CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dakwa Shuhada Tabur Fitnah, Bapa Saudara Dedah Keselamatan Dan Kesihatan Hafidz Roshdi Sekeluarga Terkesan

19-4-2023 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3730| Komen: 35

Baru-baru ini, pelakon Hafidz Roshdi memuat naik sebuah hantaran yang menyatakan keadilan untuk dirinya dan keluarga berhubung krisis rumah tangga yang dialami olehnya bersama isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.


Namun begitu, kenyataan tersebut dimuat naik oleh bapa saudara merangkap pengurus Hafidz yang dikenali sebagai Adlan menerusi kemaskini di Instagram.

Foto: IG

Kata Adlan, dia mewakili Hafidz dan keluarganya untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

Dakwanya, kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan Hafidz sekeluarga terkesan akibat daripada fitnah yang dilemparkan oleh pihak Shuhada.



“Semoga kisah hitam di antara Hafidz Roshdi dan Shuhada menjadi iktibar kita semua.

“Saya Adlan mewakili Hafidz Roshdi dan keluarga akan bangkit demi menegakkan kebenaran dan keadilan.

“Kesan dari fitnah demi fitnah telah melumpuhkan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan mangsa iaitu Hafidz Roshdi dan keluarga. Maka, saya terpaksa meluangkan masa dan tindakan bagi memulihkan mereka diperingkat permulaan kes ini berlaku,” tulisnya.



Jelas Adlan, pihaknya telah memberi pelbagai nasihat dan pesanan kepada pihak Shuhada namun masih berdegil.

Malah, dia juga menyatakan objektif berbuat sedemikian adalah untuk membersihkan nama pelakon itu dan keluarga serta ingin menghapuskan sejarah hitam mereka yang tular di media sosial.

Walaubagaimanapun, hantaran itu telah dipadamkan oleh Adlan dan dia memuat naik entri terbaharu.



Terbaru, Shuhada memaklumkan bahawa dia kini sedang hamil anak ketiga dengan usia kandungan 10 minggu.

Malah, Shuhada turut mendedahkan bahawa dirinya sedang menjalani rawatan depresi dan tekanan serta anak perempuannya, Humairah turut mendapatkan rawatan psikiatri. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 19-4-2023 11:56 AM
tiberrr ler pulak...
Quote myakayina 19-4-2023 11:59 AM
gigihlah la pak sedara nak membekap plk..yg pegi pukul anak org tu knp ko tak nak sekolahkan anak sedara ko tu..
Quote kikilalapooh 19-4-2023 12:36 PM
Edited by kikilalapooh at 19-4-2023 03:22 PM

kebenaran apa yang ko nak tegakkan? sah sah pukul bini sampai pecah muka, package curang sekali, hamil 10 minggu pulak tu.
Quote doubleA 19-4-2023 12:41 PM
Lebih sudu dari kuah, play victim plak. Menyampah dgn pakcik entah mana dtg ni ko pun nak limelight ke
Quote ladybugz 19-4-2023 12:46 PM
as you are a man to even write something like this, is very frustrating. silence is best. if u condone his behaviour n put the blame on the victim i hope you realize this could happen to any women including your love ones.
Quote nakkomenjugak 19-4-2023 12:48 PM
if you cant stand the heat, get outta the kitchen
kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
puk gai so hai diu lei lo mou
Quote orkidorkido 19-4-2023 01:00 PM
Pakcik dia pondan ke? Kenapa suka melayan? Asyik duk salah si bini, anak sdara jantan kau tu yang buat hal kan
Quote dua_chzy 19-4-2023 01:02 PM
Eh tiber pak sedara gay ni.

Bising2 macam anak buah kau terpaling inesen.
Quote whimsicalmusic 19-4-2023 01:27 PM
fitnah yg mane 1?
Quote anilanil 19-4-2023 01:31 PM
Uncle, kalo shu fitnah ko tak reti2 ke nak file saman fitnah? Uncle tong2 la duit dgn abirah bayar lawyer.
Quote SembangKari 19-4-2023 01:36 PM
Apiz tu terang2 la buat kes jenayah. IP complete tu boleh dakwa kat court. Tapi sebab anak sedara kau ngaku ada mental problem soooooooo cold dah case kau... Pak sedara ngan anak sedara sama je...
Quote Suchi 19-4-2023 01:41 PM
Menghapuskan sejarah hitam dorang yg tular?


Lantak laa korang iols nk kemas baju ni drpd tadi tak siap2 sbb mcm tak muat la plak
Quote talia 19-4-2023 01:47 PM
Koserrrr la pokcik, sah2 anak sedara tu assault ex wife dia, yg tu kebenaran ape pulak?? Bebal nau
Quote MatDeghem 19-4-2023 02:11 PM
Ape fitnah nya?  Bagi lah list...
Ini sama pakcik yg lu hari padam gambar2 IG nya?
Quote rbmy 19-4-2023 02:52 PM
karut la semua ni pakcik. kita nak tau kes VIEW CHIN skrg. yg kes2 apis ni bole ke slow kan sikit?
Quote asfaz 19-4-2023 02:59 PM
Eh eh...anak buah sendiri buat hal,tiberrr jadi mangsa pulekkk.. phuiiihhhhhhhh
Quote asfaz 19-4-2023 03:00 PM
Suchi replied at 19-4-2023 01:41 PM
Menghapuskan sejarah hitam dorang yg tular?



  ai belum pack apa pun lagi sisthur..asben pun last kerja esok. Esok la ai mula operasi.
Quote _blackbird 19-4-2023 03:14 PM
kikilalapooh replied at 19-4-2023 04:36 AM
kebenaran apa yang ko nak tegakkan? sah sah pukul bini sampai pecah muka, package curang sekali, ham ...

10 minggu nok. 10 bulan tu dah terberanak dah
Quote Lavender_Violet 19-4-2023 03:21 PM
Play victim eh pak cik?
Anak kau yg buat hal mencurang, kau salahkan Shuhada pulak
Dah tak tahan tekanan org sekeliling ke bila Shu londehkan satu persatu?
Konon mental illness apa segala tapi celup sana celup sini ok pulak anak sedara ko tu eh?

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.074152 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top