CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Usah Hakimi, Jadi Batu Api - Sharnaaz

16-4-2023 05:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2454| Komen: 19|Original author: Tatod

Hanya disebabkan teguran kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan rakan seperjuangan, Datuk Aaron Aziz agar tidak berbalah bagi menghormati bulan Ramadan, tidak semena-mena Sharnaaz Ahmad menerima 'amaran' daripada pelakon Singapura itu agar tidak ikut campur tangan persengketaan mereka.


Aaron tidak mahu orang yang 'tidak berkenaan' memberi kenyataan mengenai perkara yang tidak membabitkannya dan Syamsul. Jika ingin masuk campur bertemunya terlebih dahulu.


Mengulas mengenai 'amaran' Aaron, Sharnaaz berkata, dia minta maaf tidak boleh memberikan sebarang komen kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu ini.

"Insya-Allah, pihak produksi akan menguruskan dan memberi penjelasan, tetapi ia mungkin dilakukan selepas bulan puasa. Ini kerana saya tidak mahu mencemarkan bulan mulia ini.

"Saya kira sekarang bukanlah waktu yang sesuai. Kita sekarang berada dalam bulan Ramadan, jadi saya tidak mahu mencemarkan kesucian Ramadan dengan berbalah antara satu sama lain.


"Saya mahu menghormati bulan Ramadan dan tidak mahu bergaduh dengan sesiapa," katanya kepada BH Online.

Diajukan persoalan tujuan menegur Syamsul dan Aaron atau cuba masuk campur urusan mereka, Sharnaaz berkata, dia bukan mahu mencampuri dan juga tidak memihak kepada sesiapa.

"Cuma, saya melihat tindakan berbalah dalam laman sosial pada bulan Ramadan tidak sepatutnya berlaku.

"Saya sedar pasti ada mempertikaikan saya ingin berlagak baik. Saya tahu saya bukanlah seorang yang baik, tetapi saya berusaha ke arah itu.

"Saya juga berhak bersuara kerana salah seorang yang terbabit dalam filem The Original Gangster.

"Ini bukan soal ingin menyibuk, tetapi orang bercakap mengenai tempat saya cari makan dan hasil kerja yang sedang kami usahakan.

"Rasanya tidak salah untuk saya memberikan pendapat," katanya.

Sharnaaz berpendapat, dalam persahabatan adalah normal untuk saling bertelagah.

"Syamsul dan Aaron pernah berkawan, jadi janganlah kita menghakimi dan jangan menjadi batu api.

"Sebagai sahabat, memang sentiasa ada momen bergaduh dan berbaik.

"Sama seperti saya dan Syukri Yahaya, kami berkawan baik, tetapi ada kalanya kami bergaduh.

"Bagaimanapun, perbalahan tidak berpanjangan dan biasanya, kami akan berbaik seperti biasa," katanya.


Terdahulu, Sharnaaz muat naik nasihat, "Hormatilah Ramadan. Tak perlu gaduh-gaduh. Setan pun off day. Jadi sapa yang setan sebenarnya?" dalam Instagram Story (IGs).

Pesanan berserta tangkap layar ciapan itu bagi membalas pertanyaan peminat yang menyarankannya dan Beto Kusyairy menarik diri daripada filem The Original Gangster.


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aqua_marine 16-4-2023 06:45 PM
Diamlah. Lagi banyak bunyi. Lain kali wartawan tanya jawab je, sorry no comment. Tak payah nak acah2 taknak jawab tapi still jawap sampai boleh buat satu artikel penuh.
Quote Nham22 16-4-2023 06:47 PM
Ckp jela no komen.. Nk nak jugak ckp panjang2x...
Quote Afifi82 16-4-2023 06:52 PM
Diam la ko. Dgn ex bini ko bergangbang berjemaah maki kutuk ko,ko diam xberkutik.
Quote MademoiselleZan 16-4-2023 06:52 PM
Penjilat detected
Quote Mulotkoyak 16-4-2023 08:20 PM
Lain kali jgn nk sibuk hal orang. Sume ko nk komen macam si topi nasik basi tu..Ko pun rumah tangga berpecah belah. Sibuk nak jg kain org.
Quote I.K.A888990 16-4-2023 09:03 PM
kau jadi batu api takpe kan hanat
kalau org lain terus kau mengamuk eh
Quote Suchi 16-4-2023 09:47 PM
Dia jadi villain dlm polis evo 3, tp lontaran suara tak best laa
Ntahlaaa takleh nak masuk
Quote missHaidiD 16-4-2023 10:00 PM
Diam la busuk. Rimas aku tgk ada je nk mencapub.
Quote shalalat 16-4-2023 10:16 PM
Sejenis perangai bdk kelas blkg
Quote jihyomelly 16-4-2023 10:40 PM
mamak parpu ni hinggaq la…
Quote eyansss 16-4-2023 10:43 PM
Terdahulu, Sharnaaz muat naik nasihat, "Hormatilah Ramadan. Tak perlu gaduh-gaduh. Setan pun off day. Jadi sapa yang setan sebenarnya?" dalam Instagram Story (IGs).
ayat ko pun babengcelaka sangat nenas oi...
Quote LadyCarefree 16-4-2023 10:45 PM
Arong sila balik negara lah. Sibuk je kat sini.
Quote Joysparta 17-4-2023 12:03 AM
Lawak la...depan ex..kemain tersipu2..
Quote ira_229 17-4-2023 03:22 AM
Klu tengok interview yg jolok Aaron hanyalah wartawan. Diaorg tanya apa pandangan Aaron ttg komen sanaz. Lps tu Aaron jawab jgn masuk campur lbh baik jumpa dia dulu kalau nk cakap apa2. Tu je! Lps tu kat headlines bukan main mcm nk laga2kan pulak..mmg betullah tak tau apa2 jgn masuk campur! Yg sibuk bkn hal kau dah kenapa?
Quote MatDeghem 17-4-2023 07:54 AM
Jadi Sapa yang setan sebenar nya? Cuba Tanya si parpu nenas...

#campakbatusembunyitangga
#retismemangbodoh
Quote marchikobonzo 17-4-2023 09:48 AM
Kata taknak komen sb bulan posa, tapi dok bukak mulut apasal..dah tu nak post igs tahpape
Quote Burong_Hantuk 17-4-2023 11:01 AM
dia ni ngok...masa kak nab tgh happy dgn kumbre,seketul hama pun kak nab x pandang si jambang busuk ni
Quote Burong_Hantuk 17-4-2023 11:01 AM
kdg2 aku rasa si kak nab nih gunakan si jambang busuk nih utk jeleskan kumbre
Quote nadie90 17-4-2023 11:19 AM
Edited by nadie90 at 17-4-2023 03:21 AM
Suchi replied at 16-4-2023 01:47 PM
Dia jadi villain dlm polis evo 3, tp lontaran suara tak best laa
Ntahlaaa takleh nak masuk


Pengarah filem Polis Evo 3 kali ni Syafiq Yusof kan...saya prefer pengarah 1st filem Polis Evo, dia hire pelakon2 yg bukan mainstream mcm Amirul Affendi, Hushairy Hussein, Pablo Amirul utk pegang watak penjahat...smpai skg watak2 tu penonton igt

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.072544 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top