CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Lans Koperal Polis Tak Mengaku Salah Samun Pelanggan Hotel Bajet

13-4-2023 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 801| Komen: 13

Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal, T.S Praveen dan Muhammad Safri Idris yang berusia 31 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap warga asing minggu lalu.


Mereka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini.


AWANI

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama didakwa telah melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang wanita warga Indonesia dan mengambil satu utas gelang tangan warna kuning, pasport keluaran Indonesia dan satu keping kad ATM dengan kerugian lebih kurang RM1,800 milik mangsa.

Kesalahan itu dikatakan dilakukan di antara jam 10 malam sehingga 11.30 malam di dalam hotel bajet di Plaza Mahkota dalam daerah Melaka Tengah pada 3 April 2023 lalu.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun dan sebatan.


Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa secara bersama-sama tanpa kuasa yang sah ada dalam milikan mereka pasport atau dokumen perjalan dalam negeri yang dikeluarkan bagi penggunaan seseorang iaitu milik Anisa, seorang warga Indonesia.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi jalan Kota Melaka dalam daerah Melaka Tengah, pada waktu dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(1)(1) Akta Pasport 1966 dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 setiap seorang serta memohon untuk tidak mengganggu mangsa yang merupakan saksi pendakwaan.

Tertuduh yang diwakili peguam Andrew Lourdes bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh merupakan anggota polis dan telah berkhidmat selama tujuh tahun.

Beliau turut memaklumkan ayah Praveen merupakan seorang pesara polis yang berkhidmat selama 41 tahun, manakala isteri Safri juga merupakan anggota polis serta mempunyai seorang anak berusia tiga bulan.

Hakim Darmafikri kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 setiap orang beserta syarat tambahan perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berdekatan sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan 23 Mei ini sebagai sebutan semula kes.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 13-4-2023 08:42 PM
So apa yang dapat? dapat malu dan sengsara sahaja
Quote Thunderclouds 13-4-2023 08:50 PM
Ni kira ank² pulis yg xmenjadi la ni?
Quote dua_chzy 13-4-2023 08:54 PM
Ni la PDRM pangkat rendah asal dari kelas blakang SPM takat BM kredit dah boleh jadik konstabel. Blaja kat sekolah malas, dah keja pun malas. Ujung2? Kau buat begini.
Quote yondu 14-4-2023 08:14 AM
dia bukan samun.i tau kes ni.ni kes tolong member punya pasal tp tu la da kenapa ko memandai2 sendiri. suruh la member ko tu settlekan. pmpn indon ni ayam
Quote she 14-4-2023 08:18 AM
Ni macam kes pekerja kilang warga asing buat hal boikot curik barang
Boss kilang minta tolong pegawai polis datang kilang gertak pekerja jangan buat perangai
Polis tu member boss
So konon nak acah gertak aje
Sekali pekerja report polis
Dah berangkut jadi kes besor
Quote Decaffeinated 14-4-2023 08:25 AM
yondu replied at 14-4-2023 08:14 AM
dia bukan samun.i tau kes ni.ni kes tolong member punya pasal tp tu la da kenapa ko memandai2 sendir ...

Tolong macam mana?
Quote Decaffeinated 14-4-2023 08:29 AM
"mengambil satu utas gelang tangan warna kuning,"

Wartawan tak nak tulis disyaki emas

Quote myakayina 14-4-2023 09:10 AM
tak berbaloi langsung..klu kes mcm ni kena buang keja tak?
Quote rogayahtop 14-4-2023 12:26 PM
Lubuk duit. Bolehlah infaq anak yatim bukak puasa.
Quote yondu 14-4-2023 01:34 PM
Decaffeinated replied at 14-4-2023 08:25 AM
Tolong macam mana?

pmpn indon ni ada hutang dgn toke hotel ni.da minta bnyk2 kali tp tak bayar. 2 ekor polis ni plak kawan dgn toke ni. dia minta tlg ala2 mcm gertak gitu la. pegi bodoh sgt tolong buat apa, x syg kerja betul. 2 polis + 1 toke minta hutang aka ambil jela apa ada dkt indon bengap ni. indon ni buat la report kena samun.padahal dia liat bayar hutang + ayam dkt mlk raya tu ha. sekian..
Quote eyansss 14-4-2023 01:44 PM
yondu replied at 14-4-2023 01:34 PM
pmpn indon ni ada hutang dgn toke hotel ni.da minta bnyk2 kali tp tak bayar. 2 ekor polis ni plak  ...

salahguna kuasa la ni...  padan la muka...  pastu nak heret pak n bini dalam kes ni...  haiyooo...
Quote yondu 14-4-2023 01:50 PM
eyansss replied at 14-4-2023 01:44 PM
salahguna kuasa la ni...  padan la muka...  pastu nak heret pak n bini dalam kes ni...  haiyooo... ...

tu la pasalnya.org lain kemain payah nk masuk keja gomen siap perli2 staf gomen bagai, dia yg da sedia dlm tu tak syg masa depan.padan la muka dua ekor ni.ni i rasa jenis gantung vest polis dkt blkg kereta ala2 nk bgitau org dia tu polis  
Quote eyansss 14-4-2023 01:54 PM
yondu replied at 14-4-2023 01:50 PM
tu la pasalnya.org lain kemain payah nk masuk keja gomen siap perli2 staf gomen bagai, dia yg da s ...

pastu keluar sana sini after business hour atau waktu cuti sambil pakai seluar polis ngan kasut kilat/ boot polis...  resah kalau orang taktau dia tu polis...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.052562 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top