CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Masa Aliff Nak Berikan Pasu, Saya Tak Sambut," Yana Samsudin Takkan Bayar Ganti Rugi RM400 Ribu, Ada Bukti Kukuh

17-4-2023 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8106| Komen: 44

Yana Samsudin, mendakwa insiden pertelingkahan dengan Datuk Seri Aliff Syukri bukan kontroversi murahan, sebaliknya, kejadian benar.

Difahamkan insiden berlaku ketika mengacarakan program raya terbitan Astro, dua minggu lalu.


Foto: IG

"Apa yang berlaku bukan lakonan atau kontroversi murahan seperti sangkaan ramai, sebaliknya insiden pergaduhan ini memang berlaku.

"Saya dan suami, Fadzil Zahari tak sangka video ini tular selepas dua minggu insiden berlalu. Kami terkejut kerana percaya produser, Alif Farhan sudah menyelesaikan isu ini dengan Aliff memandangkan kejadian berlaku ketika rakaman.

"Produser beritahu akan bertanggungjawab dan menyelesaikannya. Namun, sebaliknya video pergaduhan tular dan Aliff menuntut saya membayar ganti rugi bernilai RM400,000, jika tidak berdepan tindakan saman.

"Jujurnya, saya tidak gentar dengan gertakan Aliff. Kerana prinsip saya, berani kerana benar," dakwanya.



Terdahulu, video pergaduhan Aliff dan Fadzil tular apabila usahawan itu mengamuk dan menuduh Yana memecahkan pasu hiasan berharga RM400,000 ketika rakaman program raya di kediamannya.

Menceritakan kejadian, Yana atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin mendakwa, dia menjalankan tugas sebagai pengacara dengan menemubual Aliff mengenai persiapan raya dan sebagainya.



"Ketika itulah Aliff mula menunjukkan barangan rumah termasuk set pinggan mangkuk jenama dan pasu mahal dimiliki.

"Pasu terletak dalam almari dan memiliki sijil, jadi saya memang tahu pasu ini barangan berharga dan takkan berani menyentuhnya.

"Aliff memegang pasu dan tunjuk kepada saya. Dia suruh saya pegang pasu, tetapi saya tak nak sentuh.

"Masa nak berikan pasu, saya tak sambut. Ketika itulah pasu terlepas daripada genggamannya dan terjatuh.

"Saya pelik kenapa barangan berharga nak suruh saya sentuh. Saya takut.

"Jadi, tuduhan saya pecahkan pasu seperti tidak masuk akal, sedangkan saya tak sentuh pun," katanya.



Yana mendakwa, Aliff mula mengamuk macam orang hilang akal apabila pasu pecah.

"Aliff marah sebab saya tak sambut pasu. Dia yang hempas pasu, saya pula dipersalahkan.

"Dia mula membebel dan mengeluarkan perkataan menghina. Itu yang membuatkan Fadzil hilang sabar dan mula bergaduh dengannya.

"Memang kejadian Fadzil bergaduh dengannya benar-benar berlaku, bukan lakonan.

"Dalam video yang tular, saya memang agak kebingungan sebab terkejut. Saya juga cuba menenangkan keadaan dan suami pula 'naik angin'.

"Ramai mempertikaikan wajah saya tidak seperti orang dalam ketakutan. Kenapa nak takut, sedangkan saya tak pecahkan pasu," katanya.

Wanita kelahiran Yong Peng, Johor itu mendakwa, dia tidak gentar kerana banyak bukti ketika rakaman.



"Ketika kejadian, rakaman sedang berlangsung. Jadi, sudah tentu video rakaman jadi bukti saya tidak bersalah dan tidak memecahkan pasu.

"Jika Aliff nak saman, saya tak kisah. Saya takkan bayar ganti rugi RM400,000 sebab terang-terangan bukan saya yang menghempaskan pasu.

"Dalam rakaman kita boleh nampak Aliff seperti sengaja melepaskan pasu, jadi kenapa saya harus dipersalahkan?" dakwanya.

Pelakon yang pernah mencetuskan fenomena menerusi filem Adnan Sempit dan Bini-Biniku Gangster itu mendakwa, dia mengalami kecederaan apabila percikan pasu yang terhempas terkena tangan kiri dan berdarah.

"Sepatutnya saya yang marah dan tidak puas hati. Saya menjayakan rakaman, tetapi saya pula tercedera.

"Jari manis terluka dan percikan darah terkena pada baju Aliff. Hampir dua minggu saya tersiksa sebab tak boleh memasak, malah mandi pun dalam keadaan sukar.

"Alhamdulillah, sekarang luka sudah semakin sembuh," katanya.

Yana mendakwa, dia dan suami juga tidak mahu terbabit dengan kontroversi murahan seperti ini.

"Ramai tuduh kami berpakat dengan Aliff melakukan gimik murahan. Adakah sebelum ini saya pernah terjebak dengan gimik seperti ini?

"Saya dan suami takkan buat gimik hanya semata-mata mahukan program raya bersama Aliff ini tular.

"Jika mahukan program ini tular, saya terlebih dahulu muat naik insiden berlaku dalam media sosial, tetapi saya tak buat.

"Saya tak sangka Aliff muat naik video pergaduhan dan menuntut ganti rugi dan berikan saya tempoh 48 jam," katanya.

