CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sapa Yang Cari Gaduh? - Soalan Tun M Kepada Anwar

17-4-2023 07:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1584| Komen: 23|Original author: Tatod

Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Perdana Menteri tidak menarik balik fitnah dan meminta maaf terhubung tuduhan menyalah guna kuasa bagi memperkayakan keluarganya.


Dalam perkongsian bertajuk 'Cari Gaduh' menerusi Facebook petang ini, Dr Mahathir berkata, tindakan saman diambil kerana Anwar masih meneruskan fitnah terhadapnya walaupun selepas berjaya menjadi Perdana Menteri.

"Hari ini, hari terakhir untuk Datuk Seri Anwar dan peguamnya menjawab surat dari peguam saya yang memintanya menarik balik fitnah dan meminta maaf kerana menuduh saya menyalah guna kuasa untuk memperkaya keluarga, jika tidak, saya telah arah peguam untuk teruskan tindakan undang-undang.


"Selain itu, saya juga diberitahu bahawa Anwar setelah peguam saya keluar surat meminta dia menarik balik fitnahnya, ketika berdialog dengan pelajar-pelajar universiti telah berkata bahawa dia tidak mahu bergaduh dengan saya.


"Ini agak pelik. Dia fitnah saya bermacam-macam selama berpuluh tahun. Masa itu pun bila minta tunjuk bukti, tak ada satu pun bukti yang dia tunjuk walaupun dengar cerita ada berkotak-kotak bukti dalam simpanannya," katanya menerusi perkongsian itu.

Dr Mahathir menjelaskan, sebelum ini beliau tidak mengambil tindakan terhadap Anwar kerana menganggap serangan yang dibuat sebelum ini adalah perbuatan seseorang yang terdesak kerana terlampau mahu jadi Perdana Menteri.

"Tetapi hari ini, apabila dia dah jadi Perdana Menteri, dia masih teruskan fitnah. Jadi saya minta tarik balik dan jika tidak saya ambil tindakan undang-undang. Itulah yang saya lakukan. Jadi siapa yang cari gaduh?," katanya.


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 17-4-2023 07:42 PM
[youtube]cPfAL9ovL3I[/youtube]




Quote Rogue98 17-4-2023 07:56 PM
Biar jer atok meroyan tak tenang hidup. Buktikan jer kat mahkamah. Dulu najib kata dia dapat derma dari Raja Arab ...atok tak percaya mintak suruh raja Arab tunjuk mana dia dapat duit yg dia bagi kat najib....haha bengong....nanti kat mahkamah atok kena lah tunjuk bukti mcm mana anak2 dia kaya sampai jadi billionaire...barulah adil.
Quote Erotika 17-4-2023 08:02 PM
Boring dah.. this is getting childish. Langkawi kirim salam kosong-kosong
Quote makneng 17-4-2023 09:01 PM
Bagus hangulkan kepala dedua ni. Tak habis2 meroyan.
Quote zamzam 17-4-2023 09:55 PM
Rogue98 replied at 17-4-2023 07:56 PM
Biar jer atok meroyan tak tenang hidup. Buktikan jer kat mahkamah. Dulu najib kata dia dapat derma d ...

Anwar tuduh dia lah kena tunjukkan bukti.
Quote zamzam 17-4-2023 09:56 PM
makneng replied at 17-4-2023 09:01 PM
Bagus hangulkan kepala dedua ni. Tak habis2 meroyan.

Sepatutnya  nuart buat kerja x kacau saka tua tu
Quote Rogue98 17-4-2023 10:42 PM
Bila najib bebas nanti biar najib jer jaga naikkan ekonomi.....Anwar n Saka boleh face off kat mahkamah....tengok sape betul....bukti ada kan.... anak2 saka tu pun mmg dah ada kes tapi sangkut kat AG dulu....sama mcm kes nazlan sangkut. Kes Najib Zahid jer laju ...
Quote KamikuP 18-4-2023 10:23 AM
Che Det ni sapa jadi PM dia akan kaco selagi boleh.. ekekekeke
Quote Nnasda53 18-4-2023 10:33 AM
Nak tengok kesudahan je kisah ni.
Quote Burong_Hantuk 18-4-2023 10:36 AM
Annoying laaaa
Quote Minami2013 18-4-2023 10:43 AM
Sama sama cari gaduh.

Claim anak berbisnes. Betul lah bisnes. Buat company dpt untung atas angin je ngan Proton. Anwar pun sama lantik anak sendiri dgn jawatan. Claim tak de gaji, betul lah tu. Tp kalo ade kuase, automatik dpt benefit. Paham2 je la. Nk kena org bgtau dia jugak baru tak jadi lantik.

2 x 5
Quote unguaurora 18-4-2023 03:56 PM
Sokong Tun
Quote AbukRokok 18-4-2023 04:02 PM
Semoga bang non berjaya benamkan sangkak tua grandmaster chess konon hahahaha
Quote pengecatbintang 18-4-2023 04:08 PM
zamzam replied at 17-4-2023 09:56 PM
Sepatutnya  nuart buat kerja x kacau saka tua tu

tapi ramai yg bising..

depa kata..

sblm DSAI jadi PM, DSAI tuduh Tun macam2..

depa kata lagi..

da jadi PM naper x ambik tindakan..


Quote Skuau 18-4-2023 04:50 PM
champion of screw vs champion of spanner
Quote zamzam 19-4-2023 07:30 AM
pengecatbintang replied at 18-4-2023 04:08 PM
tapi ramai yg bising..

depa kata..

Pi lah report kat sprm bawak bukti  terus. Bukan sindir2 22 tahun 22 bulan tanpa sebut nama Tun dlm majlis pkr. Be a gentleman bukan makcik bawang. Aku pun nak tahu betul ke tun ni penyamon sesuai lagu hoi ya hoi.
Quote pengecatbintang 19-4-2023 07:33 AM
zamzam replied at 19-4-2023 07:30 AM
Pi lah report kat sprm bawak bukti  terus. Bukan sindir2 22 tahun 22 bulan tanpa sebut nama Tun dl ...

ha ha ha..

itu hari cabar sangat DSAI..

kata bila naik PM, tapi x dakwa Tun

ni DSAI yg umpan Tun..

Tun sendiri sukarela heret DSAI ke court..

so, jgn salahkan DSAI








Quote sam1528 19-4-2023 12:29 PM
Bad move by Tun M

Si Bangnon tu PM selaku Muntri Kewangan

Semua rekod kewangan ada ada kat MOF & dia pulak boleh declassify apa2 dokumen


Quote tripleid 19-4-2023 12:30 PM

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.075569 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top