CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Plaza Tol Gombak Sesak, Ramai Mula Pulang Ke Kampung

18-4-2023 04:54 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1090| Komen: 12|Original author: Tatod

Plaza Tol Gombak mula dibanjiri kenderaan bagi orang ramai pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Melalui tinjauan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati kenderaan mula memasuki lebuh raya berkenaan petang ini bagi tujuan destinasi ke Pantai Timur.


Gambar hiasan.

Manakala, aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan sesak pagi tadi kini lancar.

Menerusi kenyataan di laman Twitter LLM memaklumkan, tiada kesesakan berlaku di kawasan tersebut setakat ini.

“Trafik telah bergerak lancar dikedua-dua arah,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, pagi tadi Kosmo! melaporkan, kesesakan itu berlaku di Kilometer (Km) 11.6 dari Km 20.2 sehingga Km 31.8 ekoran kerja penurapan jalan serta penutupan lorong dilakukan di kawasan berkenaan.


Sementara itu, trafik sesak turut dilaporkan di Lebuhraya Utara-Selatan di Km 306.5 arah Selatan dari Sungai Besi ke Univeristi Putra Malaysia, berikutan kemalangan. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sonic-bertaik 18-4-2023 07:36 PM
Semangat!!
Quote zuraidah1 19-4-2023 05:48 AM
Aku dok raub ni ..ptg smlm dah Jemm...
Quote mejaputih 19-4-2023 07:16 AM
zuraidah1 replied at 19-4-2023 05:48 AM
Aku dok raub ni ..ptg smlm dah Jemm...

org kelantan lalu k.lipis dan raub kan..
Quote Simunggu 19-4-2023 10:14 AM
agak agak kalau naik kapalterbang berapa jam awal ya...tak pernah balik last minute..
Quote Kuin-Kepam 19-4-2023 10:29 AM
Jgn buang sampah merata-rata. Islam menggalakkan kebersihan
Quote zad78 19-4-2023 10:58 AM
Shah Alam...welkam bek......
Quote sonic-bertaik 19-4-2023 10:59 AM
Pesta buang sampah dtg lagiiiii..
Quote cikatilia 19-4-2023 11:05 AM
zad78: Shah Alam...welkam bek......

yeahhh so clear weh shah alam - kd 10 menet jah xlalu dash pon
nampak nau puak sskjp memenuhi ruang shah ale

Quote kemaruk 19-4-2023 02:10 PM
ECRL siap tahun depan, jangan risau
Quote ninja boy 19-4-2023 02:23 PM
Ha bagus balik lah awal2 lagi bagus masak2 tolong apa patut, kitaorg balik lambat pagi raya terus bukak periuk lahap ketupat bagi wang dan mercun penuh bonet kereta
Quote juboqhang 19-4-2023 08:28 PM
Harap esok tak sesak ler. Suku dah balik
Quote rosa_canina 19-4-2023 09:36 PM
meols br smpai berbuka td.. alhamdulillah.. hiway clear

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.031716 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top