CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makin Banyak Komponen Senjata China Ditemui Di Ukraine

18-4-2023 10:26 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 327| Komen: 1|Original author: Tatod

Tentera Ukraine menemui semakin banyak komponen dari China dalam senjata Russia yang digunakan di Ukraine, kata seorang penasihat kanan di pejabat Presiden Volodymyr Zelensky.

Penemuan itu mencetuskan pertikaian mengenai sejauh mana sekatan terhadap Russia dipatuhi dan berkesan, meskipun sebahagian besar negara Barat setuju mematuhi sekatan yang dikenakan.


Penasihat ketua kakitangan Presiden mengenai dasar sekatan, Vladyslav Vlasiuk, berkata pihaknya menemui menemui elektronik yang berbeza dalam 'senjata yang diperoleh semula dari medan perang'.

Komponen senjata yang dijumpai.

"Trend sekarang ialah berkurangnya komponen buatan Barat tetapi lebih banyak komponen yang dibuat negara tidak sukar diteka negara mana. Sudah tentu, China," katanya menerusi panggilan video.

China berulang kali menafikan menghantar peralatan ketenteraan ke Russia sejak pencerobohan Moscow ke atas Ukraine pada Februari 2022.


Serangan itu mencetuskan sekatan Barat, termasuk ke atas penghantaran ketenteraan dan teknologi dwi-guna seperti cip mikro yang boleh digunakan dalam peralatan biasa atau senjata.

Perisikan yang dikumpul oleh pakar Ukraine dari medan perang dan dikongsi dengan Reuters menyatakan bahawa komponen buatan China ditemui dalam sistem navigasi dron udara Orlan, yang sebelum ini menggunakan sistem Switzerland.

Pakar juga melaporkan menemui bahagian China dalam sistem kawalan kebakaran kereta kebal Russia, yang sebelum ini menggunakan alat ganti buatan Perancis.

Reuters tidak dapat mengesahkan perisikan secara bebas, termasuk sama ada komponen berkenaan mungkin bertujuan untuk kegunaan bukan ketenteraan atau sama ada ia dipindahkan ke Russia oleh pihak ketiga.

"Kami sedang mengumpul pelbagai barangan, buatan China," kata Vlasiuk.

Ditanya sama ada syarikat China menyediakan bahagian untuk peralatan ketenteraan Russia, pejabat jurucakap Kementerian Luar China menafikannya.

"Sepanjang sejarah, China melancarkan kerjasama perdagangan biasa dengan semua negara, termasuk Russia, atas dasar kesaksamaan dan faedah bersama"

"Bagi eksport barangan ketenteraan, China sentiasa mengamalkan sikap berhemat dan bertanggungjawab. Kedudukan dan tindakan China sentiasa seperti ini," katanya.

Vlasiuk berkata, Ukraine dapat mengenal pasti beberapa pengeluar atau pembekal dan berkongsi maklumat itu dengan sekutu Barat.

Beliau menamakan China North Industries Group (Norinco), pembuat senjata China, sebagai antara pembekal serta pembekal tentera Xinxing Guangzhou Import and Export sebagai satu lagi pembekal, tanpa menyatakan apa yang mereka bekalkan.

Seorang kakitangan di Norinco, yang enggan memberikan nama mereka, berkata syarikat itu 'tidak menyediakan komponen peralatan ketenteraan kepada Russia'.

Xinxing Guangzhou Import and Export tidak segera menjawab permintaan untuk memberi komen.

Kementerian Luar Russia tidak segera menjawab permintaan untuk memberi komen. 


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.051689 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top