CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mental Saya Dah Cukup Koyak,"-Zulin Aziz Tak Akan Dedah Punca Cerai Dengan Suami, Bukan Gimik Keluar Lagu Atau Produk

17-4-2023 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12315| Komen: 109

Zulin Aziz tidak akan membuka mulut mengenai punca perpisahannya kepada umum.

Zulin lebih selesa menyimpan segala kemelut rumah tangganya dan cukup hanya dia dan Farhan mengetahui apa sebenarnya berlaku dalam perkahwinannya.


Susulan itu, Zulin juga berharap orang ramai dapat menghormati privasi mereka berdua buat masa ini dan menganggap apa yang berlaku sebagai dugaan.


Foto: IG

"Saya mohon maaf jika tak dapat memberi apa-apa penjelasan. Cukup itu sahaja. Biarlah hanya kami yang tahu dan biar sampai bila-bila hanya kami yang tahu.

"Mungkin ini ujian buat kami. Harap semua dapat menghormati permintaan saya," katanya.

Zulin menulis perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada Isnin.

Dalam pada itu, Zulin menepis dakwaan kononnya dia sengaja menjual cerita rumah tangga demi meraih perhatian atau bertujuan mempromosikan produk.


"Saya tiada lagu nak keluar, tiada produk nak launch. Hal macam ini orang gila sahaja buat gurauan.

"Mental saya dah cukup koyak, jangan ditambah lagi," jelasnya.

Dalam pada itu, Zulin memberitahu ketika ini dia bersama keluarga dan masih dalam proses memulihkan diri.

"Saya bersama keluarga sekarang. Beri saya ruang dan waktu untuk healing.

"Permulaan yang sangat indah. Saya berharap ia berakhir dengan baik," jelasnya.

Pada pagi Isnin, Zulin membuat kejutan apabila memaklumkan dia dan Farhan memilih jalan berpisah selepas setahun mendirikan rumah tangga disebabkan tiada lagi persefahaman di antara mereka.

"Mungkin sampai sini sahaja kisah kami. Tiada persefahaman.

"Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang, Insya Allah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk semuanya. Jaga diri," ujarnya.

Untuk rekod Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meowww05 17-4-2023 01:43 PM
Semoga yg baik2 sahaja untuk kita semua. Aamiin.
Quote supernaturalee 17-4-2023 01:48 PM
menantikan komen @dudaberhias

Quote supernaturalee 17-4-2023 01:50 PM
eh... mana pi yg komen crayon shin chan tadi

hilang pulak
Quote annadonna 17-4-2023 01:54 PM
Haihhh macam macamlahh
Quote LadyWhistledown 17-4-2023 01:57 PM
senang betul kawin cerai ye. kebanyakan dari artis2.. macam tukar baju
Quote likilu 17-4-2023 02:00 PM
Ko ingat mental ko je
Mental netizen n acik forum dari dulu hadap cite lelaki misteri dan lelaki lelaki imagination ko tak fikir pulak

Ni lepas ni apa lagi cerita lelaki ko nak promote. Walaupun dah kurus masih tetap image terdampar ye
Quote Nizleen86 17-4-2023 02:08 PM
Setahun 2 bulan je kawinnya. Kdg utk setahun dua lepas kawin ni mmg perit sikit sbb perlukan kesesuaian. Dua org yg berbeza tiba² serumah ko ingat senang? Yela tapi kita bukan tau masalah sbnrnya kan...
Quote miszclassique 17-4-2023 02:22 PM
Edited by miszclassique at 17-4-2023 02:24 PM

Dah tak pakai ladysnight la kot? Kata produk untuk mengikat suami
Screenshot_20230417_142252_com.instagram.android_edit_55352411308741.jpg
Apa2 pun takziah zulin, semoga dapat cari kebahagiaan baru
Quote AcikBuncit 17-4-2023 02:34 PM
Zman dlu kbnyakan bini sakit hati pn pndam xmintak cerai takut nk cerai sbb xkje,xblaja tgi,xda pnca pndptan nk truskn hdup apa lagi kalau ada anak2.. zman skg pmpuan bdikari n bkrjaya..sbb tu ramai bcerai berai sbb masing2 boleh go on with life. Pmpn dh xtakut lg dgn pnceraian..
Quote rayna_raynes 17-4-2023 02:36 PM
Ni cerai ntah2 sebab ipar duai. Mak mertua tak suka ke apa. Sbb laki bini nampak loving
Quote TomyamPuteh 17-4-2023 02:40 PM
Aku tumpang sedih. Semua org mengharapkn perpisahan cuma berlaku bila ajal menjemput.
Quote casper2022 17-4-2023 02:45 PM
Laki dia keja apa ya
Quote mizruncing 17-4-2023 02:47 PM
terkejut dgr. tp ntah laa sblm ni pn rasa dorg ni mcm takde chemistry sgt pon. tak tau knp since kawen nampak macam dibuat2
Quote ..maksu 17-4-2023 02:52 PM
sedang kan netizen pun skrg ramai becerai sebab tak ada duit. ini pulak artis nak kena sustain maintenance.
Quote NazRysha 17-4-2023 02:54 PM
kenapa la terburu2 nak serai
baru kawin kot
Quote NazRysha 17-4-2023 02:55 PM
aku suka tgk dia masak2 utk laki dia
dah la rumah lawa
Quote ayukpingu 17-4-2023 02:56 PM
sebab takde zuriat ke?
mustahil gak kan...kahwin baru ke setahun, sabar la sikit masa lagi.

ada issue lain kot
Quote naina 17-4-2023 03:00 PM
Lahhaiii. Sebelum nampak nakkk sangatt berlaki. Dah kwen sekejapan plak. Memang hidup ini penuh ujian . Kena sabar lah banyak2. Kalau semua ujian nak tamatkan dengan cerai. Sampai bila2 xkuat hadap ujian.
Boleh cerai kalau laki tu dadah,culas nafkah,kaki CELOP, kaki pukul. Selain tu boleh di alter lagi
Quote I.K.A888990 17-4-2023 03:05 PM
xpe semoga baik2 saje

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.048575 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top