Apapun, katanya, dia takkan bayar ganti rugi dan bersedia berdepan tindakan saman Aliff. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 17-4-2023 01:53 PM
netizen tetap skeptikal dengan belut elektrik.
buat la justify macam mana pun, tetap nampak gimik murahan.
Quote supernaturalee 17-4-2023 01:58 PM
berdara jari sheols

pasu ape yg smpi 0.4 juta tu regenya




Quote likilu 17-4-2023 02:04 PM
Sama sama murahan laki awak pun murahan
Alep syukri tu murahan tapi sebab mak dia sentiasa ada nak bekap dia
Laki awak? Menempel kat ig retis je manjang
Quote Kurex 17-4-2023 02:11 PM
utk konten program tv kau kan? takde standard kau ni
Quote anilanil 17-4-2023 02:22 PM
Rumah toklip bukan cantik sgt pon. Berserabut ada la. Nape tak buat kat hotel ke & nape nak kena iv toklip? Dia penyanyi no 1 dari belakang jer kan. Produser tu yg patut insof sbb cubaan memviral org yg menjadi parasite dlm industry seni.
Quote Dolmat 17-4-2023 02:23 PM
Yg laki hang gataiii kata mampu bayar pada belut letrik...

Belut letrik tarik bini teriak2 mcm buah tersepit.. Bini dalam pantang...

Ada ilmu silat cer kuntau laki KO si belut letrik shidaaaa oi... Suruh dia behave!

Punyalah sombong meriak si belut letrik... Tak nak pulak rumah dia roboh terbenam macam si harta karunn...

Dia kalau nazak pun nak bercontent jugakkk suruh anak2 dia bervideo...
Quote kuzaime 17-4-2023 02:23 PM
Kalau iyalah pasu ada siap sijil bagai, letak pun dlm almari yg gatal sgt ambik bawak kluar sapa suruh? Dah pecah menggelitik ngamuk cam ponen aku apa2 cerita pasal belut ni, ibarat ada 10 cerita, 10 tu jugak x boleh percaya
Quote seripahzeripah 17-4-2023 02:31 PM
Dedua aku nyampah...dedua suka cheap publicity..yg si belut letrik leotard pergi la buat report polis..laki si yanot sudin bantai kau kan..dedua haruk
Quote laksmanabentan 17-4-2023 02:44 PM
ada ker gambar pasu pecah?
ada ker video pasu tu??
Quote DeLuna85 17-4-2023 02:48 PM
Maaf la tetap tak percaya. Sebab alip syukri tu nyanyi tak pandai berlakon lagi tak pandai. Nampak sangat nipunya.
Quote nakkomenjugak 17-4-2023 03:18 PM
Alaaaa heshe banyak duit
takat 40k
taik gigi heshe jahhhh
Quote KamikuP 17-4-2023 03:23 PM
Padan muka yg ko hauk sggt nak iv ponen tu kan dah mendapat laki bini.. ekekekeke
Quote prince_marhaen 17-4-2023 03:33 PM
HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA LAKI KAU PUN KERJA MENCAPUB KAT PAGE-PAGE VIRAL, acah-acah cool, style, kaki komen semua isu isu viral....manakala PRODUSER TU PUN HOST PALING SANGKAK ASTRO KAKI PRANK-PRANK ARTIS SAMPAI TERKENCING KENA MAKI NGAN SHIELA RUSLY....apoooo!... Sotong tu? lagilah kaki drama anak-beranak dengan mak muka ketuk flower horn tu..

Quote sayurmayur88 17-4-2023 03:34 PM
aq kalau cerita/berita melibatkan c alip sukri mmg aq tak percaya
Quote AshkieLa 17-4-2023 03:54 PM
pi la suruh laki tu dok diam2 takyah mencapub dalam dunia retis..
drpd menempel atas tiket 'adik Farid Kamil / suami Yana Samsudin"...
sama juga dgn si belut... dua2 parasit dalam industri seni Msia...
Quote PULANGKAN 17-4-2023 04:12 PM


lah, tak habis lagi ke

kalau bab Alip, sorry, ramai dah pangkah

move on, NEXT!
Quote TabletSusu 17-4-2023 04:15 PM
eh AS ni.. sekejap 50ribu, sekejap 150ribu, sekejap 50ribu dollar.. menda ko ni
Quote Nham22 17-4-2023 04:27 PM
Kalau suke beli pasu2x mahal antik suke beli lukisan2x ni... Jaga2xla.... Mesti ade hidden business.. Hahahaha
Quote Dolmat 17-4-2023 04:31 PM
makadek replied at 17-4-2023 04:18 PM
Aku kalau jd menteri ke vvip ke sapa je la yg paling ada nama aku tk akan jemput
Belut letrik
Kak km ...

SETUJU!!! BOIKOT DORANG SEMUA!

Hatta susah macamana pun jgn nak merengek meratap mengharap bantuan dorang! Nanti dorang UNGKIT UNGKIT! Phuuuittt!

Biar lah susah macamana pun kerja delivery ke... Kerja rezeki yg halal asalkan bukan haram menipu!
bak kata Duda Berhias... Yg kerap gunakan ayat Yindu Majapahit..Langkasuka mintak tolong pun takpe!  

Bangsa non Malay/ non Muslim menolong buat amal pun senyap2.. takde show off, menunjuk meriak UNGKIT mengungkit!!!

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.068755 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top