CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Kecoh Anak Kambing Lahir Bermata Satu

15-4-2023 10:31 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 243| Komen: 0|Original author: Tatod

Kelahiran seekor anak kambing bermata satu mengejutkan penduduk sebuah kampung di bandar Klaten, wilayah Jawa Tengah, Indonesia, lapor laman berita Detik semalam.

Pemilik kambing tersebut, Muhammad Sadat berkata, anak kambing itu dilahirkan pada 11 April lalu.


“Tiada tanda-tanda aneh sebelum ini. Kandungan induknya juga normal semasa usia kehamilan empat hingga lima bulan dan ketika lahir, ia boleh berdiri seperti biasa,” katanya.


Kelahiran anak kambing itu mengejutkan penduduk setempat yang ingin memastikan kebenaran berita tersebut. Begitu juga dengan seorang lelaki bernama  Ngatman yang sanggup datang semata-mata mahu melihat anak kambing tersebut.

“Mukanya seperti monyet. Mulutnya naik dan matanya rapat,” kata Ngatman.

Seorang lagi penduduk, Irwan berkata, secara umumnya tiada apa yang pelik mengenai tubuh anak kambing itu. Ia juga boleh berjalan seperti biasa.


Bagaimanapun, anak kambing itu akhirnya mati dan dikebumikan di hujung kampung.

“Kambing itu akhirnya mati selepas saya menjaganya sepanjang hari. Saya menanamnya,” kata Sadat.


Sumber: KOSMO!ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.038226 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top