CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cico Harahap Diracun Kawan Sendiri- Uji Rashid Tak Ada Duit Nak Bayar Bil Hospital, Seniman, Finas Semua Tak Layan

19-4-2023 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10475| Komen: 119

Uji Rashid terpaksa menjaga anak lelakinya Cico Harahap yang didakwa mengalami penyakit misteri sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, keadaan Cico atau Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 45, sebenarnya adalah disebabkan perbuatan khianat rakannya sendiri yang meracun pelakon filem Mami Jarum berkenaan.


Mengimbau kepayahan menjaga Cico, Uji atau Fuziah Haroun Al Rashid, 70, berkata, pernah satu ketika dia terputus sumber kewangan dan tidak mampu membayar bil rawatan Cico di hospital.


Foto: mStar

Kata Uji, selepas Cico disahkan diracun oleh rakannya pada 2016, dia dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) dan terpaksa menanggung bayaran yang tinggi disebabkan pusat perubatan itu adalah separa kerajaan.

"Selepas bawa Cico ke klinik, anak saya dibawa ke HCTM dan saya memang melalui detik sukar kerana saya tidak tahu hospital itu merupakan hospital separa kerajaan, jadi saya perlu bayar," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Uji memberitahu dia cuba mencari ikhtiar sehingga menghubungi persatuan-persatuan seni, namun tidak menerima maklum balas yang baik.

Akhirnya, penyanyi legenda 70-an itu dibantu oleh rakan-rakannya bagi melangsaikan bil rawatan hospital Cico.

"Awak tahu saya buat apa? Saya hubungi Seniman tetapi mereka cakap tidak ada bantuan yang boleh diberikan.

"Saya telefon Finas semua tetapi tidak dijawab. Saya menangis. Akhirnya, saya telefon kawan untuk minta bantuan kewangan.

"Alhamdulillah, hasil bantuan kewangan daripada kawan-kawan, saya dapat langsaikan bayaran bil hospital," ujarnya.

Pada 2016, Cico mengalami masalah kesihatan yang serius selepas diracun oleh rakan-rakannya ketika menghadiri sebuah majlis sambutan hari jadi salah seorang kenalannya.

Menurut Uji, pada mulanya dia tidak sedap hati dan enggan memberi keizinan buat Cico untuk keluar, namun terpaksa akur dengan kehendak anak lelakinya itu.

"Sewaktu saya ke majlis pengebumian Tan Sri SM Salim, dia ada cakap nak pergi birthday kawan. Pada waktu itu saya mula tak sedap hati dan tidak mahu izinkan dia pergi.

"Tapi dia berkeras nak pergi juga dan tak balik-balik, malah tak ada telefon saya langsung. Bila saya hubunginya, telefon dia tidak aktif. Jadi, saya mula rasa ada sesuatu yang tidak kena," ujarnya.

Sejurus pulang ke rumah, penyanyi lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu melihat Cico sudah terlantar di atas katil dengan keadaan yang memilukan.

Badan aktor filem Puteri Impian itu turut menjadi lembik dan dia sudah tidak lagi boleh bercakap.

"Balik daripada pengebumian, saya nampak dia terlantar di katil dengan tompokan darah dan muka berbuih.

"Badan dia pada waktu itu sangat lembik, angkat tangan dia jatuh, lembik macam sayur.

"Saya gementar kerana tidak pernah dia jadi macam tu. Saya berikan dia air, habis meleleh tak masuk ke dalam mulutnya," jelasnya.

Sementara itu, Uji turut memberitahu sudah banyak ikhtiar yang diusahakan termasuk mendapat bantuan daripada pelakon Ashraf Muslim dan Ustazah Sharifah Khasif.

Biarpun kesihatan Cico masih belum pulih sepenuhnya, tetapi keadaannya kini dilaporkan bertambah baik.

"Ashraf Muslim datang melawat Cico dan berikan beberapa surah untuk dihafal. Sharifah Khasif pun tolong. Pusat-pusat tahfiz juga bantu untuk merawat penyakit Cico itu.

"Kami pun dah puas berubat di macam-macam tempat. Kalau ikutkan, Cico masih belum 100 peratus pulih. Tapi bila kita bercakap dengan dia, dia boleh dengar, faham dan boleh menjawab," katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 19-4-2023 04:05 PM
betul ke di racun?

macam si parit tu pun heshe kata di racun oleh rokok kawan yang merupakan flakka mengikut kata calon girlfriend heols... bandi amuk versi arnab jatuh dalam bendang...

entah la kaka bab dadih2 ni susah nak percaya... si ungka tu pun rilek jah langgor keta orang lepas lalok... hujung2 di lepas gitu jah... sekarang je baru ada kes laki kena hempuk...

