-2023 07:38 AM
Crystars replied at 20-4-2023 06:08 AM
sirul & azhar sorang kt ostolia sorg kt jail income pun tarak lgpun rakyat yg tanggung mkn minum d ...

Razak dgn krjn msia la kot
Kesian jgk yg jd kambeng2 itam
Quote juboqhang 20-4-2023 10:18 AM
Xaman Najib! Next??
Quote kemaruk 20-4-2023 10:41 AM
Jap lagi berbondong la multinick yang eja maHkamah as "makamah" masuk

Macam la orang tak tau

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.041113 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top