CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Idea Iftar Di Jalan Mati Rapatkan Hubungan Kejiranan

16-4-2023 12:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1148| Komen: 14|Original author: Tatod

"Saya sudah tiada ibu bapa, jadi bila dapat berbuka puasa dengan jiran, saya dapat merasa suasana berbuka puasa dengan keluarga besar," kata Maslina Mansor, 28.

Maslina menjadi pencetus idea untuk berbuka puasa di tengah jalan membabitkan kira-kira 50 penduduk di kejiranan Jalan Dahlia, Blok 6, Peringkat Dua, Felda Bukit Kuantan, di sini.


Katanya, idea itu datang secara tiba-tiba dan pada peringkat awal, dia hanya berbincang dengan beberapa rakan sebaya sebelum sepakat membuat poster dan menghebahkannya di dalam kumpulan WhatsApp kejiranan blok terbabit.


"Saya tidak sangka idea itu mendapat sambutan oleh jiran dan lebih membanggakan apabila gambar kami berbuka puasa di tengah jalan pada penganjuran kali pertama awal Ramadan lalu juga tular di media sosial.

"Susulan itu, kami sekali lagi sepakat menganjurkan majlis serupa memandangkan sambutan menggalakkan selain bulan puasa tahun ini sudah hampir ke penghujungnya," katanya ketika di temui pada majlis berkenaan, petang semalam.


Menurutnya, hubungan kejiranan di kawasan itu memang rapat dan mereka sebelum ini sering makan beramai-ramai.

"Kebetulan jalan di blok ini adalah jalan mati, jadi kami memilih bentang tikar di tengah jalan dan berbuka puasa dalam suasana terbuka," katanya.

Sementara itu, Noratiha Mahmud, 31, berkata, dia sangat teruja dengan keakraban jiran di blok berkenaan malah tidak berasa asing walaupun bukan berasal dari situ.

"Saya berasal dari Felda Jengka 10 (Maran) dan berkahwin dengan orang sini (Felda Bukit Kuantan), dan menetap di sini sejak lapan tahun lalu.

"Dengan cara ini saya bukan saja dapat mengenali jiran-jiran dengan lebih rapat tetapi mereka juga dapat mengenali saya," katanya.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 16-4-2023 12:03 PM
Wah best la..
Tapi iols.kureng sikit kalau berbuka ramai2..
Kalau sorang2 mmg iols suka ..haha...
Quote Burong_Hantuk 16-4-2023 12:35 PM
ok good...kreatip
Quote ninja boy 16-4-2023 12:54 PM
Untungla tiada hujan ketika itu
Quote cmf_premierleag 16-4-2023 12:58 PM
takde nyamuk2 ke
sambil makan sambil tu la nk tampor nyamuk
Quote KamikuP 17-4-2023 09:10 AM
Kat twidder ada bbnu kecam sbb time maghrib bukak posa kat luar byk setan iblis.. ekekeke
Quote Simunggu 17-4-2023 09:24 AM
small group ok...ramai ramai mcm ini menyusahkan
Quote Perwira2022 17-4-2023 09:28 AM
Isle Melayu memang macam tu la.... Orang berbuka nak cepat2 solat maghrib.. Sebab tu berbuka di surau @ masjid.... Yg puak2 Melayu bodoh ni berbuka atas jalan lepas tu lambat2 solat maghrib.. Nak sembang2 & beramas mesra dulu.... Lepas tu tinggalkan macam2 sampah & kekotoran.
Quote rospinki 17-4-2023 09:50 AM
Perwira2022 replied at 17-4-2023 09:28 AM
Isle Melayu memang macam tu la.... Orang berbuka nak cepat2 solat maghrib.. Sebab tu berbuka di sura ...

bukak posa kt luar satu hal dibawah rembang maghrib bak kata arwah paklong aku makan kat luar maghrib2 ni diberak dek jin kalu nk makan tempat berbumbung lagi baik. bulan posa pulak ringkaskan saja senang nk solat. budaya mcmni bykkan pembawakkan unsur dari seberang yg sudah berasimilasi dalam masyarakat melayu ko tgk vid indo suka benda remeh mcni.
Quote supernaturalee 17-4-2023 10:03 AM
mcm scene brunch dlm filem The Village
tp tu senonoh sikit tgh2 padang, bertable bagai
Quote syamzana 17-4-2023 10:33 AM
cmf_premierleag replied at 16-4-2023 12:58 PM
takde nyamuk2 ke
sambil makan sambil tu la nk tampor nyamuk

ahahaa...baru nak komen psl nyamuk. dah la skrg aedes mendunia. serammm
Quote chandrahusin 17-4-2023 10:38 AM
Buka kat jalan
Buka kat tepi pantai
Buka kat padang2
Kwn aku ckp ada org berbuka kat petrol station.. bkn sbb masuk waktu diorg kat sana tp mmg siap bwk bekal tikar semua
Tred sblh kat kubo pun ada
Quote bulalof 17-4-2023 10:41 AM
pastu buat content. yiiihhhhhh....
Quote umbut 17-4-2023 10:47 AM
Dah disebarkan kat group whatsapp oleh acik maslina..  x join nanti kata sombong. Terpaksaler join walau x selesa
Baik dok umah je..
Quote hotmak 17-4-2023 10:53 AM
suka betul buka kat luar ye, padang lah, tepi jalan lah, sampah jgn buang merata ye, alangkan dlm surau pun botol2 air kosong tinggal gitu je, ada pulak khadam nak kutip kan, ni kan pulak tempat terbuka, mcm2 jenis makanan ada, pelbagai sampah muncul

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.060225 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top