CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Seram Bercakap Dan Ketawa Sendirian, Iqbal Zulkifli Pecat Pembantu Rumah Amal Perbuatan Syirik

13-4-2023 09:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1406| Komen: 6

Iqbal Zulkefli mendedahkan telah menamatkan kontrak pembantu rumahnya pada Oktober tahun lalu kerana didakwa melakukan perbuatan syirik.

Kata Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 29, perkara itu mula disedari apabila dia melihat tingkah laku pembantu rumah tersebut yang agak pelik menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).


Foto: IG

“Paling saya rasa pelik bila saya lihat di CCTV dia tanya dan dia sendiri yang jawab setiap masa.

“Dia ada ambil satu bekas berisi skru dan mengetuk bekas itu tanpa dia sedar sampai pecah bekas tersebut.

“Saya berasa pelik dan kadang-kadang dia ketawa sendirian, jadi perkara tersebut buat saya rasa tak dapat nak kawal lagi sebab ia tak normal,” katanya kepada mStar.



Dalam pada itu, Iqbal sempat mengulas mengenai isu kontroversi usahawan sensasi Datuk Seri Vida berkaitan isu Lavida Coin apabila namanya tiba-tiba ‘dipetik’ netizen didakwa bersekongkol.



“Sejujurnya saya tidak terlibat sedikit pun, saya tak boleh nak cakap lebih sebab ia bukan bidang saya.

“Tolonglah jangan beri tekanan pada saya sebab saya tak pernah buat scam ni semua,” ujarnya.-CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 13-4-2023 09:56 PM
Dia pun sama perangai pelik2 lapar perhatian.


Quote sleepandream 13-4-2023 10:15 PM
mohon lampiran cctv tersebut utk verify sape yg terpaling pelik....
Quote capwayang 13-4-2023 11:08 PM
..pembantu rumah warga asing kalau dia dah dapat capai sesuatu target yang dikehendaki ataupun dah bosan dengan majikan maka dia akan stage oscars award performance ye lebih-lebih lagi dia tau yang dia selalu diperhatikan melalui cctv..
Quote eyansss 13-4-2023 11:19 PM
laaaa…  wujud lagi mamat ni…
Quote ketambangkang 16-4-2023 12:28 PM
adakah bibik tu nama Khotimah?? hahaha ex-bibik i dulu mcm tu la buat2 gile, buat2 meracau, ckp merepek sorg2
Quote Nt-ViruS 16-4-2023 01:17 PM
berani dia pecat, kang dia hantar hantu dia kat ko balik nak balas dendam kena pecat.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.042594 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top