Disebalik perkongsian berita gembira tentang kehamilan ketiganya, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tidak terlepas kecaman netizen. Ia berikutan ada segelintir pihak mula membuat kiraan tempoh Shuhada mula hamil selain menganggap perkara itu tidak seharusnya berlaku ketika dia berdepan dengan kemelut rumah tangga dan kes jenayah yang masih dalam perbicaraan.
Enggan memikirkan apa diperkatakan netizen tentangnya, Shuhada, 29, sebaliknya mengambil pendekatan mengabaikan segala komen negatif terhadapnya kerana sedar dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak. "Sejak awal lagi cerita berkaitan rumah tangga saya ramai yang kecam. Jadi bila ada yang berkata negatif, saya tidak membaca sebarang komen. Ambil sahaja yang positif dan terus menjaga diri sendiri," katanya ketika dihubungi mStar. Pada Khamis lalu, Shuhada mendedahkan dia sedang hamil anak ketiga dan usia kandungannya kini memasuki usia 10 minggu.
Dalam perkongsian tersebut, Shuhada turut meluahkan rasa bimbang kerana turut berdepan dengan masalah tekanan dan tidak dapat mengambil ubat-ubatan bagi merawat masalah tersebut. Mengulas mengenai kes pengesahan lafaz cerai yang sedang didengar di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Shuhada berkata dia ada mendapatkan nasihat pendakwah bebas iaitu Asma' Harun bagi mendapat pandangan berhubung situasi dihadapinya ketika ini. Pun begitu kata Shuhada, pada tahap ini, dia menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada keputusan mahkamah bagi membuat penilaian sama ada lafaz dibuat Hafidz adalah sah memandangkan dia kini sedang hamil. "Kalau lafaz itu sah, maka tempoh idah saya akan jadi lebih panjang. Semuanya bergantung kepada keputusan mahkamah. Kita tunggu sahaja," jelasnya. Sebelum ini, Shuhada mendakwa Hafidz pernah melafazkan talak terhadapnya menerusi pesanan mesej di WhatsApp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari 2023. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu selain Humairah ialah Umar yang kini berusia 2 tahun. Sumber: mStar |
prince_marhaen replied at 17-4-2023 09:11 AM
gaduh punya gaduh hujung-hujung kongkek juaaaaaa....ahahahahahahahaha..selamanya lah hidup pompuan m ...
laksmanabentan replied at 17-4-2023 10:07 AM
dalam sakit2 hati tu mengangkang juga... heraaannn...
da tahu laki ada skandal segala tetap aja na ...
black_handbag replied at 6-5-2023 07:40 PM
I nampak syukukis ni kat ioi city mall tghari tadi. Tgh makan dgn kawan2 dia. Mulut dia menceceh tak ...
ADVERTISEMENT