CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Belum Tentu Yang Bertudung Itu Baik, Bila Saya Pakai Tudung, Jangankan Setakat Dada, Mata Pun Saya Akan Tutup,"-Ifa Raziah

17-4-2023 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3004| Komen: 44

Biarpun sering kali menjadi mangsa kecaman, Ifa Raziah menelan itu semua dengan niat untuk terus mencari rezeki dan dalam pada masa sama membantu rakan industri dengan menganjurkan Starvendor.

Namun ada pula yang mempersoal niat murni hatinya. Baik untuk apa jika tudung pun tidak pakai? Muat naik gambar video solat, namun aurat masih didedahkan?

Foto: IG

"Bab ini susah mahu jawab. Mungkin belum sampai waktu. Saya tahu, memakai tudung adalah wajib. Tetapi itu antara saya dengan Tuhan. Doakan saya.

"Tetapi segelintir netizen kita memang suka menghukum. Yang seksi, tak pakai tudung, semua jahat bagi segelintir mereka. Siapa kita nak hukum manusia lain? Kenapa kita mahu buat kerja Tuhan? Belum tentu yang bertudung itu baik, begitu juga sebaliknya. Soal keikhlasan hati, hanya Tuhan sahaja tahu," katanya kepada Utusan Online.



Sebelum ini juga bila Ifa muat naik gambar bertelekung, ada yang kecam kata Ifa menunjuk baik.

"Saya tahu, perasaan suka itu memang tidak boleh dipaksa. Tetapi saya tak pernah suruh atau minta mereka suka saya. Saya tidak ada hak itu. Kalau nak suka, silakan. Tak suka, sila berundur.

"Tak perlu pun nak mendoakan perkara buruk atas orang lain. Kita dapat apa? Ada yang persoalkan tentang niat dan keikhlasan. Anda Tuhankah? Malaikatkah?

Hanya Tuhan sahaja yang tahu pengakhiran hidup kita bagaimana. Kita tidak ada kuasa untuk menentukan syurga neraka untuk orang lain. Saya sendiri tahu khilaf dan dosa."



Tambahnya, "Saya ini sudah lali tahu dengan semua kata-kata nista. Dah jadi makanan rutin pun ada. Apa sahaja saya buat, ada yang mengata. Tidak berkecil hati langsung sebab saya tahu ada segelintir kita suka menghukum.

"Sampai masa nanti, bila saya pakai tudung, jangankan setakat dada, mata pun saya akan tutup. Saya akan berubah drastik itu. Tetapi hanya Tuhan sahaja yang akan menggerakkan hati saya.



"Saya ini manusia biasa, yang ada salah silapnya. Saya terima teguran tetapi janganlah menghina. Nak tegur secara baik, niat ikhlas saya terima. Saya boleh bersahabat dengan mereka.

"Tetapi kalau tegur sehingga seolah-olah ada cop mohor masuk syurga, itu tak boleh. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kelak. Doakan sahaja yang baik-baik untuk orang lain." -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prizadane 17-4-2023 01:21 PM
Dah kenapa mata pun nak kena tutup? Bercakap tu tak fikir kan? Macam merendah-rendahkan agama sendiri. Sukati kau lah nak pakai tudung ke tak. Cakap je, belum terbuka hati. Nak payah panjang sangat nak clarify sampai nampak kebodohan sendiri
Quote Jinkilove 17-4-2023 01:23 PM
Memang la yang bertudung tu belum tentu baik, siapa cakap baik. Tutup aurat tu wajib, x kira ko baik ke x baik
Quote fatimahmarkonah 17-4-2023 01:24 PM
Mksud dia bile da arwah ke guane
Quote akuMNdia 17-4-2023 01:36 PM
fatimahmarkonah replied at 17-4-2023 01:24 PM
Mksud dia bile da arwah ke guane

betul la tu...sampai menutup mata kan..

