CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berniaga Hingga 29 Ramadan Sahaja, Elak Disaman, Senarai Hitam

16-4-2023 03:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 878| Komen: 7|Original author: Tatod

Kerajaan negeri mengingatkan peniaga Bazar Aidilfitri di sini, supaya mematuhi permit diberikan yang membenarkan perniagaan dijalankan sehingga 29 Ramadan sahaja bagi mengelak disaman dan nama disenaraikan hitam.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Datuk Dr Alias Razak berkata, keputusan kerajaan negeri tidak membenarkan operasi Bazar Aidilfitri pada malam 1 Syawal adalah bagi memberi laluan kepada kerja pembersihan sebelum Aidilfitri.

"Sekiranya pengumuman rasmi tarikh Aidilfitri jatuh pada Sabtu, maka waktu pengoperasian Bazar Aidilfitri dibenarkan sehingga jam 12 tengah malam, hari Khamis.


"Bagaimanapun, sekiranya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat, waktu operasi Bazar Aidilfitri tetap dibenarkan sehingga Khamis sehingga jam 12 tengah malam," katanya pada sidang media di Pejabat Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) di sini, hari ini.



Dr Alias berkata, sekiranya ada dalam kalangan peniaga yang tidak mematuhi arahan yang diberikan, tindakan akan dikenakan kerana ia satu kesalahan.

Beliau berkata, selain tindakan kompaun terhadap peniaga yang berniaga melepasi masa pengoperasian yang ditetapkan, nama mereka juga akan disenaraikan hitam daripada berniaga pada tahun depan.

"Kami berharap mereka dapat memberikan kerjasama bagi membolehkan 2,224 pekerja pembersihan dapat menjalankan kerja membersihkan sampah di bazar terbabit," katanya.

Dalam pada itu, Dr Alias berkata sebanyak 3,431 pemeriksaan dijalankan membabitkan 222 notis kompaun dikeluarkan terhadap peniaga Bazar Ramadan setakat 14 April lalu.

Menurutnya, kesalahan tidak memakai apron paling banyak dikeluarkan, iaitu sebanyak 113 notis diikuti tidak menjaga kebersihan diri iaitu 49 notis, tidak mengikuti latihan pengendali makanan (35 notis), menggaji pengendali makanan tiada latihan dan suntikan anti typhoid (14 notis) serta notis lain-lain (11).

"Sebanyak 69 sampel makanan diambil yang mana 61 adalah sampel analisa mikrobiologi dan lapan lagi untuk sampel analisa kimia.

"Daripada 61 sampel analisa mikrobiologi, lapan daripadanya peratus mempunyai pelanggaran.

"Berdasarkan tahap penilaian kebersihan premis, sebanyak 99.5 peratus iaitu 3,416 premis mencapai tahap kebersihan melebihi 80 peratus.

"Selain itu, sebanyak 105 kompaun dikeluarkan Penguat kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) atas kesalahan di bawah Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu tiada kad pengendali makanan dan sembilan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja MBKT 1980 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen," katanya.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 16-4-2023 03:41 PM
Tapi biasanya malam raya mmg ramai berpusu2 nak jenjalan
Nak raso2 lah gitu . Suasana hari rayo
Quote tungkai 16-4-2023 03:55 PM
Nape aku nmpk yg pakai baju kot biru ala2 Zelensky versi terkemut..??
Quote kakikuDibibirmu 16-4-2023 04:21 PM
tungkai replied at 16-4-2023 03:55 PM
Nape aku nmpk yg pakai baju kot biru ala2 Zelensky versi terkemut..??

Bottom ke nok?
Quote drivethru 16-4-2023 04:39 PM
Dulu aku mmg suka pegi jalan TAR mlm raya. Cari barang lelong. Terutama biskut raya. Baju raya pun boleh dapat lelong. Tapi kurang pilihan. Sekarang dah xde lelong. Sbb dorang dah boleh jual online lepas raya.
Quote antikorok 16-4-2023 10:15 PM
Ok letewww takdelah malam raya baru cari barang2 last minute kat Dataran Shahbandar tu. Malam raya punyelah ramai keluar sampai jamm yakmatt jalan, kalau takde accident malam raya tak sah
Quote sayurmayur88 17-4-2023 03:42 PM
ermmm ye ke ?? ye kot
Quote Kuin-Kepam 17-4-2023 04:09 PM
Apa hal sekor mcm gayah kena dump sama jantanzz nok?!

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.040389 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top