CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ugut Nak Simbah Asid- Lelaki Ceroboh Balai, Gigit Jari Polis Sampai Putus

19-4-2023 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1564| Komen: 37

KUALA LUMPUR – Bukan sahaja mengugut ingin menyimbah asid, seorang lelaki malah bertindak luar kawalan apabila menggigit jari manis seorang anggota polis sehingga putus, dalam satu kejadian di hadapan Pos Pengawal Balai Polis Sungai Besi, kelmarin.


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, ketika kejadian yang berlaku pada pukul 10.15 malam itu, pengadu bersama seorang rakan sekerja sedang bertugas.


Foto: Kosmo

“Seorang lelaki warga negara berusia 34 tahun datang dan menjerit mahu menyimbah asid. Suspek kemudian menyimbah muka dan badan pengadu menggunakan air botol mineral sebelum bertindak meluru masuk ke dalam perkarangan balai.

“Suspek juga membaling satu tin Red Bull ke arah dinding kaca sebelah kiri dan mengakibatkannya pecah. Setelah itu, berlakunya pergelutan antara pengadu, dua orang rakan sekerja dan suspek.


“Bertindak agresif, suspek kemudian menggigit jari manis tangan kanan salah seorang rakan sekerja pengadu sehingga putus di bahagian hujung jari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Zam Halim lagi, suspek yang mengalami kecederaan ringan berjaya ditangkap dan hasil siasatan mendapati terdapat rekod dikehendaki polis berkenaan satu kes penipuan.

“Ujian saringan awal air kencing suspek juga didapati positif ‘Amphetamine’ dan ‘Methamphetamine’ serta suspek pernah mendapat rawatan psikiatri pada tahun 2020, tetapi tidak memiliki sebarang kad rawatan mental,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 325/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan reman ke atas suspek telah dibenarkan selama empat hari bermula semalam hingga 21 April. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 19-4-2023 04:12 PM
Bangsa apa dek? Hagitchew sis.
Quote doridori_hi 19-4-2023 04:17 PM
Skerinyaaaa..
Gigit smpai putus, lepas tu telan ???!
Quote supernaturalee 19-4-2023 04:18 PM
blh sambung balik tak tu

eeee mesti sakit gile, gila!!!
Quote KamikuP 19-4-2023 04:23 PM
Hantor ke Tanjung Rambutan le jawabnya  kompom
Quote batmana 19-4-2023 04:27 PM
Byknya tamine2..
Quote Belibis 19-4-2023 04:41 PM
Serius aa jari manis??.
Quote Triple_8 19-4-2023 05:08 PM
pooh~key replied at 19-4-2023 04:12 PM
Bangsa apa dek? Hagitchew sis.

Kalau tidak diberitahu tu paham-paham jelah...
Quote imanjannah 19-4-2023 05:15 PM
Allah.. siannya..
Quote Decaffeinated 19-4-2023 05:56 PM
Kalau baby gigit puting try picit hidung dia nanti dia lepas. Kalau orang tua ni lebih mudah hentak ja kepala kot biar mampus.


Quote samperit 19-4-2023 06:03 PM
pooh~key replied at 19-4-2023 04:12 PM
Bangsa apa dek? Hagitchew sis.

melayu sis

me.la.yu
Quote JunkMail 19-4-2023 06:15 PM
samperit replied at 19-4-2023 06:03 PM
melayu sis

me.la.yu

Mesti bukan Melayu ni sis.. melayu puasa skrg
Quote antikorok 19-4-2023 06:44 PM
Horror nyehhh!
Psikosis kehhhh?
Quote AbukRokok 19-4-2023 07:47 PM
Skrg ramai org tiba2 gila
Quote azimodin 19-4-2023 08:00 PM
Sebab tu aku cakap kaki dadah ni elok tembak dengan senapang kasi mampos. Xpasal2 putus jari orang tu. Jilake.. aku harap2 kena sodok sampai lunyai dalam penjara nanti.
Quote azimodin 19-4-2023 08:04 PM
Deleted . double post
Quote Lavender85 19-4-2023 08:29 PM
kenapa tiba2 mcm ramai org x waras [em:8:]
Quote intan244 19-4-2023 09:41 PM
dasyatnya gigi manusia. jari pon gigit boleh putus.
Quote Samerosie 19-4-2023 09:45 PM
JunkMail replied at 19-4-2023 06:15 PM
Mesti bukan Melayu ni sis.. melayu puasa skrg

Hahahahahahaha
Quote Samerosie 19-4-2023 09:46 PM
Camne la gigi dia punya kuat jari yg ada tulang tu boleh putus digigit.  Iols gigit daging goreng kunyit pun fail...liat.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.044700 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top