Seorang lelaki di Britain meraikan pengakhiran perkahwinannya dengan bekas isteri dengan memandu kereta yang dihiasi pelekat beserta ayat ‘Baru bercerai’, lapor lakhbar Daily Star semalam.
Angus Kennedy, 58, yang merupakan seorang pakar coklat dari Kent, dan bekas isterinya, Sophie bersetuju untuk bercerai secara baik selepas 23 tahun hidup bersama. Bagaimanapun, lelaki itu mahu meraikan hari ‘bersejarahnya’ menjadi seorang duda baru-baru ini dengan mengubah suai kenderaannya dan menghiasinya dengan pelekat ‘Baru bercerai’ serta hiasan bunga dan reben. Kennedy berkata: “Saya berpendapat melakukan sesuatu pada kereta akan menjadi cara yang lucu untuk meraikannya (perceraian).” Kennedy dan bekas isterinya mempunyai lima anak berusia antara 11 hingga 23 tahun itu. Mereka juga masih tinggal berdekatan antara satu sama lain dan berkongsi hak penjagaan anak.
Sumber: KOSMO! ONLINE
|
ADVERTISEMENT