Quote bondeh 19-4-2023 04:35 PM
Kifarah kot dulu2 acik mata ikan nih kan kekwat. Paling diingati acik nih rejek Sharifah Raziah jadi menantu acik Uji sampaikan si Sharipah tuh bagi baju kahwin tak jadi ke muzium huhu
Quote jas7512 19-4-2023 04:45 PM
Bagi mampus je lah anak kau tu makcik uji..hidup pun x serupa org dan menyusahkan kau..  kot2 b4 mamous blh taubat ...msk syurga gak
Quote bulanbulat 19-4-2023 04:56 PM
Racun la, sihir la.

Anak dia stroke kan
Quote opie5662 19-4-2023 05:02 PM
Eh... Baru 2 hari lepas tgk die dtg umah sheera.. Elok je berborak n gelak2 si cico ni.. X mcm sakit pon..
Quote MatDeghem 19-4-2023 05:09 PM
Bg mat rasa... Minuman keras bercampur aduk , dadah... Meletop lah dlm perut. Terus ke pala otak.... Badan Kejung berbuih.
Konon Urban tapi sangkak.
Quote SalenaGomez 19-4-2023 05:49 PM
bondeh replied at 19-4-2023 04:35 PM
Kifarah kot dulu2 acik mata ikan nih kan kekwat. Paling diingati acik nih rejek Sharifah Raziah jadi ...

Mungkin acik uji boleh try tukar nama uji tu…nama ni mcm doa juga…mungkin nama uji, jadi slalu di uji ke…wallhualaam
Quote Nham22 19-4-2023 06:19 PM
SalenaGomez replied at 19-4-2023 05:49 PM
Mungkin acik uji boleh try tukar nama uji tu…nama ni mcm doa juga…mungkin nama uji, jadi slalu d ...

Kann.... Asyik kene uji jaa
Quote hanihan16 19-4-2023 06:22 PM
i thought anak dia od sampai rosak function otak
Quote asfaz 19-4-2023 06:22 PM
Semua Salah org lain . Anak sendiri takde salah
Quote makita 19-4-2023 06:27 PM
Nham22 replied at 19-4-2023 06:19 PM
Kann.... Asyik kene uji jaa

Betul lah. Mcm nama Hiba Habouk tu. Lain mcm kesan nama tu
Quote 3chanceno 19-4-2023 06:56 PM
Tiap kali interbiu nek uji nie, pasti cerita pasal anak dia kena racun..dah buat polis report pasal tuduhan nie? Kalau dah buat polis report, sapa yg kena tangkap?

Quote kalchi 19-4-2023 07:01 PM
Soalnya anak dia bergaul dgn sapa.smpai main racun2 buat buatan ni. Kalau circle baik2 masakan jd mcmni
Quote Straya 19-4-2023 07:16 PM
Kalau mulut berbuih & berdarah tu OD la.Kalau racun,apa nama racun tu? Mesti ada dalam report hospital kan.Acik Uji ni memang kekwat.Tengok program live raya lama dulu.Sarimah Ibrahim tanya apa ntah,dia jawab ‘kalau tak ada tu,tak ada la’ something like that dengan muka menyampah.Time tu pikir apahal acik ni
Quote qaqaarjuna 19-4-2023 07:42 PM
Straya replied at 19-4-2023 07:16 PM
Kalau mulut berbuih & berdarah tu OD la.Kalau racun,apa nama racun tu? Mesti ada dalam report hospit ...

OD tu apa?
Quote Nurul8001 19-4-2023 07:48 PM
qaqaarjuna replied at 19-4-2023 07:42 PM
OD tu apa?

Overdosed.
Sorry tertekan report.
Saya nak reply
Quote Belibis 19-4-2023 07:48 PM
opie5662: Eh... Baru 2 hari lepas tgk di ...

Itukan trobek zaman dulu dulu..wartawan takde berita,korek jer kisah lama.
Quote Straya 19-4-2023 07:52 PM
qaqaarjuna replied at 19-4-2023 07:42 PM
OD tu apa?

OD tu overdose (dadah)
Quote Samerosie 19-4-2023 07:58 PM
Tiap2 tahun kena ingatkan malaysia ke anak acik uji kena racun?  Dah lebih 5 tahun punya hal still meratap ratip nak justify kan apa ye?  Cico tu elok je ada ig bagai mcm tak sakit je.
Btw Kenapa minta finas seniman, bapak si cico tak ada ke?

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.076280 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top