CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Kesan Doktor Untuk Bantu Siasatan Kes Rogol

16-4-2023 09:48 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1685| Komen: 18|Original author: Tatod

Polis sedang mengesan seorang doktor wanita bagi membantu siasatan kes rogol remaja perempuan berusia 16 tahun pada 12 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, terdahulu, pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu jam 4.40 petang melalui panggilan telefon.


"Pengadu warga tempatan yang bekerja sebagai doktor di klinik kesihatan ibu dan anak Jitra, Kedah memaklumkan pesakitnya (remaja perempuan) ketika pemeriksaan mengadu sakit perut, loya dan tidak datang bulan.

Gambar hiasan.

"Hasil pemeriksaan mendapati pesakit itu tidak mengandung dan memaklumkan kepada doktor dia pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, siasatan mendapati saksi penting dalam kes ini adalah seorang doktor bernama Fatimatuz Zahra Abu Bakar yang bertugas semasa menerima pesakit berkenaan.


"Hebahan ini bertujuan meminta doktor itu menghadiri diri ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor atau menghubungi segera Pegawai Penyiasat Jenayah iaitu Inspektor Zulaikha Mohamed di talian 03-60641222," katanya.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grouper 16-4-2023 09:56 AM
Polis nak cari doktor yg bekerja kat klinik kesihatan kerajaan pun susah ke ...x kan doktor tu menghilangkan diri x masuk keje lepas report polis?
Quote chandrahusin 16-4-2023 10:02 AM
Pulakk dah
Ni kes sama dgb yg lari dr bapak tiri tu ke
Quote ulamalu 16-4-2023 10:04 AM
chandrahusin replied at 16-4-2023 10:02 AM
Pulakk dah
Ni kes sama dgb yg lari dr bapak tiri tu ke

Sori tertekan report, pdhal nak reply.
Rasa bukan.  Yg tu dari Melaka lari 17 Mac.
Quote chandrahusin 16-4-2023 10:05 AM
ulamalu replied at 16-4-2023 10:04 AM
Sori tertekan report, pdhal nak reply.
Rasa bukan.  Yg tu dari Melaka lari 17 Mac.

Oo okay
Terima kasih info
Quote krustykrab 16-4-2023 10:11 AM
grouper replied at 16-4-2023 09:56 AM
Polis nak cari doktor yg bekerja kat klinik kesihatan kerajaan pun susah ke ...x kan doktor tu mengh ...

Tu lah..boleh kot call, email, fax ke...
Quote otai_g 16-4-2023 10:18 AM
Plot twist. Dr tu di ugut oleh perogol so Dr terpaksa low profile?

Quote Supersirap 16-4-2023 10:43 AM
Boleh cari dan jumpa
Quote Lentera 16-4-2023 12:38 PM
KK di jitra tapi polis hulu selangor yg cari. Jauh sangat tuuuu. Konpius aku
Quote Burong_Hantuk 16-4-2023 12:45 PM
mcm sesuatu jer....
Quote I.K.A888990 16-4-2023 01:38 PM
pelik pulak citer ni
Quote doridori_hi 16-4-2023 01:47 PM
Tunggu butiran selanjutnyaaa....
Quote 3chanceno 16-4-2023 02:15 PM
Polis tak boleh dapat kontak doctor tu dari supervisor atau pihak hospital ke? Kes kat kedah tapi motip polis yg carik doctor dari hulu selangor?
Quote rogayahtop 16-4-2023 04:08 PM
MOH bukan ke simpan data doktor semua tu? Ke pc windows 2000 dah terbako.

Setau akak polis kalau data dgn telco pun ada SOP so mmg bolehlah nak trace. Tp tak taula dizaman scammerr ni mmg ramai je yg tak angkat call langsung whqtsapp pun tak install
Quote sharlenetexas 16-4-2023 04:11 PM
Ada cerita di sebaliknya ke?

Quote sharlenetexas 16-4-2023 04:14 PM
rogayahtop replied at 16-4-2023 04:08 PM
MOH bukan ke simpan data doktor semua tu? Ke pc windows 2000 dah terbako.

Setau akak polis kalau da ...

Polis ada banyak akses. Tgu waris depan gate, siap tekan bell dingdongdingdong tapi tak buka pintu. Deyols cari maklumat berdasarkan no plat kereta. Boleh dpt no telefon. Dapat contact tuan rumah.

Quote mejaputih 16-4-2023 04:21 PM
what's happening? mcm pelik di situ..
Quote CiliPadiSedap 17-4-2023 08:10 AM
Benda basic kes bawah umur walau suka sama suka kena lapor polis.
Quote zehra2 17-4-2023 08:12 AM
pekerja awam..nak lari pi mana

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.306926 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top