Tular video pelakon Adam Lee bertengkar dengan seorang lelaki di sebuah kedai karpet, baru-baru ini. Difahamkan, pelakon Dazrin Kamarudin tampil sebagai pemilik kedai karpet dan individu yang berkongsi video rakaman kamera rakaman litar tertutup (CCTV) tersebut, menegaskan apa yang terjadi bukanlah gimik untuk promosi kedainya.
“Ramai yang tanya apa telah berlaku dan pelbagai spekulasi berterbangan. Pertama sekali, saya memang minta maaf tetapi saya tak sesuai untuk perjelaskan apa yang berlaku. “Saya dan team tengah merangkakan satu kenyataan untuk kita pencerahan apa yang berlaku. Banyak sangat komen yang dilontarkan… pada saya, saya rasa ralat la. “Sebab ini memang bukan, sebahagian daripada marketing. Sejujurnya, saya cakap Sweet dan Adam memang datang ke Alaqsa Carpets untuk mencari karpet dan melakukan sedikit ulasan untuk kami.
“Sebab itu memperjelaskan kenapa ada mikrofon di badannya. Tapi apa yang berlaku yang anda tonton dalam video itu tak ada kena mengena langsung dengan marketing daripada kami,” katanya. Menurut Dazrin lagi, insiden pergaduhan itu juga berlaku selepas Adam dan isterinya iaitu aktres Sweet Qismina membuat reviu atau ulasan untuk kedai karpet tersebut. “Kejadian itu berlaku selepas reviu dan selepas Sweet dan Adam sedang membeli karpet. Tapi untuk jelaskan lebih lanjut, saya tak boleh lakukan sekarang. “Tapi Insya-Allah pencerahan itu atau penjelasan tentang apa yang berlaku akan dibuat tak lama lagi,”ujarnya. Sementara itu, Dazrin juga memaklumkan pihaknya sudah memohon maaf kepada pasangan suami isteri tersebut atas insiden yang tidak dingini. “Saya ingin memohon maaf kepada Sweet dan Adam atas kejadian yang tak diingini itu. Adam dan Sweet pun sudah memaafkan pihak kami. Kedua-dua belah pihak juga dalam keadaan baik,” ujarnya. Sumber: Gempak
|
dudaberhias: Bila sebut je bukan gimik lant ...
Kentot_Wangi replied at 18-4-2023 12:27 PM
cakap pasal kaunter tu, ak pnh pergi 1 jabatan ni. Punye la berderet2 kaunter. Bukak 2 je. Pastu dh ...
ADVERTISEMENT