CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Fairuz Kahwin Lagi Dengan Usahawan 72 Tahun

19-4-2023 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3002| Komen: 28

Penyanyi Datuk Siti Fairuz berkahwin lagi dengan usahawan Syed Mohamed Syed Ismail, 72, pada Selasa.

Fairuz berkata dia dan suami berkenalan sejak enam bulan lalu dan hubungan itu bermula sebagai penyanyi dan peminat.


Selepas mengenali hati budi masing-masing, Fairuz berkata beberapa persamaan membuatkan dia terbuka untuk kembali berumah tangga.

Foto: mStar

"Kami berkenalan lebih kurang enam bulan lepas, kami tak merancang apa-apa pun. Dia peminat setia saya sejak dari dulu lagi.

"Saya pun layan dia macam peminat, dari situlah kami mula berkenalan. Kami pula banyak persamaan, dia pula ada ciri-ciri bakal imam yang saya nak dan hampir semua ada pada dia.

"Daripada situlah Allah buka hati untuk berkahwin, kalau ikutkan saya tak mahu kahwin dah. Mungkin dah sampai jodoh," katanya kepada mStar.

Berkongsi mengenai pernikahannya itu, Fairuz memberitahu dia dan suami memilih bulan Ramadan agar perkahwinan kali ini lebih barakah dan hanya melaksanakan perkara yang wajib terlebih dahulu.


Malah Fairuz bersyukur apabila anak-anak mereka merestui hubungan itu.

"Kami selamat disatukan pada 18 April lalu di Jabatan Agama Islam Kuantan, Pahang dengan mas kahwin RM22.50. Untuk hantaran semua biar kami berdua sahaja yang tahu.

"Kami memilih untuk bernikah di bulan Ramadan sebab nak ambil berkat bulan Ramadan. Saya juga bersyukur apabila anak-anak kami menerima baik keputusan kami," katanya lagi.

Sementara itu, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Bila Ku Rindu Sebut Nama Mu ini memberitahu mereka merancang untuk mengadakan majlis resepsi selepas Hari Raya Aidilfitri.

"Majlis InsyaAllah kami akan buat selepas ini tapi kami percepatkan pernikahan ini untuk memudahkan kami bergerak bersama-sama.

"Mengenai bulan madu, kami tak merancang memandangkan masing-masing sibuk dengan perniagaan. Jadi kalau ada kesempatan InsyaAllah kami akan pergi berbulan madu tapi bukan dalam masa terdekat ini," kongsinya.

Dalam pada itu, Fairuz memberitahu dia teruja dan sudah tidak sunyi lagi selepas kehadiran suaminya itu selain akan lebih memberi perhatian terhadap perkahwinannya.

"Seronok rasanya, seorang diri dengan berdua lebih seronok berdua bukan? Kami pula berkahwin di usia yang sudah matang InsyaAllah masalah dah kurang.

"Saya juga akan lebih memberi perhatian kepada perkahwinan kali ini," ujarnya.

Untuk rekod, Fairuz sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohamad Zainudin pada tahun 1988 dan berpisah pada Julai 2008.

Hasil perkahwinan tersebut dia dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Farhanah Afifah, Farahiah Amirah, Fadhli Asyraf, Fariz Afiq dan Fakhri Aiman. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 19-4-2023 03:48 PM
tahniah.... btw umo heshe berapa?
kurlast boleh secure harta awal gittew...
hitamnya hati kaka...

Quote menjad 19-4-2023 03:50 PM
Koserrrr kahwen nak jaga orang tuo gitu.
Quote swateng1 19-4-2023 03:58 PM
tua2 pun sebok nak honeymoon kaaa?
Quote HoneyManjer 19-4-2023 04:02 PM
adeh reporter pun nanyah pasal bulan madu ka
adoiyai
Quote mamajawie 19-4-2023 05:06 PM
jibaker punya reputs boleh tnya psal hanimun bagai?apsal x tanya je nanti nk senggama pakai ky jelly brape botol per sesi?hawauuuu
Quote mixed 19-4-2023 06:02 PM
biol wartawan ni nasib x tanya nak berapa org anak
Quote Dolmat 19-4-2023 06:04 PM
Edited by Dolmat at 19-4-2023 06:06 PM

Buahhhh kurma!!!! Aku ingatkan Ratu Farah kahwin tadi...


Aper pun tahniahhh ler..


Wan Maimunahhhh jugak yg masih kesepiannn..
Quote I.K.A888990 19-4-2023 06:40 PM
semoga berbahagiaaaaaaaa
Quote Piramida 19-4-2023 06:47 PM
Yang tua pun berhak nak honeymoon.. Izinkan mereka berbulan madu dihujung2 hayat.
Quote fadz84 19-4-2023 06:47 PM
dudaberhias replied at 19-4-2023 03:48 PM
tahniah.... btw umo heshe berapa?
kurlast boleh secure harta awal gittew...
hitamnya hati kaka...

Siti Fairuz tahun ni 59yo.
Quote winky1 19-4-2023 06:55 PM
Alhamdulillah dan tahniah. Semoga berdua bersama hingga ke Jannah.
Quote winky1 19-4-2023 06:59 PM
Piramida replied at 19-4-2023 06:47 PM
Yang tua pun berhak nak honeymoon.. Izinkan mereka berbulan madu dihujung2 hayat.

Betul . Honeymoon cara mereka sebab baru kenal 6 bulan. Asal tak menyondol tak langgar syarak...
Kita happy. Tinggal bersama berkepit kehulu kehilir pun takpe. Wan Maimunah sabor ye. Makwannnn happy single makan ubat jgn putus.
Quote Lily_Elizabeth_ 19-4-2023 08:13 PM
Dolmat replied at 19-4-2023 06:04 PM
Buahhhh kurma!!!! Aku ingatkan Ratu Farah kahwin tadi...



Tok tan tu pun tak moh kut nek wan tu...selekeh kan?. Jgn tak tahu, tok tan pun pandei mileh tau.
Hat selekeh kepam depa tak moh.
Cam siti fairuz ni kan ke lawa kemas elok.
Quote Moyangkucing 19-4-2023 08:34 PM
Tahniah lah.
Harap2 wan maimunah pun bertemu jodoh àgar hilang sepi...
Quote umbut 19-4-2023 08:40 PM
Sf 59 laki 72..tua nya.. Hujung2 kena jaga laki sakit tua
Quote nonarona 19-4-2023 08:42 PM
menjad replied at 19-4-2023 03:50 PM
Koserrrr kahwen nak jaga orang tuo gitu.

klu org tua jutawan kaya takpe la jgak sis, klu sakit upah je private nurse jg
Quote bottombikini 19-4-2023 08:47 PM
dia ni meniaga apa
kemain masing2 sibuk dgn perniagaan katanyehhh
Quote redz85 19-4-2023 09:01 PM
mak aiiii mas kawin hanya RM22.50.. sekor ayam golek bazar ramadan lagi mahal
Quote makita 19-4-2023 09:18 PM
redz85 replied at 19-4-2023 09:01 PM
mak aiiii mas kawin hanya RM22.50.. sekor ayam golek bazar ramadan lagi mahal

Astagaaaaa hahaah kalau beli happy meals pon leh dpt 2 kotak

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.106847 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top