CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Belanja Hampir RM100,000 Setahun Bela 4 Arnab Gergasi

15-4-2023 04:28 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 768| Komen: 7|Original author: Tatod

Seorang pemilik haiwan peliharaan di London membelanjakan £17,000 (RM92,966) setahun untuk menjaga empat ekor arnab gergasinya, lapor portal berita The Sun semalam.

Gemma Mead, 39, hanya memakai pakaian terpakai dan jarang mengunjungi pub semata-mata mahu menjimatkan wang. Wang itu digunakan membeli makanan haiwan kesayangannya itu.


Dia memelihara arnab yang diberi nama Emma dan Captain Hook, berusia dua tahun dengan kedua-duanya mempunyai berat sekitar 10 kilogram.


Seekor lagi arnabnya, Garfield berusia empat tahun memiliki berat lebih 6 kilogram, manakala Chelsea yang berusia sembilan tahun mencatat berat kira-kira  4 kilogram.

Keempat-empat ekor arnab itu makan terlalu banyak sehinggakan perbelanjaan Mead melambung tinggi, menyebabkannya dia terpaksa berhemah dalam berbelanja.

Dia tidak lagi boleh membeli pakaian, perabot dan bekalan lain.


Mead yang merupakan pekerja salun kecantikan di Hampshire, England berkata: “Saya tidak kerap keluar minum atau bersosial. Saya jarang ke pub. Kami bertuah kerana tinggal di kawasan luar bandar jadi pada hujung minggu, saya melakukan aktiviti riadah seperti berjalan kaki, meneroka kawasan luar dan menangkap katak dan ikan bersama anak perempuan saya.

“Berseronok tidak perlu mengeluarkan wang. Saya juga bijak membeli-belah dan hanya membeli apa yang diperlukan,” katanya.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 16-4-2023 12:27 PM
Haiyo risau kalau kena gigit dgn arnab besar ni
Quote Burong_Hantuk 16-4-2023 12:29 PM
banyak duit dia...
Quote Moyangkucing 16-4-2023 01:22 PM
Sedap peluk arnab besar2 ...
Quote doridori_hi 16-4-2023 03:04 PM
Mahal yachh hobi chuols..
Quote Nurdianah 16-4-2023 05:53 PM
Kalau Najib bebas mesti wanita ni bela Panda. Apa kelas Arnab!

#FreeNajib!
Quote kakikuDibibirmu 16-4-2023 05:54 PM
Whatsapp doc?!
Quote sekngucing 16-4-2023 06:06 PM
apa dah ama spesis arnab ni...angora ke?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.037215 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top