CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembantu Tadbir Didakwa Guna Jawatan Untuk Dapatkan Suapan

16-4-2023 11:43 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1895| Komen: 33|Original author: Tatod

Penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas enam pertuduhan menggunakan jawatannya sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 untuk mendapatkan suapan membabitkan jumlah RM13,480.20, tiga tahun lalu.


Tertuduh, Nurul Syahirah Omar, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas keenam-enam pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu yang bertugas di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Mersing didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dalam mengemukakan sebut harga Amir Barakah Enterprise yang keseluruhannya berjumlah RM13,480.20 melalui dokumen Borang Kajian Pasaran yang mana dia mempunyai kepentingan dalam syarikat itu.


Sebut harga terbabit adalah untuk melaksanakan pembekalan bagi alat-alat ganti kenderaan, kelengkapan pejabat, pembaikan kenderaan jabatan, kelengkapan penyiaran dan perhubungan, kelengkapan elektrik dan elektronik serta pelaksanaan kerja penyelenggaraan kenderaan penumpang.


Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat JPS Daerah Mersing dekat Mersing, antara Ogos 2020 hingga November 2020.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa SPRM, Nik Lokman Hakim Nik Mohd Nor memaklumkan kepada mahkamah bahawa kesalahan di bawah Seksyen 23(1) akta berkenaan tidak boleh dijamin, namun mencadangkan jumlah jaminan RM30,000 sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara membenarkan tertuduh diikat jamin.

Peguam, Muhammad Faizzudin Abd Ra'fik yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin dengan jumlah yang lebih rendah.

"Tertuduh mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun dan turut menanggung ibu bapanya. Sebaik pertuduhan ini dihadapkan kepadanya, tertuduh digantung kerja.

"Tertuduh juga sedang menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang memerlukan perbelanjaan yuran lebih RM15,000," katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin warga tempatan berserta syarat tambahan pasport antarabangsa diserahkan ke mahkamah dan perlu melapor diri sebulan sekali di Pejabat SPRM Johor Bahru.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 16 Mei depan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 16-4-2023 12:04 PM
Harap masuk jel.
Ramai lg yg bole kerja ngn amanah dlm govt sector.
Quote Burong_Hantuk 16-4-2023 12:37 PM
muda lagi kau dekkkk....rugi btl
Quote ketambangkang 16-4-2023 02:59 PM
kesian..mesti anak kekecik lg
Quote rogayahtop 16-4-2023 03:58 PM
Sempatla pakai iphone 14 gamaknya.
Quote VespaSilbe 16-4-2023 04:00 PM
Nih baru kerani..
Quote xy_daen 16-4-2023 06:44 PM
Baru aku tahu level kerani dah boleh buat keputusan perolehan Kerajaan.  Ingatkan level Pengarah
Quote mikasa 16-4-2023 07:01 PM
xy_daen replied at 16-4-2023 06:44 PM
Baru aku tahu level kerani dah boleh buat keputusan perolehan Kerajaan.  Ingatkan level Pengarah

Bawah 20 direct nego submit 3 company . Boss sign je .

Boss takda masa nak check menda celah gigi ni...projek juta2 baru la level boss.
Quote Nurdianah 16-4-2023 07:28 PM
Edited by Nurdianah at 16-4-2023 10:08 PM

Zaman Najib paling best. Kalaulah Najib ada.. lagi kurang kes suap2..

Rindu …Free la Najib!
Quote Belibis 16-4-2023 07:43 PM
VespaSilbe: Nih baru kerani..

Sebab kerani la dia kantoi..cer gred pegawai???
Quote airmineral 16-4-2023 09:28 PM
mcmn study tu? dia amik degree dgn master serentak ke
Quote matchstick 16-4-2023 09:57 PM
Mcm2 alasan nk mintak budi bicara tuan hakim..dh bagi ikat jamin 30k nego lagi jadi 7k..senang betul. mcm ni punya lenient orang pun tak takut nk makan rasuah.
Quote xy_daen 16-4-2023 09:58 PM
mikasa replied at 16-4-2023 07:01 PM
Bawah 20 direct nego submit 3 company . Boss sign je .

Boss takda masa nak check menda celah gigi ...

Kira boss tak bertanggungjawab la tu, sign buta
Quote Nham22 16-4-2023 10:04 PM
Oiii p carik kat lubuk rasuah la kat kastam tuuu
Quote airfilterkotor 16-4-2023 10:27 PM
mikasa replied at 16-4-2023 07:01 PM
Bawah 20 direct nego submit 3 company . Boss sign je .

Boss takda masa nak check menda celah gigi ...

Bukan bawah 50 kaa?

Tapi betui, skop kecik² gini memang lubuk utk orang bawahan.

Tender masuk 35, yg masuk pun muka² tu jugak.
Total sub say 20, memang kerja² boleh siap.
15 dapat atas angin.
Setakat 2-3k pelincir tu... tak luak pun yg 15 tu.

Bayangkan ada sesetengah jabatan, selang 2-3 bulan ada job camni.
Quote VespaSilbe 17-4-2023 12:04 AM
Belibis replied at 16-4-2023 07:43 PM
Sebab kerani la dia kantoi..cer gred pegawai???


Khuenz.. nih baru kerani yg ataih2 lagi la banyak.. ada lawyer cerita kerani  mintak 30k pun ado.. payment sangkut nak kena suap pulak accountant syarikat nak release payment.. giler lah
Tu yg kerja cam siput babi memasing.. tak pam duit lambat la projek
Quote gigahertz 17-4-2023 01:32 AM
xy_daen: Baru aku tahu level kerani dah boleh buat keputusan perolehan Kerajaan.  Ingatkan level Pengarah

ni kerani dia pegang borang je. dia uruskan borang in dan borang out.
patutnya dapat untuk semua. tapi dia pegang borang tu buat bid offer
" siapa nak borang masuk nama tender sekian2 "

maka bayar lah sekian sekian.
Quote otai_g 17-4-2023 02:24 AM
Belibis replied at 16-4-2023 07:43 PM
Sebab kerani la dia kantoi..cer gred pegawai???

Ko ingt pegawai ada ilmu kebal? Even pengarah pun kalo ada bau2 ikan, mmg laju ke sprm buat keje.

Yg btl2 selamat ahli politik. Da ada Kes mahkamah pun blh jd menteri Tau. Only in malaysia.
Quote mikasa 17-4-2023 03:53 AM
airfilterkotor replied at 16-4-2023 10:27 PM
Bukan bawah 50 kaa?

Tapi betui, skop kecik² gini memang lubuk utk orang bawahan.

3 tahun lepas , mungkin masa tu masih bawah 20k.
Quote mikasa 17-4-2023 03:55 AM
xy_daen replied at 16-4-2023 09:58 PM
Kira boss tak bertanggungjawab la tu, sign buta

Boss hanya sign berdasarkan dokumen lengkap yang diberi. Tak lengkap baru boss reject. Bukan tugas boss untuk semak detail background syarikat

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.119370 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top