Selepas terpalit kontroversi curang dengan isterinya, usahawan dan pempengaruh, View Chin minta maaf. "Saya tahu ini ujian yang sangat berat buat saya, saya tahu pelbagai persoalan bermain di fikiran anda. Saya akan bagi kenyataan secepat mungkin," katanya menerusi Facebook (Fb) .
Menerusi hantaran sama, View Chin memohon orang ramai memberinya ruang dan sedia memberi kenyataan dalam waktu terdekat susulan isu membabitkan dirinya. "Saya ingin memohon maaf kepada semua beberapa hari ini saya berdiam diri. "Bagi saya masa untuk saya perbetulkan segala keadaan dan persoalan yang menimpa," katanya. Menurut View Chin, sejak tularnya isu berkenaan, banyak urusan perlu diselesaikan dengan peniaga dan dia juga perlu menjawab pertanyaan daripada wakil jenama yang berurusan dengannya. Katanya, isu membabitkan dirinya itu juga memberi impak hingga tidak dapat menjalankan perniagaan apabila premis dan kakitangannya diganggu mereka yang berkenaan.
"Rumah saya sudah kosong tanpa ada apa apa barang, semua barang sudah dipindahkan. "Pelbagai kerja saya perlu selesaikan, 'seller' (peniaga) dan semua 'brand' barangan bertanya berkenaan perkara yang 'viral' (tular) dan juga mereka ingin duit mereka dipulangkan kembali. "Saya perlu satu persatu menjawab setiap 'seller' dan memulangkan kembali duit mereka. "Saya perlu selesaikan setiap tanggungjawab saya dahulu. Bagi saya masa untuk saya balas setiap persoalan yang anda semua nak tahu, saya akan menjawab," katanya. Terdahulu, tular di laman sosial apabila wanita dikenali Shermine mendakwa View Chin curang bersama kakitangan yang sudah dianggap seperti keluarga. Pendedahan itu dibuat Shermine menerusi Facebook (Fb) miliknya dengan memuat naik beberapa bukti seperti tangkap layar perbualan di WhatsApp. Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya simpati terhadap Shermine dan menyalahkan View Chin serta wanita didakwa menjadi orang ketiga. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Kitty_catz replied at 18-4-2023 12:50 PM
lerr hai.. lamberrtt le reputs cari nehh
org dr mlm sabtu lepas berbuke dah sakit perut baca komen2 ...
Kitty_catz replied at 18-4-2023 12:54 PM
kat twidder ex staff tumpahkan tehh
mmg species cinapek berniga , bayo rm2,500 smua kena buat dar ...
jari10 replied at 18-4-2023 12:56 PM
Seriously kenapa sana sini sebut bunggung hehe ketinggalan sungguh aku
Kitty_catz replied at 18-4-2023 12:50 PM
lerr hai.. lamberrtt le reputs cari nehh
org dr mlm sabtu lepas berbuke dah sakit perut baca komen2 ...
mikasa replied at 18-4-2023 01:00 PM
Lambat laun akan terima balasan kalau ko aniaya kat staff. Kantoi tu cuma alasan nak menjatuhkan j ...
Samerosie replied at 18-4-2023 01:13 PM
Jom cari tempat peluk..
Kitty_catz replied at 18-4-2023 12:54 PM
kat twidder ex staff tumpahkan teh chuolssss
mmg species cinapek berniga , bayo rm2,500 smua kena ...
vanillaninja replied at 18-4-2023 01:02 PM
I tak tak kewujudan theyols ni sampai la teh tumpah dekat Twitter. Ramai followers rupanya? Padahal ...
ADVERTISEMENT