Memerlukan banyak tenaga untuk melakonkan watak Sharifah Azreen dalam drama popular Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah, Atikah Suhaime perlu meminum dua cawan kopi. Jelas Atikah, hal itu disebabkan tenaga luar biasa watak terbabit yang perlu disalurkan dalam setiap babak lakonannya.
"Demi nak keep up dengan tenaga Azreen ni saya harus minum dua cawan kopi setiap kali nak berlakon jadi dia (Azreen). "Tapi sejujurnya, saya seronok dapat lakonkan watak Azreen ini. Azreen seorang yang muda dan banyak tenaga. Saya pula sejenis orang yang introvert jadi bila nak bawa watak Azreen, saya kena extrovert dan vavavoom. "Azreen seorang yang jenis main cakap je. Very extra dan over. Melakonkan watak ini, saya perlukan banyak tenaga untuk setiap adegan," kongsi Atikah. Mengulas lebih lanjut tentang watak Azreen, kata Atikah dalam Andai Itu Takdirnya wanita terbabit sangat obses cintakan Azril.
"Dia terlampau cinta Azril sampai dia buta mana yang baik mana yang salah. Ada beberapa adegan yang orang tak akan sangka Azreen akan buat macam tu. "Di sebalik senyuman ceria Azreen, pasti ada sesuatu plan yang difikirkan. Dia seorang yang unpredictable. Kadang-kadang baca skrip pun saya akan terfikir sendiri 'apa yang ada dalam fikiran Azreen ni?'," tambahnya. Uniknya lagi tentang watak Azreen kata Atikah dia mengambil inspirasi daripada karakter popular Hollywood, Marilyn Monroe. "Azreen ada charm dan dia seorang yang classy. Saya ambil inspirasi dari Marilyn Monroe untuk hidupkan watak Azreen. "Selain itu, ada a few elemen kelakar yang ada pada watak itu juga," ujarnya. Sumber: Gempak
|
I.K.A888990 replied at 14-4-2023 06:21 PM
laaa dia ada ke dlm citer ni
xlayan citer tp kalau dia ada nak gak tgk haha
Missjass replied at 15-4-2023 06:06 AM
Rasa dia baru masuk je.. Episode sekarang ni adaptasi novel ke 2 rasanya
Missjass replied at 15-4-2023 06:06 AM
Rasa dia baru masuk je.. Episode sekarang ni adaptasi novel ke 2 rasanya
ADVERTISEMENT