Bintang bola sepak Portugal, Christiano Ronaldo enggan memenuhi permintaan kekasihnya, Georgina Rodriquez supaya membeli beg jenama mewah untuk dirinya, kata Georgina seperti dilaporkan portal berita The News International hari ini.
Kekasih Cristiano Ronaldo mendedahkan bintang bola sepak Portugal itu enggan membeli beg jenama mewah untuk dirinya. The News International melaporkan, Georgina, 29, membuat pendedahan itu dalam temu bual bersama program televisyen Sepanyol, El Hormiguero baru-baru ini. “Saya meminta beg tangan sama seperti yang saya ada tetapi saiznya lebih besar. Dia (Ronaldo) memberitahu saya, dia enggan (membelinya). Saya tidak akan membelinya untuk awak,” kata Georgina yang juga pesohor media sosial itu. Wanita itu kemudian memberitahu: “Baiklah, saya akan membelinya sendiri.” Bagaimanapun, ada laporan menyatakan bahawa Ronaldo, 38, enggan memenuhi permintaan kekasihnya disebabkan Georgina sudah pun mempunyai terlalu banyak beg.
Wanita itu sebelum ini berkata, dia memiliki kira-kira 150 beg tangan mewah. Model wanita itu telah memberikan peminat gambaran unik tentang kehidupan mewahnya bersama Ronaldo dalam musim terbaru siri Netflix berjudul ‘I am Georgina.’ Ronaldo dan Georgina yang menjadi pasangan kekasih sejak 2017, dilaporkan sedang mengalami masalah dalam hubungan mereka. Bintang bola sepak Portugal itu dikatakan tidak berpuas hati dengan sikap teman wanitanya. “Dia kesal dengan sikap Georgina dan merasakan dia mementingkan diri sendiri”, lapor portal berita El Futbolero. Sumber: Kosmo
|
pekanwoohoo replied at 18-4-2023 11:22 AM
Kalau kaya macam ni kan, diorang basuh baju tak? Ke guna semua barang sekali pakai je?
mayaHD replied at 20-4-2023 09:43 AM
Geo da femes dan jadi model mcm2 jenama super mewah, bayaran pon mewah la jugeks. cuma kalau bukan s ...
ADVERTISEMENT