CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Curi Bas, Pandu Merata-Rata Selama Lima Jam Sampai Nak Habis Minyak

13-4-2023 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1158| Komen: 18

SINGAPURA – Seorang budak lelaki mencuri sebuah bas persendirian milik syarikat A&S Transit dan memandunya selama lima jam di serata Singapura pagi semalam.

Mothership melaporkan, etika kejadian, budak lelaki itu menempuh perjalanan 100 kilometer merentasi Tampines, Bedok, Pasir Ris dan Punggol.


Gambar kejadian dimuat naik di laman Instagram dan dihantar kepada Mothership oleh seorang pembaca.


Foto: Mothership

Dalam salah satu gambar berkenaan, perjalanan budak lelaki itu berakhir dengan dia ditahan oleh anggota polis.

Catatan Instagram dalam akaun sama juga menyebut bahawa budak itu telah menghabiskan kira-kira suku tangki minyak diesel.

Budak lelaki itu didakwa mencuba nasib menghidupkan enjin bas secara rambang pada malam hari kejadian.

Polis Singapura berkata, mereka dimaklumkan mengenai kes curi kenderaan bermotor di sepanjang jalan Tampines Avenue 10 pada 12 April pukul 12:04 tengah hari (waktu tempatan).


Siasatan mengenai kejadian itu sedang dijalankan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 13-4-2023 05:53 PM
terernya budak nehh, terus bawak bas , tanpa excident pulak tu

sampai pulak kaki nye

bravo dhekk!
Quote clarizsa 13-4-2023 05:56 PM
Budak umur berapa tu
Pandainya bawa bas tak eksiden plak tu
I dok igt nk ajar anak bawa kete tp masih risau dan ragu2
Mmmmm
Quote alieyrina 13-4-2023 08:27 PM
Pandainya bajet bwk bas tu
Quote kaedahnya 13-4-2023 08:51 PM
pandainya dia. semoga cita cita nka bawak treler ka apa ka tercapaila dik ye.
Quote Thunderclouds 13-4-2023 10:23 PM
Bukan main puji org seberang tambak.
Kalo kt sini abes dicerca makAyah tau membiak tp xreti didik ank
Quote jfq 13-4-2023 10:33 PM
Kau bawak 5 jam kat spore pusing2 situ gak.
Apa barang
Kalau kat msia 5 jam ko dah sampai kuala tganu dik
Quote Jitu 13-4-2023 10:43 PM
mesti selalu main games ni pastu nak try bawak
Quote gideoncross 13-4-2023 10:48 PM
Jitu replied at 13-4-2023 10:43 PM
mesti selalu main games ni pastu nak try bawak

Games yg drive treler tu.
Quote Jitu 13-4-2023 10:56 PM

ye la kot tak pun GTA ehh tp budak2 tak blh main games GTA byk benda tak senonoh
Quote redz85 14-4-2023 05:54 AM
a joyride.. betul lah joy
Quote Highflyer19 14-4-2023 06:07 AM
Singapore termalu…first world lah sgt…
Quote venom1 14-4-2023 07:22 AM
mujur dia tak berhenti ambil passenger hehe
Quote AnBulisia 14-4-2023 08:27 AM
awat lemah beno penguatkuasanya
sampai 100 km terlepas bawak bas budak tu
Quote myakayina 14-4-2023 09:49 AM
mujur takde kemalangan ke apa..umur brp budak ni?
Quote gideoncross 16-4-2023 12:37 AM
Jitu replied at 13-4-2023 10:56 PM
ye la kot tak pun GTA ehh tp budak2 tak blh main games GTA byk benda tak senonoh

GTA mmg dri dlu mmg games utk adults tpi ada juga budak2 bwh umur yg curi2 main games ni.
Quote antikorok 16-4-2023 01:01 AM
Thunderclouds replied at 13-4-2023 10:23 PM
Bukan main puji org seberang tambak.
Kalo kt sini abes dicerca makAyah tau membiak tp xreti didik an ...

Raykat negara maju harus dipuji katanyehh... Yg dlm negara ni harusss dicerca bagai B40 buat hal apa hari ni.. ha gaytohhh
Quote I.K.A888990 16-4-2023 03:25 AM
nasib xde apa2 yg jadi
tapi kerlassss kau dik boleh bawak

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.108609 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top