CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hujan Meteor Lyrids Di Langit Kuala Lumpur 23 April Ini

17-4-2023 05:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1015| Komen: 18|Original author: Tatod

Orang ramai bakal menyaksikan kemuncak fenomena Hujan Meteor Lyrids yang dijangka berlaku di langit Kuala Lumpur pada 23 April ini pukul 3 pagi waktu Malaysia.

Menerusi hantaran Agensi Angka Malaysia (MYSA) pada Facebook, kenampakan Hujan Meteor Lyrids itu adalah baik kerana tiada gangguan cahaya bulan semasa kemuncak berlaku.


“Fenomena angkasa ini dijangka dilihat mulai 15 hingga 19 April, manakala kemuncak Hujan Meteor Lyrids diramalkan pada malam 22 April hingga awal pagi 23 April dengan purata 18 meteor perjam,” kata hantaran tersebut.


Dalam pada itu, MYSA menjelaskan, Hujan Meteor Lyrids terkenal dengan kelajuannya dan kelihatan terang walaupun tidak sepantas atau sebanyak Hujan Meteor Perseids.

“Kenampakan Hujan Meteor Lyrids sebanyak 100 meteor perjam pernah berlaku pada tahun 1803 di Virginia, 1922 di Greece, 1945 di Jepun dan 1982 di Amerika Syarikat. Secara umumnya, sekitar 10 hingga 20 meteor perjam boleh dilihat semasa kemuncak ia berlaku.


“Hujan Meteor Lyrids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Lyra. Bagaimanapun, kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah.

“Fenomena ini berlaku setiap tahun apabila bumi beredar mengelilingi matahari merentasi laluan orbit Komet C/1861 G1 atau lebih dikenali sebagai Komet Thatcher,” menurut kenyataan itu.

Mengulas lanjut, MYSA menjelaskan, Komet Thatcher dianggarkan mengambil masa selama 415 tahun untuk melengkapkan orbitnya dengan lali terakhir ia mencapai jarak yang paling dekat dengan matahari pada tahun 1861 dan dijangka dapat dilihat dari bumi semula pada tahun 2276.

“Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut.

“Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang,” katanya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nurdianah 17-4-2023 05:19 PM
Rindu era Najib.. meteor hari2.

Free Najib!
Quote mejaputih 17-4-2023 06:59 PM
Boleh nmpk dgn mata kasar ke?
Quote hyie 17-4-2023 07:06 PM
mejaputih replied at 17-4-2023 06:59 PM
Boleh nmpk dgn mata kasar ke?

meols tak pasti, tapi ada orang dah buat bebaru ni kat Sabah, macam area Gunung Kinabalu, dia letak camera statik kat satu tempat, so dapat rekod meteor shower. So, iols assume boleh nampak guna mata kasar.
Quote jejaka_hensem 17-4-2023 07:14 PM
Dekatckampung time tu,camne nak tengok
Quote kakigojes 17-4-2023 07:17 PM
Pepatah dulu mengatakan, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Quote laqoyah 17-4-2023 07:17 PM
Harga tiket ke Tawau 3 k lagi penting!!
Quote zuuu 17-4-2023 07:54 PM
Nak tengok gak...tapi xde telescope,leh nampak dengan mata kasar ke???skrg ni musim panas mmbahang xde hujan xde awan harap leh nampak la
Quote Rogue98 17-4-2023 07:58 PM
Nanti ramailah claim nampak hujan meteor....padahal mercun jer punnn...
Quote mejaputih 18-4-2023 06:54 AM
hyie replied at 17-4-2023 07:06 PM
meols tak pasti, tapi ada orang dah buat bebaru ni kat Sabah, macam area Gunung Kinabalu, dia leta ...

Kalau guna hp samsung s23 boleh nampk gambar jelas kot haha..harap tak jerebu la time tu kat kg..
Quote mejaputih 18-4-2023 06:54 AM
Tp di langit kuala lumpur je ke? Langit perak, n9 semua tak nmpk?
Quote TabletSusu 18-4-2023 07:50 AM
menarik ni.. aku nak tgu n tgk lah kot2 boelh nampak dgn mata kasar mcm thn2 lps
Quote s@s@ 18-4-2023 08:15 AM
mejaputih replied at 17-4-2023 06:59 PM
Boleh nmpk dgn mata kasar ke?

tahun 98 kat usm, lepak tepi padang ramai2, mmg boleh nampak dgn mata kasar
Quote AbukRokok 18-4-2023 08:20 AM
Rogue98 replied at 17-4-2023 07:58 PM
Nanti ramailah claim nampak hujan meteor....padahal mercun jer punnn...

Hahahahahaha
Quote pooh~key 18-4-2023 08:31 AM
jejaka_hensem replied at 17-4-2023 07:14 PM
Dekatckampung time tu,camne nak tengok

Kampung chuols tak ada langit ke sissy? Kohkohkohkohkoh akak gurau senda sempena pre raya ni sis.
Quote jejaka_hensem 18-4-2023 01:17 PM
pooh~key replied at 18-4-2023 08:31 AM
Kampung chuols tak ada langit ke sissy? Kohkohkohkohkoh akak gurau senda sempena pre raya ni sis.

Lain2 langit sister,iols langit ipoh,hujan meteor ni langit keyel
Selamat hari raya sis,
Quote Herlina 18-4-2023 03:47 PM
Tiberrrr akak teringat Meteor Garden..Dao Ming Si
Quote juboqhang 23-4-2023 05:05 PM
Terlepas

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.060392 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top