CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pejalan Kaki Kritikal Dihempap Wanita Jatuh Bangunan

13-4-2023 06:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 434| Komen: 1

Malang nasib seorang wanita yang kritikal akibat dihempap seorang wanita lain yang terjatuh dari sebuah bangunan.

Mirror UK melaporkan, berikutan insiden itu, pihak berkuasa menutup jalan utama di Wood Green, London selama beberapa jam.



Wanita itu terjatuh dari bangunan tempat letak kereta di London dan menimpa pejalan kaki di bawah.

Rakaman dari lokasi kejadian menunjukkan anggota polis dan paramedik Perkhidmatan Ambulans London (LAS) berkumpul di hadapan sebuah kedai makan.

Kedua-dua wanita itu kini kritikal, manakala waris mereka sedang dikesan polis.

Laporan berita tempatan mengatakan bahawa wanita itu jatuh dari bangunan tempat letak kereta dan menimpa pejalan kaki di bawahnya.

Jurucakap Polis Metropolitan berkata: “Polis dipanggil oleh LAS pukul 4.50 petang (waktu tempatan) pada Rabu, 12 April mengenai laporan seorang wanita cedera selepas terjatuh dari tempat tinggi di High Road, Wood Green.


“Seorang lagi wanita cedera dalam kejadian itu. Mereka dibawa ke hospital untuk rawatan di mana mereka berdua masih dalam keadaan kritikal.

“Siasatan mengenai kejadian itu sedang dijalankan dan pihak kami sedang berusaha untuk mengesan waris mereka,” katanya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 13-4-2023 08:39 PM
Semoga selamat kedua-duanya

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.024740 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top