Quote penjarasgbuloh 17-4-2023 02:11 PM
Jinkilove replied at 17-4-2023 01:23 PM
Memang la yang bertudung tu belum tentu baik, siapa cakap baik. Tutup aurat tu wajib, x kira ko baik ...

Betul tu. Salah konsep diorang ni. Semoga Ifa Raziah cepat2 menutup aurat. Jangan tunggu dapat hidayah etc....
Quote BoongaKertas 17-4-2023 02:25 PM
dia fhm tak ayat dia sendiri sebenarnya? bukan ke kalau tutup mata tu meninggal dah? time tu mmg balut whole body sis. adududu.
Quote kucingitam 17-4-2023 02:41 PM
prizadane replied at 17-4-2023 01:21 PM
Dah kenapa mata pun nak kena tutup? Bercakap tu tak fikir kan? Macam merendah-rendahkan agama sendir ...

kembali ke rahmatullah kot..time tu mmg pakai telekung, tutup dada tutup mata..
Quote laksmanabentan 17-4-2023 02:47 PM
kata nak pakai baju bersalut emas tu
da ker??
Quote Drmu 17-4-2023 02:48 PM
Pnh dgr org ckp.. yg bertudung xsemestinya baik, tapi yang baik itu brtudung...ni baik dri segi patuh agama lah
Quote likilu 17-4-2023 02:49 PM
Gila busuk hati nak kata orang bertudung tu jahat
Sendiri perasan baik ya allah jgn la Bala turun kat malaysia sebab ko
Quote likilu 17-4-2023 02:51 PM
Jinkilove replied at 17-4-2023 01:23 PM
Memang la yang bertudung tu belum tentu baik, siapa cakap baik. Tutup aurat tu wajib, x kira ko baik ...

In a way dia tak ngaku sedang berdosa tak tutup aurat la kiranya
Pakai tudung tak iklas pun dapat pahala tinggalkan maksiat kot apa masalahnya
Quote airmineral 17-4-2023 03:10 PM
retis² ni tlg la jgn tjk jahil sgt
benda terang² salah, toksahla nak berdolak dalih tuding sana sini
cukupla minta org doakan baik²

salah terang² ni mmg xperlu dipertikai
salah yg tersorok tu mmg antara org tu sdr dgn tuhan

bawa² la bertaubat
Quote chandrahusin 17-4-2023 03:12 PM
Cakap main pakai hembus
Bila dh tutup mata mmg kena dh tutup semua
Quote sayurmayur88 17-4-2023 03:12 PM
Edited by sayurmayur88 at 17-4-2023 07:53 PM


betul lah apa dia cakap, dia sedar kewajipan bertudung tu, doakan jer yg terbaik sesama kita.
Quote PULANGKAN 17-4-2023 03:36 PM
dia ni aneh ya

dari segi statement, percakapan, mentaliti, perlakuan
Quote vanillaninja 17-4-2023 03:37 PM
Baru je tengok ada orang tweet cakap event sheols dekat KLCC tu kemain sendu. Takde orang pun. Kesian vendor.
Quote Nnasda53 17-4-2023 03:45 PM
Tak payah la netizen kisah sgt dia ni.
Dia sendiri cakap mata pun dia tutup nanti.
Realitinya kalau dah tutup mata(mmg dah mampus semua kena tutup dah tapi bukan sendiri yg tutup tapi org lain yg tolong bungkuskan).
Quote karipap_sadin 17-4-2023 03:53 PM
Kalau ko degil gak x mau pakai tudung tu suka hati lah tapi x payah lah nak buat statement sort of mempersendakan agama. Alah acik ipah..ko cantik sgt ke smpai org beratur kt luar pagar sbb nk tgk ko. If yes baru lah wajib ko nk pakai niqab bagai
Quote hashashes 17-4-2023 05:11 PM
Aiyo acik, Maksud dia yang sampai tutup mata tu dia akan pakai burqa kot, bukan masa dia jadi jenazah pakai kain kapan Sabar semua, kan puasa ni

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.198324 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top