CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Enam Cedera, Pacuan Empat Roda Jatuh Gaung

16-4-2023 10:00 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 574| Komen: 9|Original author: Tatod

Tujuh individu termasuk lima kanak-kanak terselamat selepas kenderaan dinaiki terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter di Rawang Bypass, Serendah menghala ke Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 3.58 petang.


Beliau berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.

"Menurut laporan awal, kejadian membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero Sport terjatuh ke dalam gaung.

"Enam individu cedera ringan dalam kemalangan itu iaitu pemandu lelaki berusia 30-an, dua kanak-kanak lelaki (empat dan lima tahun) dan tiga kanak-kanak perempuan (enam, lapan dan 12 tahun)," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Enam Cedera, Pacuan Empat Roda Jatuh Gaung


Morni berkata, tiga kanak-kanak perempuan itu bagaimanapun, berjaya dibawa keluar oleh orang awam sebelum anggota bertugas tiba manakala seorang lagi mangsa iaitu wanita berusia 30-an tidak cedera.


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 16-4-2023 10:41 AM
Syukur semuanya selamat
Quote pearl.silver 16-4-2023 11:18 AM
Bapak drift ke kt atas tu?
Quote sukacactus 16-4-2023 11:37 AM
Eh ngeri mula baca
Alhamdulillah cuma cedera ringan
Tp trauma tu xtau la berapa lama br nak hilang
Quote hareeeesah 16-4-2023 11:46 AM
Pajero ni tinggi tp kurng lebar, tgk kat highway dia laju tu seram btol. Ni kat rawang bypass lg la jln mcm ulau nasib semua selamat
Quote imanjannah 16-4-2023 11:52 AM
alhamdulillah semua selamat, klu lalu suke pun rasa gayat sebb tinggi
Quote Thunderclouds 16-4-2023 12:01 PM
Alhamdulillah.
Nyawa panjang lg.
Aku tiap kali lalu tbayang² apa nasib kalo tjatuh dr rawang bypass tuh.
Quote downiey 16-4-2023 12:09 PM
alhamdulillah. semua selamat
Quote Burong_Hantuk 16-4-2023 12:31 PM
alhamdulillah x ada yg cedera
Quote kaedahnya 16-4-2023 03:09 PM
alhamdulillah, tengok gambar kat the star bini tu pakai tudung labuh & berniqab. bini ni katanya tak cedera langsung.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.059233 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top