CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cinta Ditolak, Penganggur Bakar Kedai

16-4-2023 05:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1804| Komen: 20|Original author: Tatod

Gara-gara cintanya ditolak, seorang penganggur membakar kedai telefon bimbit tempat wanita diminatinya bekerja.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata pengadu wanita berusia 46 tahun berkenaan membuat aduan di Balai Polis Langkap jam 3.19 petang, hari ini.


Menurutnya, pengadu menyatakan dirinya diganggu suspek ketika berada di kedai telefon bimbit di Jalan Besar Langkap jam 2.30 petang tadi.


"Suspek seorang lelaki warga tempatan berusia 54 tahun, tiada pekerjaan datang ke kedai dan mengamuk sehingga mencederakan pengadu dan melemparkan kata-kata berunsur lucah.

"Suspek turut mengancam keselamatan pengadu dengan mengugut akan membakar pengadu dan tempat kerja pengadu.

"Disebabkan terlalu takut, pengadu bergegas ke Balai Polis Langkap untuk membuat laporan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, semasa laporan dibuat, kedai tempat pengadu bekerja yang juga merupakan milik adik pengadu terbakar.


Katanya, Bomba berjaya memadamkan kebakaran dan anggaran kerugian RM100,000.

"Berdasarkan maklumat daripada saksi di tempat kejadian, polis berjaya menahan suspek yang dilihat menyimbah petrol lalu membakar kedai terbabit.

"Motif kejadian dipercayai berpunca cinta suspek ditolak oleh pengadu.

"Suspek beberapa bulan ke belakangan ini sering kali datang ke kedai dalam keadaan mabuk dan cuba memikat pengadu tetapi pengadu menolak dengan cara baik kerana sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak," katanya.

Menurut Ahmad Adnan, suspek turut mengalami kecederaan melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.

Katanya, suspek ditangkap dalam keadaan mabuk dipercayai di bawah pengaruh alkohol, kini dimasukkan ke Wad Hospital Teluk Intan untuk rawatan susulan.


Sumber: BH ONLINE

"Suspek direman lima hari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 435/323 Kanun Keseksaan," katanya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nurdianah 16-4-2023 05:37 PM
Kalu Najib ada mesti aman damai Msia. Hanya Najib yg boleh beri keamanan. Free Najib!
Quote sambaldurian 16-4-2023 06:01 PM
Tak minat/ down giler betul klu diminati oleh org yg ntah ape2 ( bkn kriteria kita nk). Pastu klu kita tolak , ckp kita memilih la , sombong la. Dh mmg xde hati, ada jgk org lain nk kenenkan.
Quote Tokeybundle 16-4-2023 06:05 PM
Keje x nak sibuk nak ngurat org.x sedar diri.mmg elok la kena rejek
Quote kakikuDibibirmu 16-4-2023 06:10 PM
Macam tak Langkap jah laporan berita ini, Samsung ke oppo ke vivo?
Quote clarizsa 16-4-2023 06:39 PM
Cilaka biawak tua x sedar diri
Nak pulak kt bini org
Bangsat perangai buat jenayah merugikan org lain
Quote Nurdianah 16-4-2023 08:00 PM
Kalau zaman Najib mesti cinta yg dibakar! Hebatkan?

#FreeNajib
Quote Jitu 16-4-2023 08:10 PM
teruknya
mesti trauma acik tu
Quote pooh~key 16-4-2023 08:13 PM
Ini kes lelaki india minat kat perempuan melayu ni sisster. Tadi akak udah lehat videonya sis. Walaupun rak nampak muka suspek mahupun pengadu, tapi dari suara akak boleh confirmkan konek india paypack melayu sis.
Quote sukacactus 16-4-2023 10:27 PM
Si mabuk todi tgh mencari payung berteduh
Bini org pun ada dia kesah
Quote sharlenetexas 16-4-2023 10:37 PM
Cainis?

Quote edee_91 16-4-2023 10:38 PM
[youtube]AoIGpMpQrUE[/youtube]
Quote rogayahtop 17-4-2023 02:36 AM
jgn dilayan jantan.

kalau pegi nilai 3 tu pun  tgk je la makcik2 terlebih mesra dgn jantan2 time bershopping. jantan abangla jantan nepal jantan pakistan semua nak disayang2 nya semata2 nak diskaun singgit dua. kang ckp garit takda maruah marah tp kita yg tengok pun rasa nak termuntah.
Quote buapakperut 17-4-2023 04:46 AM
dah tua nak mapos miang kacau bini orang. sampah masyarakat
Quote sangbara2020 17-4-2023 07:55 AM
pelik2 dh kejadian di malaysia nih
Quote apech 17-4-2023 09:36 AM
kelly berpisah tiada dgn mabuk
Quote chandrahusin 17-4-2023 09:44 AM
Penganggur pemabuk
Lagi nak kacau bini org
Ayoyo
Quote venom1 17-4-2023 09:47 AM
kenapalah tak terbakar sekali tukang simbah minyak tu...baru la namanya cinta sampai mati
Quote cikatilia 17-4-2023 10:34 AM
parah betul.. org tu ada laki ada anak pon nak terjah..
kalau hensem kaya pon belum tentu org tu mau
Quote Burong_Hantuk 17-4-2023 11:09 AM
dasarrr kicap kaki mabuk x sedar diri

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.068574 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top