CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wilayah Al Baha Di Arab Saudi Dilanda Salji

15-4-2023 10:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1074| Komen: 9|Original author: Tatod

Sebahagian kawasan di Arab Saudi termasuk wilayah Al Baha dilanda salji dalam satu kejadian yang unik pada pagi Isnin lalu, lapor portal berita LBCI Lebanon. 

Video di media sosial menunjukkan salji dan hujan batu melanda jalan raya menyebabkan banyak kenderaan yang tersangkut.


Gangguan cuaca luar biasa tersebut menyebabkan keterujaan dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengambil kesempatan daripada fenomena alam yang jarang berlaku itu.

Dalam pada itu, portal berita The Siasat Daily melaporkan bahawa wilayah Al Baha terkenal dengan kawasan pergunungan megah dan landskap yang indah.


Kru-kru kecemasan dari majlis perbandaran terpaksa mengalihkan batu dan hujan batu dari jalan raya manakala taman-taman bertukar warna menjadi putih.

Ramai pemandu singgah untuk menikmati cuaca yang sejuk dan sederhana itu manakala kanak-kanak dan orang dewasa muda dilihat berseronok di lereng gunung termasuk di tepi jalan raya yang dilitupi salji.



Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 16-4-2023 06:14 AM
Tempat ni mmg tak pernah turun salji ye?
Quote kakikuDibibirmu 16-4-2023 06:23 AM
Inilah tanda-tanda akhirul zaman

-lebai-lebai global warming deniers-
Quote blastoff 16-4-2023 06:58 AM
kakikuDibibirmu replied at 16-4-2023 06:23 AM
Inilah tanda-tanda akhirul zaman

-lebai-lebai global warming deniers-

global warming patutnya jadi lebih panas ler, ini terbalik kuang lagi sejuk sampai bersalji segala
Quote Samerosie 16-4-2023 10:20 AM
Orang sana sendrik tak heran orang melayu lak sibuk zikir akhir jaman akhir jaman.
Quote Burong_Hantuk 16-4-2023 12:50 PM
Quote cmf_premierleag 16-4-2023 01:03 PM
Samerosie replied at 16-4-2023 10:20 AM
Orang sana sendrik tak heran orang melayu lak sibuk zikir akhir jaman akhir jaman.

ereb skang lagi berlumba2 kejar duniawi
tgk la ereb skang dgn konsert, liberal policy bagai
ummah meleis je masih ketinggalan zaman lagi.depa ingat ereb masih lg naik unta kut
Quote Samerosie 16-4-2023 02:01 PM
cmf_premierleag replied at 16-4-2023 01:03 PM
ereb skang lagi berlumba2 kejar duniawi
tgk la ereb skang dgn konsert, liberal policy bagai
umma ...

Meleis bila fikir saudi mekah madinah je.  Tanah berpasir rumah cube concept tanah liat pokok kurma je ada. Lain2 state yg liberal kat sana tak exist.
Quote ultra78 16-4-2023 02:48 PM
kakikuDibibirmu replied at 16-4-2023 06:23 AM
Inilah tanda-tanda akhirul zaman

-lebai-lebai global warming deniers-

Itu tanda global cooling. Pole shift sejak 2012.
Quote sailormars 16-4-2023 09:19 PM
Edited by sailormars at 16-4-2023 09:22 PM

negara saudi mmg tiap2 tahun ad musim sejuk...
abha, al baha, jizan, jabal al lawz (tabuk) antara tempat akan turun salji tiap2 tahun...bezanya banyak atau sikit...sbb situ adalah kawasan tinggi, gunung ganang...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.038655 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top