Perkongsian Tomok di TikTok mendapat perhatian ramai selepas tampil menyanyikan lagu raya 'Dendang Perantau', mengikut alunan gitar dipetik Datuk Ramli MS . Menerusi video yang tular itu, penyanyi dan pemuzik itu bersama-sama membawakan lagu tersebut tanpa mengikut tempo.
Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, lagu tersebut kedengaran semakin syahdu dan lebih klasik hanya dengan iringan petikan gitar daripada pemuzik terkenal itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meninggalkan pelbagai respons dan memuji bunyi kord gitar yang digunakan Tok Ram sekaligus ada peminat yang melabelnya sebagai David Foster Malaysia.
“Chording orang lama memang mantap, tak boleh lawan. “Bila Tok Ram kata jangan ikut tempo, terkejut kejap tapi kena dengan lagunya, syahdu dan klasik didengar,” komen netizen. Sumber: Xtra
|
wadiunong replied at 14-4-2023 02:33 PM
kejung perut iols gelak tgk kat astro prgm travelog Projek Bapak2. Ada Tok Ram, Tok Jalal, Jatt & R ...
wadiunong replied at 14-4-2023 02:33 PM
kejung perut iols gelak tgk kat astro prgm travelog Projek Bapak2. Ada Tok Ram, Tok Jalal, Jatt & R ...
orkid_amani replied at 14-4-2023 03:53 PM
Kan..best cerita ni..lawak spontan..xdak try hard mcm pelawak2 tuu..betoi2 kena la gandingan diora ...
minguk replied at 14-4-2023 04:20 PM
hahhahahhaa i pun sama, tok ram dengan si roy tu masuk sungguh laaa
wadiunong replied at 14-4-2023 08:50 PM
Roy Azman tu kaki ngusik betul kan . Tok Ram mmg nampak la karisma & kemas & stylo. Tok Jalal pula ...
ADVERTISEMENT