CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sakitnya Tak Sesakit Dikhianati Dan Ditinggalkan Suami Dahulu,"-Rita Rudaini Perit Berjauhan Dengan Anak Sulung

17-4-2023 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4819| Komen: 97

Rita Rudaini sebak apabila mengenangkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin sudah setahun hidup berdikari di sekolah berasrama penuh dan jauh daripada pandangannya.

Rita Rudaini menyifatkan Rayyan sebagai saksi yang melihat semua suka duka dialami dalam kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal.


Dia bersyukur kerana Rayyan membesar dengan sempurna dan menjadi seorang anak yang baik.

Foto: IG

"Rayyan anak yang banyak suka duka, banyak saksi kesedihan mummy. Rayyan yang banyak kena tempias dan dia saksi segalanya.

"Tapi Alhamdulillah kami membesar dengan penuh kelembutan dan kasih sayang dalam hati. Rayyan anak yang sangat baik, tidak pernah sekali tinggi suara pada mummy, patuh setiap kata-kata mummy," katanya di IG.



Menerusi video berkenaan, Rita dilihat memeluk Rayyan ketika menghantarnya ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Gemencheh, Negeri Sembilan ketika remaja itu pertama kali masuk ke asrama pada April tahun lalu.

Imbau Rita, rasa sakit yang dirasakan untuk meninggalkan Rayyan tidak sesakit dia pernah dikhianati dan ditinggalkan suatu ketika dulu.

Beritahu Rita, ketika itu setiap malam anak sulungnya itu akan menelefonnya untuk mengucapkan selamat malam dan memberitahu dia sayangkan dirinya yang membuatkan hatinya luluh.



"Sakitnya tak sesakit dikhianati dan ditinggalkan dahulu, kita tak pernah berenggang. Ke mana sahaja mummy pergi akan bawa Rayyan," imbaunya.

Sementara itu, Rita berkata sudah banyak pengorbanan yang dilakukan dalam kehidupan ini dan meminta Rayyan untuk tidak risau akan dirinya.

"Mummy berkorban berjauhan dengan Rayyan kerana mummy percaya ada yang terbaik menanti Rayyan. Jangan risau fasal mummy.

"Mummy dah biasa berkorban. Pernah berkorban hidup mummy untuk kebahagiaan orang lain, puaskan hati orang lain demi pertahankan kamu dan adik," ujarnya.



Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tanggan dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada 2008 namun mereka bercerai pada September 2013.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14 dan Airit Qaqa Arjuna, 12 tahun. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 17-4-2023 11:25 AM
Lahaiii...mcm la ko sorg je ada anak dok asrama...aku x leh imagine sok ni ko dpt menantu, kesian dgn bakal menantu ko
Quote krukx 17-4-2023 11:26 AM
Dia ni ada masalah psikologi ke apa. Org2 yg bercerai semua dh move on & hidup aman2. Ni dari kau muda smpai dh nak menopause asyik mengulang2 & ungkit kisah lama. Malang sangat ke idup kau mcm ex AC si Syafnie tu. Sampai kesudah anak2 dh besar & bermenantu, AC tak ambik pedulik pun kt anak2 yg side situ.
Quote limau_lemon 17-4-2023 11:30 AM
Iols kagum sheols boleh didik anak2 sheols..nampak menjadi..tp xyah la ratib pasal kena tinggal tu ..move on la..10 tahun ada kot kisah dorg ni?
Quote purplelilac 17-4-2023 11:53 AM
Lah x move on lg ke? Mesti bini adel gelak2 baca tgk Rita meroyan sampai tua.
Quote OsHiN_hOnEy 17-4-2023 11:55 AM
dia ni pantang baca org puji kebaikkan dia
mulaaaaaaaaaa laaaaaaaaarrrrrr dia nak meroyan balik
Quote JiEunTak 17-4-2023 11:56 AM
aidil, drive lah pi ke MRSM anak tu.
peluk lah anak tu, kucup la dahinya.
Insyaallah, kasih tu akan kembali bertaut.
Quote TomyamPuteh 17-4-2023 11:57 AM
Aku yakin Rita tak akan move on sampai umo dia 80 tahun.
Quote Rogue98 17-4-2023 12:03 PM
Dia lupalah tu dia pun ada menyondol laki orang....sib baik tak dilayan......
Anak2 baik ...cukuplah tu...bersyukur jer lah...lupakan jer kisah2 silam....MOVE ONNN.
Quote meowww05 17-4-2023 12:05 PM
Rita ni lawa, takkan x ada lelaki pun yg nak kat dia?
Quote abadi84 17-4-2023 12:18 PM
Kalau Rita sanggup berkorban, anak2 hang takkan kurang kasih syg bapaklah RR oi.
Hang ambiklah kredit kejayaan anak hang sbb mmg hang layak, jge anak2 elok, tp jgnlah meratip keperitan sbb hang yg memintak kot.
Dah bertahun dah edel dan ZZ bolayan jer pun
Quote umbut 17-4-2023 12:21 PM
Udah2 ler tu acik rita. Bersyukurlahh sebelum cerai dpt 2 zuriat yg sihat bijak baik.. Dah xda jodoh.. Acik please move onnnnn
Quote abadi84 17-4-2023 12:21 PM
JiEunTak replied at 17-4-2023 11:56 AM
aidil, drive lah pi ke MRSM anak tu.
peluk lah anak tu, kucup la dahinya.
Insyaallah, kasih tu aka ...

