CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Sarah Tak Sabar Dilepaskan Syamsul, Pakai Busana Serba Putih Sebagai Lambang Hidup Baru

18-4-2023 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4627| Komen: 48

"Diharap Syamsul melafazkan cerai dan jika gagal, saya akan beritahu sebabnya kemudian."

Demikian kata pelakon, Puteri Sarah yang tidak sabar dilepaskan daripada perkahwinan dengan suaminya, Syamsul Yusof.



Gempak

Pelakon berusia 38 tahun itu berkata,  dia mahu meneruskan kehidupan dengan tenang, justeru dia hanya mahukan kebebasan dan memohon semua pihak mendoakan urusannya berjalan lancar.

Sarah tiba di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur jam 9.20 pagi tadi dengan berpakaian serba putih, menggambarkan imejnya sebagai permulaan untuk kehidupan baharu kelak.

Terdahulu, mahkamah menetapkan prosiding kes lafaz cerai dijadualkan di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada jam 11 pagi ini.


Sinar Harian


Difahamkan, pasangan ini juga perlu menghadiri sesi sulh yang dijadualkan jam 9 pagi sebelum ke prosiding kes cerai, dua jam kemudian.

Pada 10 April lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan prosiding kes lafaz cerai Syamsul terhadap isteri pertamanya pada Selasa, selepas pasangan ini mencapai persetujuan membubarkan perkahwinan secara baik.

Bagaimanapun, terma penyelesaian hanya akan dimaklumkan kemudian, antaranya menyentuh isu hadanah, nusyuz, mutaah, nafkah, idah dan harta sepencarian.



Dalam kes ini, Syamsul diwakili peguam syarie, Azmi Mohd Rais sementara Datuk Akberdin Abdul Kader bagi pihak Puteri Sarah.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik_ingeniare 18-4-2023 10:27 AM
dah macam pakai baju nak akad nikah pun ada. apa apa pun, semoga semua urusan berjalan lancar
Quote brunesss 18-4-2023 10:29 AM
100x lebih cantik dari baju wedding si birah dengan stokin bola.
Quote krustykrab 18-4-2023 10:31 AM
Apa la la punya tajuk mengundang kecaman org je.
Quote menjad 18-4-2023 10:35 AM
Moga apa jua keputusan adalah yang terbaik tuk sarah

Sol jangan macam2 pulak
Quote shi_jewel 18-4-2023 10:37 AM
manakala, sol pulak tiba dengan rambut kepamnya yg berminyak selit belakang telinga...

euwwwwwwwwwwwwwwwwww

Quote haniasyira 18-4-2023 10:39 AM
shi_jewel replied at 18-4-2023 10:37 AM
manakala, sol pulak tiba dengan rambut kepamnya yg berminyak selit belakang telinga...

euwwwwwwwwww ...

Minyak bekas2 ikan yg birah goreng sahor tadi
Quote edoraixora 18-4-2023 10:42 AM
ramainya media buat coverage
Quote Lavender_Violet 18-4-2023 10:43 AM
Ohh...ada proses sulh pulak dulu
Ingat terus naik court and lafaz...biasanya mcm ni aje
Quote 3chanceno 18-4-2023 10:45 AM
Edited by 3chanceno at 18-4-2023 10:46 AM

TT kenapa tajuk tulis cam gitu?  

Semuga urusan kapel ini lancar.
Quote edoraixora 18-4-2023 10:46 AM
3chanceno replied at 18-4-2023 10:45 AM
TT kenapa tajuk tulis cam gitu?  Video ps & samdol je mahkamah tajde ke?

Semuga urusan kapel ini l ...

sebenarnya...ayat  tu keluar dari mulut sarah sendiri
banyak kali dia cakap
Quote dudaberhias 18-4-2023 10:52 AM
Itu je rhoper sol yang si birah mampu siapkan? Dok rendam gigi palsu malam2 dan tepek polident sebelum habis sahur tadi pun gini je hasilnya?

Si PS nampak aura berseri2 plak harini...
Cuma tang tudung tu...
Labuhkan sikit tetek tu, nampak tudung nanti.

Quote 3chanceno 18-4-2023 10:53 AM
edoraixora replied at 18-4-2023 10:46 AM
sebenarnya...ayat  tu keluar dari mulut sarah sendiri
banyak kali dia cakap

Oh ada ya sis? Hhmmmmm....bila baca cam tak sedap bunyinya...tapi kalau ps dah duk ulang gitu, nak lagu mana lagik  
Quote HoneyManjer 18-4-2023 10:57 AM
ade ek sulh...
meols dlu takde sulh bagai
loyer tya ex u nak lafazkan cerai x hari nih...he said yes
and there we go

Alhamdulillah...dipermudahkan
and d end of my sufferings
Quote kikilalapooh 18-4-2023 11:00 AM
cantiknyaaaaa sarah!!!
Quote edoraixora 18-4-2023 11:00 AM
3chanceno replied at 18-4-2023 10:53 AM
Oh ada ya sis? Hhmmmmm....bila baca cam tak sedap bunyinya...tapi kalau ps dah duk ulang gitu, nak ...

tengok kt video ni, minit 0.42

[youtube]NTjejpCT8ys[/youtube]
Quote zehra2 18-4-2023 11:19 AM
kalau tak diceraikan sarah akan bg tau sebab nya?
apa sebab nya agak nya ya

Quote kaishi 18-4-2023 11:20 AM
Ade 1 part tak best, tp aku nak taip juga...

Aku risau drama ni berpanjangan wpon dah cerai, jgn too confident, apa kata stay low profile. Kita x tau masa depan mcmana, yer memg PS da lama menderita... Ni aku faham, tp bila smpai camni, tak sabar bagai, aku jd risau..... Hahah. Penat nurtizen nnt ????????
Quote matjerk 18-4-2023 11:27 AM
edoraixora replied at 18-4-2023 11:00 AM
tengok kt video ni, minit 0.42

Mandai2 je ye awak Sarah..hitam itu depressing...
Putih itu memulakan hidup baru kahtenyaaaaa...

Haissshhhh.. x de sape2 ke tlg advise utk bersederhana sahaja dlm kata2.... sedih jgn ditunjuk sgt.... suka pun jgn ditunjuk sgt....
Quote stingeramadhan 18-4-2023 11:34 AM
Putih versi atau interpretasi dara yg teda daranyer...

Wallahhuaklam...

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.077295 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top