CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Adil Jadikan Prn Sebagai Kayu Ukur Kerajaan Perpaduan

15-4-2023 11:43 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 253| Komen: 5|Original author: Tatod

Umno menyifatkan tidak adil menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam negeri nanti sebagai pengukur kepada prestasi Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana sudah tentu kerajaan tidak mampu menyelesaikan semua perkara dalam tempoh beberapa bulan mentadbir negara.


"Bagaimanapun, kita akui PRN akan datang ini adalah ujian pertama Kerajaan Perpaduan. Namun tidak adil jika mengatakan PRN adalah pentas kayu ukur kepada Kerajaan Perpaduan.

DATUK Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyampaikan ucapan.

"Kalau kita lihat awal-awal perjalanan sebelum ini pun dengan Muafakat Nasional (MN), kita mengambil masa lebih setahun. Lebih 660 program diadakan di setiap bahagian dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum kita menandatangani Piagam MN.

"Mana mungkin kita nak harapkan perbalahan yang begitu tajam berpuluh-puluh tahun, dulu Umno dengan Pas, sekarang Umno dengan DAP, PKR dan Amanah. Bukan mudah untuk wujudkan keserasian dalam tempoh beberapa bulan," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis makan colek bersama pengamal media di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi sebaliknya berkata, pentas utama PRN bukan sahaja menguji, namun ia adalah medan bagi melihat apa yang perlu ditambah baik selepas ini.

"Apa yang penting adalah kerajaan perlu stabil untuk pastikan rakyat dapat manfaat dari segi ekonomi dan pembangunan sosial," katanya.

Dalam perkembangan lain ketika mengulas mengenai permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat tarikh untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Bagaimanapun kita sudah menghantar surat. Namun apa yang saya mahu jelaskan, sesiapa sahaja layak untuk memohon pengampunan itu.

"Kita hanya memohon dan selebihnya terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote scorpionkiki 15-4-2023 11:48 AM
Lerrrrrr....ni mesti confident kalah
Quote ladybugz 15-4-2023 11:49 AM
aduhai rakyat susah payah nk jatuhkan jib, senang2 je ye nk mintak pengampunan. tanya rakyat la dah ampun kan belum sbb kami pun antara pembayar hutang dia juga.
Quote Highflyer19 15-4-2023 12:01 PM
Sapa yg ckp pm kayu…patutlah marah
Quote LoveSungmin 15-4-2023 12:04 PM
takut ler tu
Quote Rogue98 15-4-2023 12:11 PM
apa nak takut ...kalah pun still pegang kerajaan pusat...kerajaan negeri perlukan kerajaan pusat so chill lah...lol.

kalau takut sangat tunggu jer najib keluar penjara...masa tu baru lah PNtat gigil lutut...midin sembab , hadi bawang n team pulak jadi kluster mahkamah....tak leh lah ponteng mcm diaorang ponteng parlimen ....makan gaji buta.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.034561 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top