Yg ni aku pun pelik.
Dulu anak dia International school, mmg agak ssh nak jumpa
Skrg dah dok hostel kot, takkanlah x boleh jumpa jugak.
RR nak mengamuk biaq pi lah ker dia.
Mungkin edel dah bagi 2 org anak ni as free gift jer jot kat RR sbb kahwin dgn dia.
Quote VespaSilbe 17-4-2023 12:23 PM
Boleh wasap call khuenz.. kena cam sbp phone takleh bawak
Anak hg dah elok dok sana... Jangan sebab hg dia quit lak
Pandai pun taguna kalau mak dok guna tix emo .. takyah bagi anak susah hati
Quote LaskarHijayu 17-4-2023 12:23 PM
Dia salu up cerita psl ryan je. Ryan itu ryan ini. Psl adik mok jarang2 kan...
Quote vanillaninja 17-4-2023 12:24 PM
Memang si bapak tak pernah langsung tengok anak2 ke? Takde apa2 communication pun?
Quote nazurah 17-4-2023 12:27 PM
idok ler jauh mana... gemencheh aje pun, aidil pun boleh singgah kalau balik nogori. takkan zarema nak jeles dengan anak bujang suami sendiri.

acik rita pun... udah2 la menyebut hal 10 tahun lepas, kami semua tak lupa acik ditinggalkan aidil sampai digelar notelo... melekat sampai la
Quote prettyuglybabe 17-4-2023 12:30 PM
good luck la bakal-bakal menantu beliau..
Quote yondu 17-4-2023 12:35 PM
kalau i jadi edil pn, lagi rela x jmpa anak2 drpd cntct mak anak yg mcm org gila provok2 kita.kang kita lawan,dia pusing cerita lain.bagi nafkah je bulan2 x putus, jmpa x jmpa lain cite.sbb i ada dlm kasut zarema ni. kawen dgn duda anak 1, janda nya mengacau je x henti2.bila nk jumpa anak, diprovok bukan2.last2 i hasut je bagi je nafkah anak bulan2 pastu x pyh jumpa je terus.jaga hati sendiri + fmly baru lagi elok drpd lyn janda meroyan
Quote kakasotong2 17-4-2023 12:36 PM
Sedap dia tunggang anak2 dia demi untuk kekal relevan nama disebut2 sambil2 memerli bekas laki. Takde anak sendu lah hidup ko situ, dengan job pun dah kurang sebab kes vaksin.  

Meanwhile Ayu Raudhah dalam sarat mengandung pn bagus dok jaga mak mertua yg xberapa nak sihat sekarang.

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.046069 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top