CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sesak Tapi Ramai Datang 'Cuci Mata' Saja

16-4-2023 11:48 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2399| Komen: 25|Original author: Tatod

Meskipun pelanggan penuh sesak namun peniaga di bazar raya pada tahun ini tidak mendapat 'durian runtuh' apabila orang ramai hanya 'mencuci mata' saja berbanding membeli-belah.

Tinggal beberapa hari lagi sebelum Aidilfitri, Bazar Raya Dataran Senawang, di sini, meriah dengan kehadiran pengunjung namun kebanyakan peniaga dilihat lebih banyak termenung sambil memerhatikan barang jualan tidak terjual.


Peniaga songkok, Helmi Amir, 61, berkata, sejak berniaga di kawasan berkenaan 10 tahun lalu, ini kali pertama dia menghadapi situasi seperti ini yang mana kuasa membeli orang ramai semakin kurang.


"Jika waktu begini (seminggu sebelum Aidilfitri) pada tahun sebelum ini, orang ramai membeli barang sehingga penuh beg plastik di tangan. Tapi, kita boleh lihat sendiri pada tahun ini, pelanggan hanya berjalan dengan tangan kosong.

"Kehadiran pelanggan memang ramai dan meriah. Tetapi mereka hanya mencuci mata sambil bertanyakan harga sebelum beredar dan menyatakan akan datang kemudian," katanya ketika ditemui.


Helmi berkata, jika tahun-tahun sebelum ini dia mampu memperolehi jualan sehingga mencecah RM5,000 sehari, bagaimanapun pada tahun ini agak sukar untuk mendapat jualan RM900.

"Jika dapat RM900 satu malam sudah dikira paling banyak, itupun pada hujung minggu. Cuma saya berharap minggu terakhir ini rezeki dapat menyebelahi saya.

"Ini bukan sekadar luahan peniaga, namun ia gambaran sebenar keadaan rakyat ketika ini. Kerajaan perlu sedar dengan situasi ini dan mengambil langkah untuk mengatasinya," katanya.

Peniaga baju dan seluar, Mohd Aliff Haiqal Mohd Afandi, 23, berkata, sejak dari awal Ramadan, kehadiran orang ramai ke bazar raya memang meriah dan semakin sesak menjelang minggu akhir Ramadan.

"Tahun lalu boleh dikatakan saya mesti menambah stok setiap hari di atas meja meskipun harga RM50 sehelai. Kali ini, baju dan seluar ini tidak bergerak sejak awal puasa lalu sedangkan saya menurunkan harga kepada RM100 bagi empat pakaian.

"Saya berpendapat orang ramai mahu berjimat cermat dengan keadaan sekarang. Berbanding tahun lalu orang ramai dapat bonus, bantuan kerajaan seperti geran serta pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Pada tahun ini tiada bantuan seperti itu, jadi saya beranggapan mereka hanya membeli baju mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing untuk berjimat cermat," katanya.

Mohd Aliff yang berniaga di bazar berkenaan sejak 2013 berkata, perkara yang sama turut berlaku di semua lokasi di seluruh negara termasuk di bazar terkenal.

"Jumlah yang datang memang ramai terutama ketika hujung Ramadan ini. Namun, ramai peniaga yang mengeluh kerana barang mereka tidak terjual malah terpaksa menurunkan harga," katanya.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 16-4-2023 12:01 PM
Kalau gi mall time weekdays..uols tak perlu berebut.pung.nak.berbuka.di.mana..
Melainkan kedai TU kecik...
Iols shopping raya tahun ni tak yah kalut2 nak cari tempat berbuka dgn berebut..elok je cari n duduk order...
Tahun lepas kalut ooo...

Ni yang iols pergi kat ioi lah...
Hari ni sure ramai kot sebab bonus segala dah masuk kan...shopping till.u drop yach...

