CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Michelle Yeoh Janji Akan Bekerjasama Dengan Pengkarya Tempatan

18-4-2023 04:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 590| Komen: 12|Original author: Tatod

Pelakon wanita antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh berjanji akan bekerja dengan pengkarya tempatan yang baginya wajar diberi peluang ke peringkat global.

Dia sedar, ada ramai penggiat seni tempatan yang mampu menghasilkan karya bertaraf global. 



"Saya rasa kebanyakan masa kita terlalu terkurung dalam ruang yang cuma berputar dalam pasaran kita. Kita patut buat filem untuk global dan lakukannya secara berterusan.

"Saya tahu banyak pembikin filem hebat dari sebelah sini. Paling pertama, kita kena cipta peluang buat mereka dan beri platform yang mampu tonjol bakat mereka.

"Saya memang mahu bekerja lebih rapat dengan ketua-ketua studio di sini, golongan yang ingin bawa perubahan, dan sedia kerah diri jauh ke depan lagi," katanya.

Pada 13 Mac lalu menyaksikan detik bersejarah apabila Michelle menjadi wanita Asia pertama menang trofi Pelakon Wanita Terbaik di Academy Awards.


Kemenangan itu menerusi penampilannya dalam filem Everything Everywhere All At Once yang turut menang besar pada edisi itu.

Ketika Academy Awards ke-95 berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 13 Mac lalu, 'ketakutan' sebenar Tan Sri Michelle Yeoh, 60, bukanlah suasana di situ, tetapi lebih kepada 400 orang termasuk ibunya, Datin Janet Yeoh yang menyaksikan program itu secara langsung dari Kuala Lumpur.

"Ada lebih 400 orang berkumpul di sana dan saya terfikir kalau nama saya tidak dipanggil, apa jadi di sana nanti," katanya mengimbas kemenangan bersejarahnya dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Evrything Everywhere All At Once.


Ketika itu, dalam masa sama, dua pelakon filem berkenaan iaitu Ke Huy Quan dan Jamie Lee Curtis masing-masing sudah memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik.

"Sewaktu kami duduk di sana dengan Ke Huy Quan dan Jamie Lee Curtis sudah menang trofi mereka, saya ingat mereka beri renungan dengan nada meminta saya berserah. Tapi, dalam hati saya tetap cakap mana boleh, kena menang!

"Namun, ketakutan terbesar saya pada waktu itu adalah apabila teringat ibu saya sedang menonton. Awalnya, cuma sekitar 30 rakan akan bersamanya sebab awal pagi. Jadi, saya memang sangat bersyukur dan gembira. Saya boleh dengar jeritan semua kamu ketika itu," katanya pada sidang media khas kepulangannya ke tanah air.

Michelle pulang ke tanah air bagi menyambut ulang tahun ibunya, Janet. Ia sudah menjadi agenda wajib setiap tahun. - CARI


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-4-2023 04:25 PM
Bagi yg betul2 ok. Jangan hasilnya macam drama2 sampah adaptasi novel cinta yg mana penulis novel tu dari kalangan acik2 kepam berangan yg watak utama tu deols..
Quote KamikuP 18-4-2023 04:26 PM
Takyah le berkolab ngan pengarah kat Msia buat jatuh standard jahh..
Kang tak David Teo, Ahmad dehem akan sambar buat filem rempit/hantu.. kohkohkoh
Quote dudaberhias 18-4-2023 04:52 PM
tolong pilih dan tapis pengarah yang betul2 layak, bukan yang marketnya adalah market rempit dan cuci duit... iols nak sarankan yang pernah produce untuk netflix... semuanya meletop belaka... contohnya siri Ghost Bride, sa balik baju etc...

dan hati2 ramai orang tempatan yang dengki dengan ko yach acik michelle yeoh... nak banggakan dan ucap tahniah pun deorang kondem... sebab katanya ko tak bangga jadi rakyat malaysia bagai... padahal retis2 tempatan pun komen kat ig dalam bahasa omputeh jah... padahal muka masing2 macam hamba dari kerajaan yindu langkasuka...

bukan cantik pun yang dok berenglish 24 jam tu...

Quote LadyCarefree 18-4-2023 06:01 PM
KamikuP replied at 18-4-2023 03:26 PM
Takyah le berkolab ngan pengarah kat Msia buat jatuh standard jahh..
Kang tak David Teo, Ahmad dehem ...

Apo gitu sekali merendahkan bakat2 retis Msia. Sabar jap. Nanti kolab dgn Mekjurah. Pasti letop sbb mek kata karya yg ada semua xbagus maka haruslah dia hasilkan yg terpaling baik.
Quote PULANGKAN 18-4-2023 06:11 PM
risau Iols dengar

pengarah Malaysia ni majoriti syok sendiri
dengan pelakon gred-F, takde disiplin, mengharapkan kontroversi murahan ja

harap auntie Michelle pertimbangkan semula

pengarah2 yang Iols minat, ramai dah ke rahmatullah
macam Yasmin Ahmad, Mamat Khalid, etc
Quote Thunderclouds 18-4-2023 06:55 PM
Aalaaa..
Korang purcaya kaaa???
Dia ckp sekadar menyedapkn hati ummah jaa..
Kang direct sgt gtau pengarah kita tadak vision plus jln cerita hauk, skrip pn syok sendri sentapp polakkk..


Quote PocongTerbang 18-4-2023 07:17 PM
Berlakon under production yg supply drama kat viu je acik michelle.drama tv msia masih ditakuk lama,kecuali satu-dua drama mcm one cent thief
Quote shida81 18-4-2023 07:18 PM
X payah la cik...
Quote sharlenetexas 18-4-2023 08:08 PM
Collab dgn samdol buat action movie
Quote sleepandream 18-4-2023 08:21 PM
collab dgn singapore or HK production sekali... target audience global...
harapkan studio malaysia je byk kekangan... then mintak anak tiri najib invest film tu yach
Quote codenamedream 18-4-2023 08:28 PM
Moga acik Michelle berlakon drama pukul 7, jadi watak bakal mertua T20.
Quote sharlenetexas 18-4-2023 08:36 PM
sleepandream replied at 18-4-2023 08:21 PM
collab dgn singapore or HK production sekali... target audience global...
harapkan studio malaysia j ...

Zmn dulu ada filem the dadah connection. Jacinta lee jadi heroine.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.036260 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top