Jurutera Sergii Gordieiev yang popular menerusi saluran YouTube inovasi The Q mencuri perhatian ramai selepas dia tampil dengan konsep basikal dengan tayar berbentuk segi empat. Menerusi sebuah video tular, kenderaan unik itu dilihat mampu berfungsi seperti biasa, malah turut kelihatan seperti basikal normal yang digunakan pada masa ini.
Video itu turut dikongsi semula ke laman Twitter oleh seorang individu, dikenali sebagai Massimo sehingga ia menerima reaksi luar biasa daripada netizen. Rata-rata pelayar Twitter menganggap ia sebagai rekaan pelik yang dikatakan menentang hukum fizik. Namun, ramai juga yang turut memuji inovasi itu serta berharap ia dapat dihasilkan dan dipasarkan kepada semua orang tidak lama lagi. Sumber: mStar
|
tumpanglalu74 replied at 16-4-2023 12:57 PM
https://youtu.be/hKyNqc1p2iw
Kaki ASMR ni sume senget otak. Ni dia tunjok camne buad. Ujong2 dia ...
che-cikL replied at 16-4-2023 01:40 PM
Ok make sense. Tube yg bergerak, instead of tayar. Eh boleh panggil tayar ke benda petak 4-segi tu.
Tinot7 replied at 15-4-2023 09:59 PM
Stail mcm tayar keta kebal..
Jitu replied at 16-4-2023 08:47 PM
ni baru betul tayar segi empat yg sebenar
che-cikL replied at 15-4-2023 09:40 PM
Ok make sense. Tube yg bergerak, instead of tayar. Eh boleh panggil tayar ke benda petak 4-segi tu.
Dwdrum replied at 16-4-2023 09:04 PM
Mahu buat shape (frame) apa pun boleh tinot asal kan number sprocket boleh support belt (tire) unt ...
Tinot7 replied at 16-4-2023 04:44 PM
Mcm berat jahh.. iols lagi berminat nak dptkan portable bicycle.. verangan nak bawak sana sini ber ...
ADVERTISEMENT