Iols nak gi beli ayam jap kat Tesco...ayam Tesco elok..fresh2 gitchuuu..
Quote Kuin-Kepam 16-4-2023 12:03 PM
Org dah beli online.. tu pasal.
Quote acikhan 16-4-2023 12:08 PM
eh btl la, mlm td haku balik dari kg kat sendayan n nak balik umah kat ampangan semban, giler jammed padahal da pukul 10.30 jarang jammed area kws umah haku nie... semua pakat nk ke Bazar ampangan ngan senawang...
Quote NazRysha 16-4-2023 12:30 PM
rajinnya bersesak sesak ramai2 macam ni
Quote Burong_Hantuk 16-4-2023 12:36 PM
bagus la...x payah nk membazir
Quote doridori_hi 16-4-2023 01:59 PM
Jalan T.A.R semalam, ni kt pintu depan jah.. aku takde kesabaran nk bersesak kt dalam...Dalam Sogo je pun dah mcm pack giler...
Quote Samerosie 16-4-2023 02:05 PM
Semalam lalu aeon nilai pagi2 carpark dah penuh.  Wet market pun ramai semalam.  Harini pergi nak pickup order daging pun ramai juga.  Ye la kan org gomen dah dapat bantuan raya.  Esok masuk gaji lak.
Quote Highflyer19 16-4-2023 03:37 PM
Mungkin kecewa sbb takdak harga rahmah spt yg diwar2warkan...kekecewaan itu diterjemahkan dgn mmboikot brgan yg dijual..
Quote mejaputih 16-4-2023 04:01 PM
Bangi sentral apa citer? Dulu2 jam 3 pagi masih sesak..now lps pkp masih mcm tu ke?
Quote stingerkaypoh 16-4-2023 04:37 PM
Edited by stingerkaypoh at 16-4-2023 04:38 PM
Highflyer19 replied at 16-4-2023 03:37 PM
Mungkin kecewa sbb takdak harga rahmah spt yg diwar2warkan...kekecewaan itu diterjemahkan dgn mmboik ...


Mungkin sebab ko bodoh! Org dah shopping sebelum puase lagi dah la.. bengap mcm ko je tercari-cari last minute
Quote antikorok 16-4-2023 04:46 PM
Sekadar sekadar cuci mata, melihat lelaki seperti kamoooo...  
- Liyana Jasmay


[youtube]Iw8oatldl2w[/youtube]

Quote Nurdianah 16-4-2023 05:36 PM
Rindu zaman Najib. Semua pelanggan bawak shopping bag 20 sebelah tangan. Free Najib!!!
Quote PULANGKAN 16-4-2023 08:28 PM
entah. Iols tahun ni kurang pulak nak berbelanja kat baju raya

beli sepasang sebelum puasa haritu, siap ukur saiz extra, sebab nanti raya risau gemuk, open house, kohkohkohkoh

Iols banyak spent dekat repair rumah, servis aircond la, kipas la. pastu beli hiasan baru, lampu kelip-kelip solar, idok ler makan letrik. lapliplaplip rumah Iols gojes gojes

jangan short circuit sudeh. mampuih tak pasal2 rumah Iols masuk berita pulak nanti, nauzubillah min zalik
Quote vespa_oren 16-4-2023 09:18 PM
puasa dan raya tahun ini mcm aku berjimat sungguh, berbuka pun makan ikan goreng dan persiapan raya pun setakat beli baju baru, bgi duit kt kampung untuk raya, padahal ikutkn bonus campur claim campur refund lhdn dkt rm4k gak dpt
Quote namieamuro 16-4-2023 09:20 PM
shernazz replied at 16-4-2023 12:01 PM
Kalau gi mall time weekdays..uols tak perlu berebut.pung.nak.berbuka.di.mana..
Melainkan kedai TU ke ...

ioi Puchong ke putrajaya?i suke shopping sayur kt tesco. kdg g petang tgk die dh buat harga clearance wpn sayur tu elok je lagi. eh chuols dh abes pantang ke tu
Quote shernazz 16-4-2023 10:21 PM
namieamuro replied at 16-4-2023 09:20 PM
ioi Puchong ke putrajaya?i suke shopping sayur kt tesco. kdg g petang tgk die dh buat harga cleara ...


Ioi puchong uolss..
Ioi putrajaya yang wing baru TU iols tak pergi lagi...cm penat je nak berjalan even tengok Dari luar..hahahahah
Ioi puchong ni senang sikit access dia..

Iols dah habis pantang uolss...TU yang gigih mencari baju raya ni..kosser la nak berhimpit kat kolumpo..kalau anak2 dah beso maybe iols gigih ke kolumpo..

Tesco mmg gitu..iols suka sayur2 dia terutama yang berdaun..
Quote KamikuP 17-4-2023 09:14 AM
Selalu time raya meolls dan family ada 2 pasang baju melayu/kurung ala2 Che Ta, tapi tahun ni sepasang sajorkk utk satu family... purchasing power dah kureng agitu lah cuolls
Quote isseliparjepun 17-4-2023 09:27 AM
Sesetengah tu memang dah beli awal, macam I. Jadi ke bazar raya untuk tengok tengok sahaja. I pergi sekali je bazar raya sebab cari butang baju melayu dengan butang tudung. Kesian juga dekat peniaga, sewa tapak dah la mahal.
Quote Simunggu 17-4-2023 09:28 AM
jadi apa masalah?...org punya duit dia punya suka nak servey mcm mana

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.058465 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top