CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

13 Motor, 4 Skuter Elektrik Terbakar Depan KLCC

13-4-2023 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1496| Komen: 14

KUALA LUMPUR – Orang awam yang berada sekitar Suria KLCC, Jalan Ampang, di sini gempar apabila melihat deretan motosikal yang diletakkan di hadapan pusat beli belah itu terbakar.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.46 petang tadi.



Foto: Kosmo

Katanya, seramai 15 anggota lain-lain pangkat beserta 3 biji jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadamkan kebakaran.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, terdapat kebakaran melibatkan 13 buah motosikal dan empat buah skuter elektrik.

“Setelah diteliti, sembilan buah motosikal musnah sepenuhnya manakala , tiga buah lagi terbakar dua peratus sahaja diikuti , satu lagi terbakar 20 peratus.

“Turut sama, empat buah skuter elektrik yang berada di lokasi kejadian musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas kenyataan itu, tiada mangsa yang terlibat insiden tersebut dan operasi pemadaman mengunakan teknik offensive dan defensive dilakukan.

Tambah kenyataan itu, api dapat dikawal pada pukul 4.04 petang dan punca serta kerugian kebakaran masih dalam siasatan.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 13-4-2023 05:33 PM
Alaaa... susahlah nak nampak anak bulan kalu camni
Quote doridori_hi 13-4-2023 06:04 PM
Kejadian khianat kah??!

Rumah aku org depan bakar membakar
Dah lah panas berwap hari ni...
Rimas betul meols
Quote doridori_hi 13-4-2023 06:08 PM
[tiktok]7221468611506900229[/tiktok]
Quote Lily_Elizabeth_ 13-4-2023 06:10 PM
Allah.
Kesiannya. Sure budak muda punya motor. Sian kalau hutang tak habis lagi
Aduh simpatinya.
Jahatnya siapa mulakan fire blast tu.
Quote green~tea 13-4-2023 06:30 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 13-4-2023 06:10 PM
Allah.
Kesiannya. Sure budak muda punya motor. Sian kalau hutang tak habis lagi
Aduh simpatinya.


Entah battery pack 4 bijik skuter letrik tu yang meletup tak? Today is surprisingly HOT, i tak keluar bangunan lah, tp i tengok org share temperature bangkok yg terbakar2 tu sampai gomen kena saman... 52 degC
Quote Lily_Elizabeth_ 13-4-2023 07:09 PM
green~tea replied at 13-4-2023 06:30 PM
Entah battery pack 4 bijik skuter letrik tu yang meletup tak? Today is surprisingly HOT, i tak kel ...

Iya ke. Maybelah kut kan. Electric meletup panas sangat jadi overheat.

Tapi kesian betul yang terkena sama motor tu.
Simpati sangat.
Quote adiwarna 13-4-2023 08:31 PM
Cuaca giler panas ni....mesti ada motor kat situ trigger percikan api....parking pun tgh2 panas, mengadap pulak dgn bangunan petronas klcc tu, bangunan pulak cermin dan besi, mmg cantik la jadi punca api... tapi, bomba kata mmg skrg ni banyak panggilan kebakaran...
Quote Lagubestbest 13-4-2023 08:36 PM
masalah e-skuter ni kot. dulu2 mcm minat je nak beli e-skuter, lepas tgok tesla pun tbakor, sampai skrg jadi idaman je takut nak beli kang tak pasal2 hangus seluruh rumah, dahla bukan waterproof pun.
Quote Supersirap 13-4-2023 08:43 PM
Hari ni panas lit lit
Quote Skuau 13-4-2023 10:14 PM
TERbakar..x sengajer letew...
Quote abgrara 14-4-2023 01:20 AM
sdg nunggu???? sebab apa sebenarnya
Quote abgrara 14-4-2023 01:20 AM
sdg nunggu ???? sebab apa sebenarnya
Quote I.K.A888990 14-4-2023 02:51 AM
betul la kut sbb panas sgt
tapi tgk komen tiktok kata sbb ada power bank tertinggal kat moto
Quote liyamariska 14-4-2023 08:02 AM
Teringat kes motor byk2 terbakar kt area pangsapuri kt gombak or setapak kalu tak silap...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.062167 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top