CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cat Farish Risau Nak Cari Isteri Baru Sebab Sampai Sekarang Masih Rapat Dengan Bekas Isteri Pertama Dan Keluarga

13-4-2023 10:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1299| Komen: 6

Cat Farish, 48, risau untuk kembali memiliki kekasih selepas gagal dalam dua perkahwinan sebelum ini walaupun keinginan itu masih ada.

Cat yang juga anggota kumpulan Ruffedge berkata, sejak bergelar duda beberapa bulan lalu, dia memang cuba kenal-kenal dengan orang baharu tetapi fikirannya jadi berserabut.



Foto: IG

"Saya keliru. Nak kenal orang baru, tapi bila sudah kenal, rasa tak senang. Yang muda, tua, sebaya. Sebenarnya, saya rasa lebih suka duduk seorang di rumah dengan anak-anak. Bila berpasangan jadi macam risau. Risau bagaimana nak lebih mengenali orang.

"Risau nak duduk sekali nanti jadi terlalu terikat. Bila pergi studio misalnya, kasihan teringat pasangan di rumah. Takkan saya nak duduk dalam studio sampai jam 4 pagi? Bila nak kenal, tiba-tiba ada hal tak kena. Bawa anak, tak boleh layan anak. Adalah kenal-kenal, tapi sebenarnya tak sedia lagi pun.


"Memang sebenarnya dalam empat bulan itu tak payah jumpa sesiapa. Tapi memang saya tak boleh buat macam dulu dah. Kenal sekejap, tiba-tiba kahwin. Takut nak kenal orang baru, takut nak bermula balik," katanya.



Cat juga enggan berlaku tidak adil kepada pasangannya nanti kerana dia ada anak-anak yang jadi keutamaan selain masih rapat dengan bekas isteri pertamanya, Hartiny Ramli.

"Anak saya pula memang suka menguji tengok siapa yang boleh layan mereka. Saya pernah saja ada bekas teman wanita yang boleh layan dan ikut dia.

"Saya dengan bekas isteri pertama pun memang sangat rapat. Malah, dengan mak mentua pun sampai sekarang masih sokong perniagaan saya, ajak datang makan. Masih anggap saya macam anak dia.

"Adakah pasangan saya kelak boleh terima perkara itu? Macam bekas isteri mesej pasal anak, bolehkah dia terima? Hal-hal ini yang saya sangat takut. Tak adil untuk pasangan. Hal-hal tak sebulu ini tak baik," katanya.



Pada Februari lalu, Cat mengesahkan sudah bercerai dengan isterinya, Suriani Hassan, 37, dengan talak satu di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan pada 16 Januari lalu.

Cat dan Suriani berkahwin pada 20 November 2020, namun mereka tidak dikurniakan anak.

Sebelum ini, Cat pernah berkahwin dengan Hartiny dan bercerai pada April 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar,12. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 14-4-2023 09:18 AM
dalam pada sakit itu ini, takde job itu ini....masih lagi nak mencelop celop....boleh geng ngan bad yindigo tu haa..kemaruk poen.
Quote mongoose_kidz 14-4-2023 09:23 AM
hahaha .acah2 hot ke mcmana ni
Ape susahnya..xyahla kawin.
Quote Lavender_Violet 14-4-2023 09:29 AM
Hmm...kalau dah namanya jantan
Bukan boleh lama2 single wpun diri sendiri nan hado jah
Quote cikatilia 14-4-2023 09:52 AM
aku xpaham la risau2 xde pasangan pon jadi kisah..
cuba diam2 nanti kalau dah jodoh kawin la jugak.... lelaki pon merempan2 jugak ya bab jodoh ni kalah pompuan.
Quote sangbara2020 14-4-2023 10:33 AM
sesuatu...mengambil ke
Quote Belibis 14-4-2023 11:02 AM
Sebab belum kena angau dengan awek berstiker rama2 ler ni...kalau dah terjebak,mula la menayang sana sini.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.027333 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top