CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amaran Keras Main Bunga Api Melebihi Pukul 12 Tengah Malam – PDRM

16-4-2023 05:54 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4281| Komen: 89|Original author: Tatod

Bermain bunga api melebihi pukul 12 tengah malam boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336] yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100 atau tindakan lebih tegas.


Amaran itu diberikan Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin yang turut menegaskan bunga api merupakan bahan letupan dikategorikan sebagai Dangerous Good Cargo (DGC) dan Hazard Class Division (HCD) 1.4g

“Bermain bunga api hendaklah membakarnya di kawasan lapang agar tidak mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat.

Amaran Keras Main Bunga Api Melebihi Pukul 12 Tengah Malam – PDRM


“Bermain bunga api melebihi pukul 12 tengah malam yang mendatangkan gangguan atau bahaya kepada orang lain juga merupakan satu kesalahan di mana tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336].


“Tindakan lebih tegas pula sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat untuk menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Noorsiah, seluruh masyarakat terutama ibu bapa diingatkan supaya mengawasi anak-anak ketika bermain bunga api, bertanggungjawab serta mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan bunga api dalam mana-mana sambutan perayaan.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 16-4-2023 05:55 PM
Keras lagi batang encik suami pukul 12 tengah malam
Quote Skuau 16-4-2023 06:06 PM
awat sebelum ni x habaq??? Bila tiba hari raya....tiber pulok....
Quote noor2 16-4-2023 06:47 PM
So ko nk sambut hari merdeka dan tahun baru tolong jgn benarkan juga tahu...jgn buat undang2 sekerat2...
Quote domestobot 16-4-2023 07:39 PM
memang main mercun ni permainan caprut pun, banyak sangat duit ke sampai tak tau nak buat apa melainkan bakar duit?
Quote Skuau 16-4-2023 08:09 PM
domestobot replied at 16-4-2023 07:39 PM
memang main mercun ni permainan caprut pun, banyak sangat duit ke sampai tak tau nak buat apa melain ...

mana boleh tengok lagu tu...depa yg bertinju,bersepak terajang tu..sampai,ada yg meninggal..amende nak kata tu 'SUKAN'???
Quote Piramida 16-4-2023 08:14 PM
Edited by Piramida at 16-4-2023 08:15 PM

Bagus... Memekak je tengah2 malam. Org nak rehat dah penat makan2.. Kunjung nengunjung sanak saudara bla bla bla bla.
Quote alieyrina 16-4-2023 09:22 PM
Amboi time raya hindu napa x warning ponn
Quote fly_in_d_sky 16-4-2023 09:48 PM
alieyrina: Amboi time raya hindu napa x warning ponn


ha ah setuju
diorang main mercun kalah orang cina
main mercun sakan lagi bising lagi bingit
ada tu lebih pukul 12 tengah malam ....
gilaaa ...
tak rasa orang india layan mercun sebelum ini ...
orang cina jer main masa chap goh meh
Quote Kurex 16-4-2023 09:55 PM
alieyrina replied at 16-4-2023 09:22 PM
Amboi time raya hindu napa x warning ponn

Rumah iols yg dikelilingi kuil tapi pukul 3 pgi pun ada main mercun lagi. Iols tengok bawah, tak nampak orang walaupun riuh bermabuk mabukkan sebab gelap sangat kulit deols
Quote antikorok 16-4-2023 09:55 PM
Edited by antikorok at 16-4-2023 09:57 PM

Mercun halau puaka lepas tengah malam tersengih sinis


https://says.com/my/seismik/hias ... i-maksud-sebaliknya
Quote doubleharmonic 16-4-2023 10:02 PM
dah tu bila boleh main? 7 pagi? 2 petang? tu dah kira lepas 12 tengah malam jugak sooooo?
Quote jejaka_hensem 16-4-2023 10:47 PM
Raya melayu je yg main mercun mcm orang gila.
Mujur kitorang sambut syawal bulan Islam,xde buat perkara2 yg membazir mcm syaitan yg direjam
Quote umbut 16-4-2023 10:52 PM
Sebelum ni perayaan2 lain tepat 12  malam je start berdentum dentam .. tak sound pulak
Quote hyie 16-4-2023 10:57 PM
eh hello persekitaran meols ni level b40 iya namun hari2 bakar duit beli mercun memahal sambil memekak tak kira waktu. Pastu asik merungut takda duit takda duit amendeeee
Quote Suchi 16-4-2023 11:03 PM
Bezanya melayu ngn lelain tu adalah org melayu main hari2 mcm esok tu nak raya.
Lepas buka je main,dpd memekak baik la join teraweh dapat gak pahala
Quote Skuau 16-4-2023 11:11 PM
Piramida replied at 16-4-2023 08:14 PM
Bagus... Memekak je tengah2 malam. Org nak rehat dah penat makan2.. Kunjung nengunjung sanak saudara ...

adil la untuk..'semua lapisan masyarakat'.... buek la ..'Bakar mercun salah di sisi undang2 Msia'...baru keadilan untuk semua.Ini sekerat sekerat katanya kak noor...
Quote laqoyah 16-4-2023 11:13 PM
Denda RM100 je… lehaiiiiii
Quote Piramida 16-4-2023 11:14 PM
Skuau replied at 16-4-2023 11:11 PM
adil la untuk..'semua lapisan masyarakat'.... buek la ..'Bakar mercun salah di sisi undang2 Msia'. ...

Itulaaa.. Harap next perayaan2 pun serupa lah ya.
Ai is peminat tidur yg lena.
Quote Piramida 16-4-2023 11:16 PM
doubleharmonic replied at 16-4-2023 10:02 PM
dah tu bila boleh main? 7 pagi? 2 petang? tu dah kira lepas 12 tengah malam jugak sooooo?

Agak2 umat manusia dah bangun.. Bolehaa start dentum dentam semula.

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.175465 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top