CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3,206 Tekan Tubi Dalam Masa Sejam

16-4-2023 02:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 610| Komen: 4|Original author: Tatod

Kesungguhan bapa yang juga akauntan di Australia berhasil apabila mencipta rekod dunia untuk bilangan tekan tubi terbanyak dalam satu jam.

Portal The Straits Times melaporkan, Lucas Helmke, 33 dari Brisbane, mencipta rekod selepas melakukan 3,206 tekan tubi dalam masa sejam.


Ia sekali gus memecahkan rekod terdahulu iaitu 3,182 tekan tubi dalam sejam, yang dicipta oleh seorang warga Australia, Daniel Scali, pada April tahun lalu.


Helmke melakukan kira-kira 53 tekan tubi seminit, atau hampir satu saat, dan melakukannya 60 kali berturut-turut.

Menurut Helmke, kejayaan itu didedikasikan untuk anak lelakinya yang berumur satu tahun dengan tujuan memberi inspirasi dan menunjukkan kepadanya, "tiada yang mustahil".

Dia melakukan rekod tekan tubi di gimnasium Iron Underground dekat Brisbane pada bulan November.

Setiap tekan tubi itu perlu mengikut standard ditetapkan.


Jadi, 34 tekan tubi dilakukannya tidak dikira kerana tidak mengikut standard berkenaan.

Menerusi gambar sijil Rekod Dunia Guinness (GWR) dimuat naik di Facebook miliknya pada bulan lalu, Helmke menulis; "akhirnya berjaya".

Helmke berkata, dia mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk membina kekuatan fizikal untuk melakukan pencapaian luar biasa itu.

Media tempatan di Florida, Amerika Syarikat, sebelum ini melaporkan bahawa Rob Stirling, 60, berjaya melakukan 3,264 tekan tubi pada lewat Mac tetapi pencapaian itu belum diiktiraf GWR.

Sebelum Helmke dan Scali, rekod itu dipegang oleh Jarrad Young, juga warga Australia, yang memecahkan rekod sama tiga kali dengan terakhir pada 2021 dengan 3,054 tekan tubi dalam masa sejam.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 17-4-2023 08:21 AM
Kalau dia melakukan 3,206 tekan tubi, 3,206 sit-up, 3,206 squats, 32.06km larian setiap hari selama 3 tahun maka dia akan menjadi 32.06 kali ganda lebih kuat dari Saitama (One-Punch Man).
Quote KamikuP 17-4-2023 08:32 AM
Moga tak berakhir mcm kes Asyraf Sinclair yaachh
Quote antikorok 17-4-2023 08:35 AM
Dadanya kekar gaytohhhh hasil buat tekan tubi
Quote Kurex 17-4-2023 12:14 PM
dapnyehh walaupun iols kurang minat kokesen

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.032115 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top