Aepul Roza melihat tindakan segelintir usahawan yang menjadi penyanyi dan menghasilkan lagu mampu menggugat karier artis lain dalam industri muzik tempatan. Vokalis kumpulan Drama Band itu berkata, kecanggihan teknologi juga turut memudahkan sesiapa sahaja yang mahu bergelar penyanyi meskipun tidak mempunyai bakat.
"Ada rasa terkilan sikit sebab bila perkara-perkara begini (usahawan jadi penyanyi) dibiasakan, kita akan dapat rasa pekerjaan sebagai penyanyi seperti sudah tiada nilai. "Sebab sesiapa sahaja boleh menyanyi apatah lagi dengan bantuan teknologi canggih, nyanyilah macam mana pun, ia boleh jadi lagu," katanya kepada mStar. |
ADVERTISEMENT