CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis AS Silap Alamat, Tersalah Tembak Lelaki

15-4-2023 08:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 389| Komen: 1|Original author: Tatod

Seorang lelaki ditembak mati oleh anggota polis di New Mexico yang tersilap alamat ketika menyiasat aduan keganasan rumah tangga diterima jabatan itu.

Satu rakaman video kamera badan dan audio 911 kejadian pada 5 April lalu itu dikeluarkan oleh Jabatan Polis Farmington, menunjukkan tiga pegawai tersalah mengetuk pintu rumah mangsa aduan.


Dilaporkan, anggota polis menerima panggilan mengenai keganasan rumah tangga dari 5308 Valley View Ave tetapi rakaman menunjukkan pegawai tiba di sebuah rumah bertanda '5305'.


Ketua Polis, Steve Hebbe, mengarahkan pendedahan rakam video berkenaan di bawah undang-undang negeri dan atas keinginan untuk tampil dan telus dengan masyarakat Farmington, orang awam dan media berita.

Rakaman itu menunjukkan secara jelas beberapa anggota polis mengetuk pintu sebuah rumah beberapa kali sambil memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis.


"Kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Dotson dan sebagai ketua polis, saya ingin menyampaikan betapa saya sangat menyesal kerana tragedi ini berlaku," katanya.

Terdahulu, rakaman menunjukkan pegawai mengetuk pintu beberapa kali dan meminta kakitangan di pejabat pengesahan alamat sama ada mereka berada di rumah yang sepatutnya.

Sejurus kemudian, seorang lelaki membuka pintu dan mengacukan senjata api ke arah pegawai, mendorong mereka mengeluarkan senjata masing-masing dan menembak lelaki berkenaan.

Menurut polis, mangsa, Robert Dotson, meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang wanita, kemudian dikenali sebagai isteri Dotson, muncul di pintu kira-kira seminit kemudian dan lebih banyak lagi tembakan kedengaran.

Polis mendakwa wanita berkenaan melepaskan tembakan ke arah mereka.

Jabatan polis berkata, nama tiga pegawai yang terbabit tidak dapat dikeluarkan kerana siasatan sedang dijalankan.

Difahamkan, pihak berkuasa masih tidak jelas bagaimana semua pegawai terbabit, yang kini diarah bercuti dengan gaji untuk tempoh siasatan, mengunjungi alamat yang salah.

Dalam salah satu fail audio panggilan kecemasan 911, kedengaran tangisan anak perempuan, yang kedengaran berkata bahawa ibunya sedang meraung dan bapanya ditembak.

Kira-kira 40 peratus isi rumah Amerika Syarikat (AS) mempunyai senjata api, menurut Pusat Penyelidikan Pew.

Dianggarkan terdapat 44,000 kematian berkaitan senjata api di AS tahun lalu, kira-kira separuh daripadanya kes pembunuhan, kemalangan dan mempertahankan diri, malah separuh daripadanya membunuh diri, menurut pangkalan data Arkib Keganasan Senjata.

Ia menunjukkan bahawa 14 orang ditembak atau dibunuh dalam apa yang disebut arkib itu sebagai 'kes membabitkan pegawai' di New Mexico tahun ini.

Lebih 5,000 orang di AS meninggal dunia akibat keganasan berkaitan senjata api pada 2023, menurut arkib itu. 


Sumber: BH ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 15-4-2023 09:18 PM
Mcm kes Breonna Taylor. Polis salah umah jugak.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.026519 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top